Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


18 Disember 2008

Shafril Yizmier & Wan Esah Maria

Ketua Penerangan Pemuda IKS, Saudara Shafril Yizmier Mohd Yusoff dan pasangannya Wan Esah Maria Wan Othman telah selamat diijabkabulkan di Majlis Pernikahan beliau pada 12/12/2008 (Jumaat) selepas waktu solat fardhu Isyak bertempat di Kota Damansara.
Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Cawangan Taman IKS, Saudara Khalim Rohani telah mengetuai rombongan pengantin lelaki ke Majlis tersebut.
Pemuda IKS ingin mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan beliau hingga ke akhir hayat.
Malam 18/12/2008 (Khamis) akan menyaksikan Majlis Persandingan pihak pengantin perempuan Ketua Penerangan Pemuda IKS bermula jam 8.30 mlm bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Pemuda IKS dan keluarga beliau akan berkumpul di rumah beliau selepas waktu solat Maghrib sebelum bertolak ke lokasi.
Majlis Persandingan pihak pengantin lelaki pula akan dilangsungkan pada 20/12/2008 (Sabtu) bertempat di Dewan Pengaman, Pulapol, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis dijadualkan bermula pada pukul 11.00 pg hingga 4.00 ptg. Semua ahli Pemuda IKS dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Shafril Yiezmier & Wan Esah Maria

Makan Beradab

Bersama Bos Besar UMNO IKS, Ramlan Salleh

Ahli-ahli Pemuda IKS

Ahli-ahli Pemuda IKS

3 ulasan:

  1. semuga bahagia ke anak cucu...

    BalasPadam
  2. Ya, semoga depa bahagia no?

    BalasPadam
  3. Selamat Pengantin Baru..
    Moga kekal ke anak cucu..

    BalasPadam