Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


07 Januari 2009

Kisah Blockbuster 2008

Salam perjuangan. Pemuda IKS tertarik benar dengan berita-berita terkini tentang perkembangan Pakatan Rakyat. Retak menanti belah, pihak pembangkang lebih melihatkan konsep Perbalahan Rakyat. Dari isu pemilihan Menteri Besar hinggalah ke isu-isu terkini yang akan dibincangkan.
Pada awal "kemenangan" mereka, nampak macam segalanya akan berjalan dengan lancar. Sebab bila tengok muka Lim Kit Siang yang konon-kononnya Bapa Demokrasi menyerahkan tahta Ketua Pembangkang kepada Anwar Ibrahim, mereka kelihatan gembira dapat bekerjasama.
Tapi lepas isu demi isu dibangkitkan, nampak lain pulak. Mula-mula berebut nak jadi MB. Bila dah jadi MB, menyombong pulak. Ala korporat katanya. Kalau korporat hanya pada nama, tapi pengurusan di peringkat Negeri kurang memuaskan, apa gunanya? Sampai ada yang sanggup berbogel membantah kerajaan baru.
Dah pening cerita MB, datang pulak isu MP Kapar letak jawatan dalam PKR Selangor. Dok marah kat MPAJ, rakyat terabai. Begitu mudah lepas tangan. Baru-baru ni, dah nak keluar PKR pulak. Nak buat "parti" sendiri lah kot. Mesti "Parti" KeADILan Rakyat tak cukup meriah sampai beliau bertindak sedemikian.
Tetapi kisah blockbuster 2008 adalah kisah Hudud: The Chronicles of KhairyHusam, arahan PAS Kelantan. Setelah kedua-dua pemimpin yang berpendidikan canggih manggih ini bertelagah tanpa kesudahan, DAP pula muncul membantah kenyataan Husam bahawa Hudud tidak terkandung di dalam manifesto Pakatan Rakyat. UMNO pulak playsafe dengan berdiam diri pasal kenyataan Khairy J yang nak menguatkuasakan Hukum Hudud.
Di mana Anwar Ibrahim dalam semua ini? Senyap sunyi. Orang kata Pak Lah kuat tidur. Bang Nuar (gelaran oleh Dr. Siddiq) pun tengah tidur juga agaknya. Sejak kes September's Fool, beliau semakin menyepi dan berdiam diri.
UMNO jangan terlalu yakin dengan pergolakan sebegini. Pemuda IKS ada menonton reaksi Tan Sri Muhammad Muhd Taib terhadap semua ini kat Buletin Utama. Tan Sri dengan yakin menyatakan perbalahan dalaman Pakatan Rakyat adalah proses retak menanti belah. Adakah Tan Sri lupa memeriksa halaman sendiri? Kayveas dan Lian Hoe yang biadap itu boleh juga menjadi punca kejatuhan BN.

7 ulasan:

  1. Salam. Betul tu. BN jangan terlalu yakin dengan masalah orang lain. Bn jangan mengambil sikap menumpang masalah orang lain untuk merampas kembali selangor sebaliknya tampilkan kekuatan sendiri untuk menarik semula keyakinan rakyat. Selamat berkarya

    BalasPadam
  2. salam IKS. memang manusia itu tiada yg sempurna. dalam BN pun ade tahi, dalam pembangkang pun ade tahi tersendiri. sejauh mana tahi2 ini bercakap atau berkelakuan, rakyat juga lah yang telah memilih tahi2 ini. fikir2 kan lah.

    BalasPadam
  3. Tuan MuDa IKS,

    Begitu lah adatnya InSaN @ HoMo SaPiEn, Dalam kain sendiri amat payahhhh lahhhh mau nampak tapi dalam kain orang,terbayang saja macam nampak jelas. Kan CPU InSaN boleh menembusi ruang dan masa. Kreatif dalam memanipulasi peluang , aKal dan OtAk diputar ligat untuk mendapat PLUS kepada gEroMboLaN nya. TK

    BalasPadam
  4. Ha, ini dua virus dalam BN ni, harus dikawal pembiakannya. Sel-sel virus ini harus dimatikan dengan vaksin terbaru.

    BalasPadam
  5. Aku berharap Datuk Seri Najib dapat pulihkan BN.. kalo leh buang 2 virus tue.. bg muka baru..

    BalasPadam
  6. Perenggan terakhir adalah sebab mengapa Muhd Taib tidak layak untuk merangkul jawatan Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri.

    BalasPadam
  7. Salam perjuangan,

    Kpd: Ahmad Saabun
    Benar, kekuatan dalaman perlu ditonjolkan untuk mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika sokongan dari peringkat akar umbi pun sukar untuk dikecapi, bagaimana mahu berdepan dengan rakyat?

    ***************************************************

    Kpd: Doc Sid
    Selain memastikan tiada "tahi" dalam UMNO, kita juga perlu membersihkan "tahi" di fikiran rakyat. Mereka lah yang memilih "tahi-tahi" ini.

    ***************************************************

    Kpd: Tanpa Nama
    Licik saudara bermain dengan kata-kata. Jangan segan silu untuk meletakkan identiti sebenar kerana ianya menunjukkan keikhlasan saudara dalam memperjuangkan agenda Melayu.

    ***************************************************

    Kpd: Sedingin Salju
    Benar, virus-virus seperti ini perlu dihapuskan agar tidak memudaratkan. Masalahnya, pembuat vaksin dan doktornya mungkin terlalu mengantuk untuk mengubatinya.

    ***************************************************

    Kpd: Im
    Memang ramai menaruh harapan yang tinggi kepada bakal PM. Berharap beliau adalah yang lebih baik di antara yang terbaik.

    ***************************************************

    Kpd: Tukang Sapu
    Siapa pilihan saudara untuk calon TPM? Mungkin Muhd Taib mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk menyedapkan hatinya memandangkan ahli-ahli partinya sendiri turut berpecah belah walaupun mereka adalah seBangsa, seAgama dan seNegara.

    BalasPadam