Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


26 Disember 2008

P36 KT: SETIAKAWAN Membuat Tapak

P36 Kuala Terengganu
Dewan Undangan Negeri:
N13 Wakaf Mempelam - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
N14 Bandar - Toh Cin Yaw (BN)
N15 Ladang - Tengku Hassan Tengku Omar (PAS)
N16 Batu Buruk - Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS)
Kapasiti: 103 Cawangan UMNO
Pengundi: 80,324
Keputusan PRU-11: Razali Ismail, 1933 undi majoriti
Keputusan PRU-12: Razali Ismail, 628 undi majoriti
Pecahan Bangsa:
Melayu (87.50%)
Cina (11.50%)
India (0.70%)
Lain-lain (0.20%)
Calon BN: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Berumur 46 tahun, anak jati Kuala Terengganu. Bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London. Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.
Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan menjadi menjadi exco pemuda UMNO pusat dari 1999 hingga 2004.
Pada tahun 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.
Menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik.
Calon BN dikatakan akan meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Senator pada 5 Januari 2009 menjelang tarikh pencalonan keesokan harinya seperti yang ditetapkan oleh SPR. Kempen rasmi hanya akan bermula selepas tarikh pencalonan.
Kuala Terengganu menjadi tumpuan kerana taruhan BN lebih penting berbanding Permatang Pauh. Jika Permatang Pauh memang "kawasan Anwar", Kuala Terengganu pula adalah kawasan rebutan PAS dan UMNO. Tambahan pula Datuk Zaid Ibrahim tampil sebagai calon bebas yang disokong penuh oleh PAS, PKR & DAP. Pilihanraya kecil kali ini akan menunjukkan pilihan rakyat yang sebenar setelah kedua-dua pihak telah diberi mandat untuk mentadbir selama 9 bulan untuk penggal ini.
Kegagalan DSAI terhadap rancangan mengambil alih kerajaan September lalu telah membuatkan para pengundi sudah tawar hati terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.
Banyak spekulasi berkenaan kaitan calon BN dan golongan SETIAKAWAN. Hubungan baik calon BN dengan keluarga Pak Lah tidak disenangi rakyat. Tambahan pula, Monsoon Cup, projek semaian Datuk Wan Hisham Wan Salleh, abang kepada calon BN melengkapkan hubung kaitnya. Agenda sebenar calon BN sering diragui ramai selama ini.
Adakah kedudukan calon BN selepas ini akan mengukuhkan lagi pergerakan SETIAKAWAN? Mungkin ya, mungkin tidak. Kita lihat bagaimana kesudahan cerita ini.
Calon PAS akan diumumkan pada 1 Januari 2009. Siapa agaknya? Calon PAS untuk PRU-11 Dr Syed Azam Syed Ahmad, PRU-12 Mohamad Sabu.
Pemuda IKS akan turun padang pada 5 Januari 2008 untuk memberi sokongan penuh pada Majlis Penamaan Calon Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu. Hidup Melayu, hidup UMNO!

3 ulasan:

  1. Salam IKS,

    Frankly I'm at crossroad now. Should BN win, greater political mileage is gained by Khairy. At the same time BN must retain the seat to prove to people that UMNO is still relevent.

    But I'll do my things as usual, whatever smells like setiakawan, it stinks up to heaven. So screw him I will.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. i couldn't agree more with singh. he is totally right. too bad farid is a 4th floor pal. too bad.

    BalasPadam
  3. Sama-samalah kita mendoakan semoga BN akan berjaya.

    BalasPadam