Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


20 Januari 2009

P.036 Kuala Terengganu: Hanya Tinggal Kenangan

Pada hari Jumaat (16 Januari 2009) yang lepas, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu telah turun padang ke Kuala Terengganu untuk memberi sokongan terhadap kempen pilihanraya kecil di sana. Rombongan ini diketuai oleh Saudara Azniee Abdullah (KP Batu) dan disertai oleh 10 orang AJK Pemuda Batu.
Pemuda IKS diwakili oleh Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil telah membuat satu pemerhatian terhadap kempen pilihanraya kecil kali ini untuk dijadikan pengajaran kepada ahli UMNO di masa hadapan. Kelihatan Saudara Azniee Abdullah berbual-bual bersama calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Reezal Merican Naina Merican.
Gambar di bawah adalah salah satu pusat pergerakan Barisan Nasional yang terkuat ditubuhkan di sana. Kita dapat melihat betapa sesaknya keadaan di sana dengan bendera-bendera parti, poster dan juga kenderaan di jalan raya.
Dari pemerhatian Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil mendapati UMNO sudah pun kalah dari segi pengurusan kempen dan populariti. Terdapat banyak bendera dan poster PAS di setiap pelusuk kawasan Kuala Terengganu. Malahan jumlahnya mungkin lebih banyak dari Barisan Nasional. Ketua Pemuda IKS berpendapat, di antara punca kemenangan PAS di P.036 adalah kerana kerjasama yang baik di antara ahlinya dalam berkempen. Mereka menunjukkan kesungguhan untuk menang dalam pilihanraya kali ini.
Kain rentang di bawah menunjukkan satu usaha provokasi PAS terhadap BN khususnya UMNO. Ini cuma salah satu contoh kaedah yang digunakan oleh PAS untuk mempengaruhi para pengundi di Kuala Terengganu. Yang peliknya, UMNO langsung tidak mempedulikan provokasi sedemikian dan mengambil pendirian untuk tidak bertindak balas seperti yang dihuraikan oleh Nobisha.Adakah UMNO penakut? Tidak pandai menangkis tohmahan? Atau malas untuk memanjangkan cerita? Apa pun jua spekulasi yang diutarakan, yang pasti, P.036 adalah satu tamparan hebat buat kerajaan Barisan Nasional. Semoga kita mengambil pengajaran terhadap situasi ini. Kita bukan sahaja sudah kehilangan dua kerusi Parlimen, malah kehilangan 2 orang Timbalan Menteri dan seorang Senator dalam pilihanraya kecil ini.

5 ulasan:

  1. patutlaj tewas. reezal ada rupanya. alahai, malunya..bukan main confident lagi BN sebelum ni..takpa lah. belajarlah dari kesilapan.

    BalasPadam
  2. pengajarannya, jangan selalu kata, peluang BN cerah. Kita tak harus akui kekuatan lawan. Ini pengajaran dia encik.

    BalasPadam
  3. Kita harus mengakui kekuatan lawan bukan tidak akui. Tu tersalah tulis tu encik.

    Sedingin Salju telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "P.036 Kuala Terengganu: Hanya Tinggal Kenangan":

    pengajarannya, jangan selalu kata, peluang BN cerah. Kita tak harus akui kekuatan lawan. Ini pengajaran dia encik.

    BalasPadam
  4. PR dan PAS bijak mengatur strategi dalam PRK P36. Diorang biar UMNO umum calon dulu. Kemudian baru umum calon yang sesuai dengan lawannya. Apabila BN umum Wan Farid sebagai calon, PAS tutup mata je bila umum MAWE sebab dah tau konfem menang. Sadis...

    BalasPadam
  5. 1. PEMIMPIN UMNO nak pergi berkempen nak kena bawa pemberita merata-rata.
    2. Ahli UMNO nak tolong kempen separuh jalan sahaja ikut cuaca pulak tu.. pagi ramai sampai tengahari sampai pukul 4 lenggang kemudian sambung balik pukul 5 ptg bila dah sejuk sikit tak ke lawak bodoh..
    3. Di KT penyokong kedua-dua parti adalah sama banyak 50-50 tetapi yg membuat parti mana menang adalah yang tiada parti.
    4. Kenapa ahli UMNO tak tekankan isu bahawa PERUBAHAN AKAN BERLAKU apabila NAJIB jadi PM??
    5. Kenapa nak juga WAN FARID jadi calon sedangkan semasa ura-ura nak jadi calon pun macam-macam cerita tak baik keluar..sedangkan calon PAS takde satu masalah yg dapat digunakan oleh BN untuk mempertikaikan credibiliti WAN ENDUT!!

    Oleh itu LU PIKIR LAH SENDIRI..

    UMNO bermula daripada bawah generasi muda PEMUDA dan PUTERI,jikalau PEMUDA dayus,bacul dan hipokrit kipas PEMIMPIN maka akan berkuburlah UMNO

    BalasPadam