Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


03 Mac 2009

Agenda Pergerakan: Jom Badminton!

Biro Belia, Sukan & Rekreasi Pemuda IKS akan menganjurkan satu perlawanan persahabatan badminton di kalangan ahli. Menurut pengerusi biro tersebut, Saudara Norzaman Ismail, aktiviti sebegini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli Pemuda IKS terutamanya ahli yang jarang bersua dek kerana tugasan harian yang tidak mengizinkan. Selain itu, program sebegini dapat menggalakkan para ahli Pemuda IKS untuk bergiat dalam aktiviti berunsur kesukanan bagi menerapkan budaya hidup yang sihat.
Tarikh: 4 Mac 2009 (Rabu)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dewan Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2
Program ini turut mendapat sokongan Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil dan Naib Ketua Pemuda IKS, Saudara Ali Imran Hassan. Saudara Norzaman Ismail juga berhasrat untuk mengketengahkan aktiviti sebegini di dalam agenda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu agar dapat melibatkan masyarakat setempat.

4 ulasan:

  1. Tahniah,

    Cawangan anda aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Sememangnya UMNO milik masyarakat dan teruskan perjuangan memartabatkan UMNO di Kuala Lumpur.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Saudara Angah... Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan restuNYA kita telah berjaya menjalankan aktiviti ini dengan baik. Juga kepada KP dan Pengerusi Biro yang telah bertungkus lumus utk menjayakan aktiviti ini. Diharap kelak ramai lagi penyertaan daripada ahli-ahli dalam memeriahkan lagi program yang akan datang.

    Sekian, terima kasih.
    Ali Imran Hassan
    NKP Cawangan Taman IKS

    BalasPadam
  3. Salam Perjuangan,

    Usaha yang baik mesti diteruskan dan jangan lengit ditengah jalan.
    Anyway fakrul kalau nak air buah jom kite lawn catur pulak.
    Ade Beran???

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama06 Mac, 2009

    nasib baik aku keje..kalu tidak aku smash..baling ngan koyakkan net..

    apa barang main chess..jom duduk bawah pokok lepas tu kasi buat negeri baru..lagi syok...

    BalasPadam