Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


21 Januari 2009

Majlis Kesyukuran UMNO Bahagian Batu

Pada hari Ahad (18 Januari 2009) yang lalu, UMNO Bahagian Batu telah mengadakan satu majlis kesyukuran bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Batu (sementara), Taman Bullion Mewah, Kuala Lumpur. Majlis yang serba sederhana ini mendapat sambutan yang baik di kalangan ahli UMNO dan juga para tetamu.Antara yang turut menjayakan majlis tersebut adalah Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Batu. Selain memanjat kesyukuran ke atas kemenangan Yahya Mat Ghani selaku Ketua UMNO Bahagian Batu yang baru, majlis ini juga bertujuan mengeratkan kembali silaturrahim di antara ahli-ahli.
Kelihatan Yahya Mat Ghani (Abas Batu) sedang melayan tetamu yang tidak putus-putus hadir mengucap tahniah kepada beliau. Jemputan yang terdiri dari penduduk setempat, rukun tetangga, ahli UMNO dari bahagian-bahagian lain dan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
Barisan Pemuda IKS bersama-sama Pemuda dari cawangan yang lain bertungkus lumus menghulur bantuan terhadap pengelolaan majlis agar segalanya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Kelihatan barisan Pemuda yang sedang sibuk di bahagian "dapur".
Saudara Yahya Mat Ghani kelihatan berbual-bual dengan para tetamu kehormat di meja VIP. Kemungkinan mereka membincangkan nasib dan masa depan UMNO. Walau bagaimanapun, Pemuda IKS tetap memberi sokongan penuh terhadap barisan kepimpinan yang dibentuk oleh beliau dan mendoakan kesejahteraan beliau di dunia dan di akhirat. Selamat berjuang!

2 ulasan:

  1. Semoga semuanya akan suksis.

    BalasPadam
  2. Semoga UMNO Batu akan kembali teguh dan mantap selepas ini. Bersama-sama kita susun barusan di WP, mengembalikan semula kekuatan kita dan merampas kembali apa yang telah terlepas ke tangan pembangkang.

    Insya-Allah

    BalasPadam