Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


13 Februari 2009

Inilah Yang Dinamakan Demokrasi Terpimpin!

Sejak kejayaan kerajaan BN merampas semula negeri Perak dari tangan pihak pembangkang, ramai yang menyatakan rasa bimbang, tidak puas hati dan berbagai lagi reaksi dapat dirakamkan dari setiap lapisan masyarakat. Kebimbangan menular di kalangan golongan pro-BN di mana mereka bimbang kerajaan BN merisikokan kedudukannya di hati rakyat menjelang PRU-13. Kebanyakan ahli masyarakat umum tidak berpuas hati dengan tindakan "jalan belakang" kerajaan BN.
Pemuda IKS mendapatkan reaksi rakyat setempat. Ini semua adalah luahan isi hati mereka yang bergelar pengundi. Mereka menyatakan, pengundi mempunyai dua kriteria utama ketika mengundi, iaitu pemimpin dan parti. Pemimpin tersebut haruslah mempunyai sifat kepimpinan yang utuh dan Parti tersebut perlu mempunyai agenda perjuangan yang jelas. Setelah dinilai kedua-dua kriteria tersebut, barulah keputusan dibuat, lalu kertas undi dipangkah.
Apabila rakyat mengundi, pemimpin yang mewakili apa jua parti mahupun bertanding secara bebas dipilih melalui kriteria yang disebutkan di atas. Apabila soal lompat parti, yakni berpindah dari sebuah parti ke parti yang lain, kriteria yang diterangkan di atas telah dicabuli. Namun jika melompat dari kedudukan bebas ke penyertaan sebuah parti, rakyat menganggap tindakan tersebut sebagai satu usaha peningkatan yang baik kerana dasar perjuangan semakin kukuh apabila diperjuangkan di atas landasan yang bersesuaian. Bagaimana jika keluar parti dan berpijak di atas platform bebas?
Kenang kembali kisah Ho Yip Kap yang bertanding untuk kerusi ADUN Tanah Rata, Cameron Highland melalui tiket calon bebas. Beliau pada asalnya dilucutkan keahlian MCA kerana bertanding menentang calon yang diketengahkan MCA. Namun, beliau diterima semula selepas memenangi kerusi tersebut. Ini juga diklasifikasikan sebagai lompat parti tetapi bukanlah dari sebuah parti kepada yang parti yang lain. Ini juga menunjukkan rakyat mengutamakan pemimpin daripada partinya sendiri.
Apa yang ingin Pemuda IKS tekankan di sini adalah kerusi pemimpin (ADUN atau MP) yang melompat parti seharusnya dikosongkan dan pilihanraya kecil sepatutnya diadakan bagi memastikan konsep demokrasi sentiasa dipraktikkan. Kita tidak mahu apabila seorang pemimpin melompat parti dan kawasan yang beliau menangi sebelum ini bertukar "wajah" secara automatik. Inikah yang dinamakan demokrasi?
Jangan terlalu ghairah dengan semua kenyataan Pemuda IKS di atas. Seperti yang disebutkan, ini adalah hasil pengamatan Pemuda IKS terhadap pandangan masyarakat setempat yang dikumpul dari masa ke semasa. Kita tidak melihat pemimpin PR melompat ke dalam pasukan BN, mereka cuma keluar PR, lalu menjadi calon bebas. Tiada apa yang menjadi isu dengan tindakan yang mereka ambil. Namun tindakan susulan mereka yang membuatkan ramai meragui status dan kedudukan mereka, iaitu menyokong kerajaan BN.
Pendirian mereka mengejutkan ramai pihak. Lantas menjerumus kepada majoriti berpihak kepada BN dan seterusnya sudah diketahui umum dan tidak perlu dikupas lagi. Pemuda IKS cuma meluahkan pendapat, mari fikirkan bersama. Janganlah sempitkan fikiran, buka lebaran ideologi anda semua dan renungkan: inikah yang dinamakan demokrasi? Inikah persediaan untuk memenangi kepercayaan dari rakyat menjelang PRU-13?
Di kala ini persoalan undang-undang anti lompat parti akan berkisar di fikiran kita. Samaada ianya relevan atau tidak, apakah impak terhadap keadaan politik sekarang, baik buruk terhadap penggubalannya dan sebagainya.

4 ulasan:

  1. Seeloknya, pilih balik.

    BalasPadam
  2. saya sokong kenyataan saudara. tidak semestinya adun melompat parti itu bermakna dia benar benar mewakili rakyat dikawasannya memilih parti yang dilompatnya.

    mungkin hanya dia seorang yang ingin bertukar parti tapi rakyat tidak mahu. memang BN menang dengan cara begini tapi bukanlah dengan cara yang berhemah. seribu tahun rakyat akan mengatakan bn bermain tektik kotor sedangkan bn tidak berniat sedemikian.

    oleh itu wajar diadakan pilihanraya kecil sekiranya adun mahu melompat parti. adun sepatutnya mewakili rakyat, bukannya parti semata mata.

    BalasPadam
  3. Sebagai parti yang memerintah BN perlu lebih berhemah dan berwibawa.. kalau sebagai parti pembangkang mereka boleh buat apa sahaja kerana memangpun sifat dan kerja pembangkang sebegitu...ini yang harus dijaga oleh pemimpin parti kerajaan..Bezakan siapa pemerintah siapa pembangkang.. kalau sama sahaja baik tidak payah keluar mengundi..

    BalasPadam
  4. UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT HARUS DIADAKAN UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT SEBAGAI PENGUNDI.

    BalasPadam