Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


13 Mac 2009

Agenda Pergerakan: Gotong Royong Tanah Perkuburan

Satu aktiviti bergotong-royong akan diadakan pada 14 Mac 2009 (Sabtu) pada jam 8.00 pagi bertempat di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih. Aktiviti ini adalah anjuran Biro Pendidikan Pemuda Batu dengan kerjasama pihak JAWI. Dikhabarkan aktiviti ini akan diturut serta oleh Dato' Mukhriz Mahathir. Semua ahli Pemuda IKS, terutamanya AJK dipohon untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan ini. Mohon kerjasama para ahli Pemuda IKS untuk berkumpul di Restoran Thaqwa sebelum bergerak ke lokasi gotong-royong.

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama13 Mac, 2009

    salam pada pemuda IKS,

    saya berasa sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan.... saya berasa sangat sedih kerana tak dapat hadir dan menyertai aktiviti gotong royong... saya sekarang berada di putrajaya.... saya berharap pihak pemuda IKS dapat menjalankan lain2 aktiviti di masa hadapan.... Insya Allah, jika mempunyai masa terluang dapat saya sertai....

    kirim salam pada semua ahli majlis dan pada Dato Mukhriz...

    Salam Ta'zim daripada Sharol.......

    BalasPadam