Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


27 Januari 2009

Baru Bangkit Dari Tidur

Pemuda IKS ingin memohon ampun dan maaf kerana sudah agak lama tidak mengemaskini penerbitan artikel di laman blog ini. Terdapat beberapa urusan penting yang memerlukan perhatian Pemuda IKS sehingga tidak berpeluang untuk blogging. Banyak cerita yang ingin dikupas dalam seminggu yang baru berlalu. Kita terokainya satu persatu.
Gong Xi Fa Cai kepada semua kaum Cina di Malaysia. Makan elok-elok, jangan tercekik. Minum elok-elok, jangan mabuk sangat. Drive elok-elok, jangan gopoh sangat. Jaga diri, semuanya akan OK. Kepada rakan Pemuda IKS, Kevin, ko bace aje lah yang kat atas nih. Malas nak wat ucapan berasingan.
Dato' Mukhriz Mahathir ada mengecam tindakan Kerajaan PAS Kedah yang mahu menjual tanah seluas 4oo hektar di Kerpan kepada syarikat konsortium pada harga 7.7 bilion. Tanah itu kini menjadi lokasi ladang penternakan udang yang diusahakan oleh penduduk setempat. Cadangan kerajaan negeri adalah untuk membina sebuah loji penapisan minyak di lokasi tersebut. Badan pergerakan NGO, AWAS telah membuat demonstrasi menyokong pembangunan tetapi memohon agar memilih lokasi yang tidak menjejaskan ekonomi masyarakat secara langsung.
Minggu lepas ada terbaca mengenai kes Kugan dan perkembangannya. Dr. Sid dan Wenger juga ada menyatakan pendapat pandangan dan membuat spekulasi tersendiri terhadap isu ini. Banyak pihak telah campur tangan. Tidak cukup dengan Timbalan Menteri berbangsa India, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi juga sudah pun mencelup jari. Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang. Pemuda IKS berharap, apa jua pergolakan dalam isu ini, yang bersalah akan dihadapkan ke muka pengadilan dan tidak diperlakukan seperti haiwan jalanan.
Pemuda IKS juga ada terbaca berita mengenai KP Wilayah, Dato' Norza Zakaria dan politik wang. Beliau dan 12 orang perwakilan UMNO telah diberkas oleh SPRM di Temerloh, Pahang. Dikatakan beliau yang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia bersama jenteranya telah berkempen ke setiap negeri dengan menggunakan politik wang untuk memastikan beliau memenangi jawatan tersebut. Ada di antara pihak menyatakan beliau tidak bersalah dan dianiaya oleh pihak-pihak yang mencemburui pencapaian beliau. Kita tunggu sahaja apa hasil siasatan SPRM.
OK, kita cerita pula pasal perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Saudara Zulfadli Amiruddin, Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Pemuda IKS telah diserapkan ke dalam Biro Multimedia Pemuda Bahagian Batu. Saudara Shahir Omar, Pengerusi Biro Latihan & Pendidikan Pemuda IKS telah diserapkan ke dalam Biro Pendidikan & Latihan Pemuda Bahagian Batu. Syabas diatas pencapaian anda berdua, teruskan perjuangan!
Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil, berserta barisan kepimpinan Pemuda Batu telah mengadakan satu program Retreat pada 25 Januari 2009 bertempat di Melaka. Dalam program tersebut, Pemuda Batu telah mengadakan mesyuarat yang ke-2 untuk penggal ini di bawah kepimpinan KP Batu, Saudara Azniee Abdullah.
Semua Biro-biro dalam Pemuda Batu telah membentangkan kertas kerja mereka yang merupakan perancangan aktiviti, pembangunan dan pemantapan UMNO secara menyeluruh dari perspektif yang tertentu. Kertas kerja ini pula akan diturunkan kepada Biro-biro di peringkat cawangan untuk pelaksanaan.
Gambar di bawah menunjukkan suasana Mesyuarat Pemuda Batu yang ke-2 diketuai oleh Saudara Azniee Abdullah dalam Program Retreat bertempat di Melaka.
Kelihatan Ketua Pemuda IKS bersama rakan seperjuangan bersantai di bilik rehat di Program Retreat Pemuda Batu.

7 ulasan:

  1. lama juga tak dengar dari piggy singh ya IKS?

    BalasPadam
  2. Ha, mana pergi si sing tu encik?

    BalasPadam
  3. Bro, thanx sbb update blog. Xde aku bosan sangat melayan blog UMNO yang lain. Ingatkan korg nih spesis hot2 chicken shit. Pemuda IKS nie mcm UMNO reborn+modern version. Bagus!

    BalasPadam
  4. Salam perjuangan. Pemuda IKS ada cuba menghubungi Piggy melalui blog dan emel. Dukacitanya, tiada respon. Dah lama tak baca hasil tulisan Piggy.

    BalasPadam
  5. Apa kabar. Terima kasih diatas pandangan saudara mengenai penyakit UMNO. diharap selepas ini tiada lagi isu menjatuhkan lawan separti semata mata kesenangan sendiri.

    BalasPadam
  6. Berani berubah! salam singgah

    BalasPadam
  7. UMNO harus terus diperjuangkan dengan nafas baru agar ianya tidak akan tercungap-cungap di bawah pengaruh udara yang semakin tidak sihat. Hanya tiga pendekatan strategik untuk mengubah UMNO:-

    1) Buat program di cawangan
    2) Buat program di cawangan
    3) Buat program di cawangan

    Usahkan golongan yang muda, pelbagai golongan pengundi akan menjamah kembali UMPAN UMNO untuk kesejahteraan negara umunya.

    SELAMAT - AMAN - MAKMUR

    BalasPadam