Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


05 Januari 2009

Mohd Farid & Abdul Wahid

Perasan tak? Nama mereka seirama. Inilah calon yang akan PAS ketengahkan untuk berdepan dengan Wan Ahmad Farid, calon BN. Nampaknya penaakulan Dr. Siddiq meleset belaka apabila beliau meramalkan Sang Doktor yang akan ditaruhkan. Pemuda IKS mendoakan kesejahteraan kedua-dua calon yang akan bertanding.
Mereka bakal bertemu di P.036 dan tentu ramai berkobar-kobar menanti tarikh keramat menjelang tiba. Zaman sekarang ni, bila cerita pasal UMNO lawan PAS, mesti terkenang sketsa kanak-kanak bertajuk KhairyHusam. Perbalahan mereka tidak ubah seperti kanak-kanak dalam Battle of Wit seperti yang dikatakan oleh Dr. Siddiq dalam komen beliau di laman blog The Darker Side.
Hari ni Pemuda IKS nak kaitkan kisah KhairyHusam dengan kisah SaidWahid yang popular di YouTube. Ramai dah tonton video menteri mencarut ini. Terlalu ikutkan emosi. Waktu ini, pemimpin UMNO dilihat sebagai tidak profesional dan tidak matang. Tidak dapat menangkis tohmahan dengan bijaksana. Walau bagaimanapun, beliau tetap mendabik dada kerana berjaya jadi MB Terengganu.
Selepas Wacana PAS Kelantan, seorang yang berpendidikan di dalam PAS pula bertindak mengikut emosi. Pemuda IKS mengharapkan seorang pejuang berlunaskan pegangan Islam tidak akan berlaku sedemikian. Khairy J pula yang tidak dapat mengawal keegoannya turut menggadai sijil Oxfordnya. Kasihan si Pak Mentua.
Di dalam kisah KhairyHusam, seorang PAS bertindak melulu dan dilawan pula seorang UMNO yang egoistik. Tetapi situasi berbeza ketika pertembungan SaidWahid. PAS kelihatan cool dan UMNO pula cacamarba. Mungkin ada kebenaran dalam kenyataan Piggy Singh bahawa mereka ini dua kali lima sahaja.
Harapan Pemuda IKS, dalam menghampiri saat penamaan calon dan tarikh pilihanraya kecil ini, calon BN janganlah terlalu menonjol. Dengar nasihat Nobisha, keep a low profile. Lagi banyak bercakap, lagi banyak orang nampak silap. Jangan menconteng arang di muka sendiri. Kalau ini strategi beliau, hampalah segala usaha UMNO.
Lagi satu, jangan mengulangi sikap MB Terengganu dalam sketsa SaidWahid seperti video di atas. Mantapkan peribadi dengan nilai-nilai Islam yang murni. Nescaya kita akan dihormati dan disegani. Hayati harapan OnDaStreet terhadap UMNO di masa hadapan. Ada siratan yang perlu didalami untuk memantapkan lagi perjuangan ini.
Kepada para pembaca, kalau tertekan sangat dengan isu-isu politik, totonilah Raja Lawak Astro Musim ke-3. Konfem release tension. Tak boleh tahan.

9 ulasan:

  1. ya,suatu tulisan yang bagus.

    BalasPadam
  2. kekeke salam IKS.

    tergelak terbahak2 dr.sid melihat video ni. alahai kesian terengganu ade MB mcm ni. malu tuuu!!!

    p/s: lebih rela bernaung di bawah khalid gagap rasanya? tak gitu singh? kekeke

    http://writtenbyhim.wordpress.com/

    BalasPadam
  3. Saya tak faham. Kata Cawangan Pergerakan Pemuda UMNO, tapi tulisan macam penghentam pemimpin UMNO. Munafiktak?

    BalasPadam
  4. Bungaraya, lebih munafik kalau kita mengatakan kita hebat sedangkan kita mempunyai pemimpin seperti di atas. Kita sepatutnya malu dengan sikap yang beliau tunjukkan. Bukan berbangga dengan situasi sebegini.

    Saya puji usaha Pemuda IKS yang membincangkan hal-hal dalaman seperti ini untuk kebaikan di masa hadapan.

    Adakah niat Pemuda IKS untuk menghentam orang UMNO itu sendiri?

    Saya bersetuju untuk menghentam pemimpin UMNO jika ada cacat celanya. Jika tidak, bungaraya, sila nyatakan hasrat anda mempersoalkan perkara ini. Berharap saudara bertindak secara matang dan bijaksana dalam memberi respon.

    Atau saudara tidak ubah seperti MB Terengganu seperti video di atas?

    BalasPadam
  5. Video tak keluar-keluar. Cuba jelaskan apa yang MB Trengganu sedang lakukan dalam video tersebut.
    Belajarlah kematangan penyokong dan pemimpin PAS yang sanggup menyembunyikan yang bathil dan hanya pandai melihat kesalahan UMNO.

    BalasPadam
  6. bertanding elok2 .. jangan buat perkara tak senonoh sewaktu pilihanraya. itu yang kita harapkan. menang-kalah dalam pilihanraya tu biasalah. kalau dua2 parti nak menang, susahlah, kan?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum dan salam perjuangan!

    Apa yang diterbitkan ialah tentang kematangan pemimpin menangani sesuatu isu yang dibangkitkan. Pemimpin perlu menggunakan akal dan kewarasan dalam menjawab soalan dan tuduhan. Bukannya mengikut emosi.

    Semua pihak sedar dah tahu bagaimana pihak pembangkang suka memprovokatifkan sesuatu isu dan perlukah kita membalas dengan cara yang serupa..

    Cukup sekadar melihat bagaimana sakitnya jatuh longkang, x payahla nak ikut jatuh sekali!

    BalasPadam
  8. Salam IKS,

    I heard inside infor that something not going quite right with P36 KT, gonna write about it.

    Wassalam.

    BalasPadam
  9. Salam perjuangan,

    Jangan disalahtafsir akan niat Pemuda IKS menerbitkan artikel ini. Bukan untuk menjatuhkan mahupun melobi seseorang.

    Sedarlah bahawa tiada yang sempurna di dunia ini. Setiap benda ada cacat celanya. Adalah tanggungjawab kita untuk berusaha memperbaikinya.

    Jika perjuangan seseorang itu dilihat murni, Pemuda IKS tidak akan teragak-agak untuk menyokongnya. Akan tetapi, kepincangan dalam perjuangan ini perlu diperjelaskan.

    Matlamat Pemuda IKS menerbitkan artikel berunsur sebegini adalah untuk mengingatkan kepada para pemimpin agar tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan.

    Tersilap sekali bukan bermakna tersilap selamanya. Perkara yang diperbaiki akan diingat selamanya. Selamat berjuang!

    BalasPadam