Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


03 Januari 2009

5 Harapan Pemuda IKS Kepada Abas Batu

Artikel ini adalah inspirasi dari artikel 5 Things Najib Must Do When He Becomes PM oleh Dr. Siddiq dari blog WrittenByHim. Berikut adalah harapan Pemuda IKS terhadap barisan kepimpinan UMNO Bahagian Batu untuk penggal ini yang diketuai oleh Yahya Mat Ghani (Abas Batu).
1. Kembalikan keharmonian UMNO Bahagian Batu
Setelah pelbagai pergolakan yang telah dilalui semenjak persidangan tempoh hari, banyak spekulasi dikeluarkan terhadap perpecahan di kalangan ahli. Ada yang mendakwa akan keluar parti seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Sinar Harian. Pemuda IKS mengharapkan permuafakatan di kalangan ahli di peringkat akar umbi dapat dijalin agar kerjasama di masa hadapan dapat dilaksana dengan baik. Kem-kem yang dibina tatkala musim pemilihan perlu dihapuskan dan hubungan sesama ahli perlu dieratkan semula.
2. Memperjuangkan Hak Orang Melayu
Dunia politik hari ini banyak dicemari permainan kotor berunsur perkauman seperti modus operandi yang dipraktikkan DAP. UMNO Bahagian Batu perlu memainkan peranan di peringkat nasional. Jangan kita hanya membatu diri seperti Melayu Islam yang lain di dalam UMNO, PAS dan PKR. Tunjukkan bahawa perjuangan kita masih tidak mengabaikan kedudukan bangsa asing di Parlimen Batu walaupun agenda utamanya adalah untuk bangsa Melayu. Hak yang dimaksudkan adalah dari segi kedaulatan Raja-raja Melayu, ekonomi, pendidikan, infrastruktur, kebajikan dan sosial.
3. Selesaikan Permasalahan
Terdapat banyak isu-isu yang dibangkitkan semasa persidangan yang lalu. Antaranya isu kemiskinan, remaja, infrastruktur dan sebagainya. Berharap pihak bahagian dapat menyelesaikan masalah-masalah ini satu persatu secara teratur dan berkesan. Kenali masalah, huraikan langkah penyelesaian, rangka kaedah pelaksanaan dan kaji semula penerimaan pihak tertentu. Pemuda IKS percaya melalui pembelaan terhadap masalah ini, UMNO dapat meraih kepercayaan di kalangan rakyat.
4. Pemantapan & Peningkatan
Kita mahu lahirkan pemimpin berwibawa dan intelek. Jangan sekadar menang sokongan tetapi kosong dari segi ideologi. Latih barisan pelapis dengan ilmu pengetahuan serta peradaban yang dituntut agama Islam. Seperti di persidangan Pemuda yang lalu, mantan KP Batu ada menyatakan hasrat melihat calon dari Pemuda Batu menawarkan diri bertanding exco Pemuda UMNO Malaysia. Ini adalah satu hasrat murni yang ingin melihat perkembangan positif UMNO Batu di peringkat nasional.
5. Rampas Kerusi Parlimen
Cerita lalu jangan dibiarkan begitu sahaja. Kaji semula kelemahan kerajaan BN di Parlimen Batu. Rangka satu formula untuk memenangi hati rakyat kita yang unik ini. Pemuda IKS percaya dengan usaha gigih dan keikhlasan yang berterusan akan memberi kita kemenangan yang mutlak. Hapuskan mentaliti kolot dan persepsi negatif masyarakat umum terhadap UMNO. Jangan ada pertembungan kepentingan dalam setiap kerja yang dilaksanakan. Tanam di dalam hati bahawa perjuangan ini adalah demi Agama, Bangsa dan Negara.
Pemuda IKS memberi sokongan penuh terhadap barisan kepimpinan yang dibentuk. Berharap kita dapat bekerjasama dengan baik di masa hadapan untuk kesejahteraan bersama. Selamat berjuang!

4 ulasan:

  1. Salam Ukhuwah,

    Saranan yang memungkinkan UMNO Batu kembali utuh dan mantap. Mudah-mudahan UMNO Batu akan sentiasa berusaha semampu mungkin untuk mengadakan pengislahan yang bermakna dan berkesan.

    BalasPadam
  2. ya, semoga mereka dapat bersatu kembali.

    BalasPadam
  3. Selamat Tahun Baru 2“00”9 :-)













    Takkan Melayu Hilang Di Dunia
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Kite Pakat Undi BN Deh :-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Terima kasih di atas sokongan saudara sekelian. Bersama kita perkasakan generasi baru.

    BalasPadam