Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


04 Disember 2008

Program Pemuda

Kursus Ibadah Qurban & Penyembelihan akan diadakan pada 10/12/2008 (Rabu) hingga 11/12/2008 (Khamis) anjuran Jabatan Belia & Sukan. Sijil penyertaan dari JAWI akan diberi kepada para peserta setelah selesai tempoh kursus. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman di talian +6012 299 7461.
Program Perkhemahan Tunas Bestari akan diadakan pada tarikh 16/12/2008 (Selasa) hingga 18/12/2008 (Khamis) bertempat di Kem El-Azhar, Morib anjuran Jabatan Penerangan WPKL. Penyertaan hanya dibuka kepada remaja yang berumur 15 - 19 tahun. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman di talian +6012 299 7461.

3 ulasan:

  1. Bro... Kalau saya nak buat program GPMS nanti, bolehlah Tuan carikan peserta dari bahagian Batu yea.

    Saya cadang nak buat program Khemah Kerja Perdana yang akan mengabungkan pelajar dari KL, Selangor dan Johor, Insya-Allah nak buat pada musim cuti sekolah (Mac atau Mei) tahun depan.

    BalasPadam
  2. Semoga UMNO akan kembali bertaring selepas perubahan kepimpinan Mac ini.

    Salam perjuangan dari:

    Pemuda UMNO Bhg Lembah Pantai

    BalasPadam
  3. Salam perjuangan,

    To: Sahabat Gunung

    Pemuda IKS akan berasa berbesar hati jika dapat menjalankan program bersam-sama saudara. Pemuda IKS akan memberi komitmen penuh terhadap penglibatan Pemuda Batu dalam aktiviti kendalian saudara kelak. Selamat berjuang!

    *************************************************

    To: Pemuda Lembah Pantai

    Salam perkenalan. Kandungan blog Pemuda Lembah Pantai amat menarik. Buktikan pada umum bahawa golongan Pemuda UMNO adalah daripada golongan intelek dan mampu memberi pandangan serta spekulasi tersendiri terhadap isu-isu semasa.

    BalasPadam