Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


25 Disember 2008

Khairy vs Husam: Ntahapehape!

Ramai blogger telah memberi pandangan dan spekulasi masing-masing mengenai isu ini. Pemuda IKS tidak mahu ketinggalan untuk melontar pandangan hasil pengamatan terhadap komen-komen para blogger. Pada dasarnya, Pemuda IKS hampa dengan hasil wacana tersebut.
Mungkin ada sesetengah pihak yang akan mengatakan isu ini sudah basi untuk diterbitkan. Akan tetapi, Pemuda IKS tidak berpeluang untuk hadir ke majlis tersebut. Maka Pemuda IKS hanya dapat membaca pandangan orang lain, menonton video di KelantanTV dan merumuskan hasil pengamatan terhadap isu ini.
Kalau pergi blog penyokong kerajaan, Khairy menang dengan jayanya. Kalau pergi blog pembangkang, Husam lagi terer daripada Khairy. Sejak bila wacana yang berkonsepkan forum mengandungi unsur menang kalah? Macam budak-budak. Kedua-dua pemimpin mempunyai kepala yang sekeras batu permata. Dua-dua tak nak kalah, maka hentam diri masing-masing.
Ini sudah menampakkan perpecahan orang Melayu. Inikah yang kita mahu untuk Bangsa kita? Pemuda IKS mengharapkan wacana ini lebih bersifat Muzakarah. Bukannya pertandingan perbahasan seperti di sekolah-sekolah.
Pemuda IKS mengharapkan sangat mereka membincangkan apakah hala tuju politik orang Melayu, bagaimana mereka boleh berkerjasama di masa hadapan dan langkah-langkah meningkatkan martabat Melayu di bumi Malaysia.
Hukum hudud? Jangan nak beriye sangat. Kedua-dua mereka poyo giler dalam soal ini. Sembang kuat, sorang tidak pernah ketengahkan hal ini ke dalam Perhimpunan Agung mahupun Parlimen, sorang lagi takut dengan kepimpinan parti sayap. Inikah perjuangan Melayu Islam?
Yang mamat si peneutral tu, Prof. dari UIA ke apa, nampak sangat berat sebelah. Apa kata, UMNO anjur satu wacana seakan ini dan jemput pemimpin PAS untuk menyertainya. Abaikan mamat UIA tu, berat sebelah, cakap terketar-ketar.
Khairy, gagal menggunakan kelebihan Oxfordnya. Husam, terlalu emosional, tak profesional, ambil kesempatan terhadap status "tuan rumah". Memalukan UMNO dan PAS!

5 ulasan:

  1. Salam Pemuda IKS,
    Dah jadi, nak buat macam mana. Nak berdebat sangat. Last-last, menang jadi arang, kalah jadi abu. Pastu, pemimpin atasan pening kepala nak jawab. DSAI x tau la pening ke tidak, sebab bukan parti dia, sekadar rakan pakatan.

    Tapi macam saudara katalah, yang penyokong dah tentu kata orang dia lagi baguih. Cuba baca kat rembau.net..web itu sendiri yang tulis "Kedua pihak terus menengak benang basah antara satu sama lain dengan nawaitu wacana untuk menjatuhkan antara satu sama lain di hadapan penonton"

    Menegakkan benang yang basah....hmmmm

    BalasPadam
  2. Dulu ade la rase respek kat PAS nih.

    Tapi bile nak laksanakan hukum agama nak kene refer bangsa asing yang bukan satu kalimah, letih la aku nak melayan derang nih.

    Derang ni goyang sangat ngan DAP tu apahal? Nampak sangat menjaga kepentingan pihak tertentu.

    Derang dok cakap Umno rasuah la, itu la, ini la. Ni derang pun dah kene rasuah la ni. Bukan rasuah duit, rasuah dalam bentuk pembentukkan kerajaan negeri.

    Peygi da! Memperjuangkan Islam konon.

    BalasPadam
  3. buat malu Islam dan hudud je IKS mereka ni..malu!malu!!!malu!!!!

    BalasPadam
  4. Itulah hudud jangan dipersenda. Ini hukum tuhan bukan hukum ciptaan manusia.

    BalasPadam
  5. Salam...

    Pemuda IKs, semasa wacana itu berlangsung aya berada di dalam dewan tersebut atas dasar tugas...

    Memang benar-benar wacana tersebut telah tersasar daripada objektif sebenarnya gara-gara ahli panel yang gagal mengawal emosi...

    Apa pun saya salute kepada KJ kerana keberaniannya untuk berada di atas pentas di lubuk Pas dan cara beliau mengendalikan provokasi daripada Husam dan Aziz Bari - yang fungsinya sama seperti Pas, hanya mengkritik dan bukannya peneutrel...

    Sebenarnya saya tidak layak untuk memberi sebarang rating tetapi bagi saya KJ menang pada malam itu... Husam hilang kewibawaan kerana gagal kawal emosi dan terjerat diri sendiri begitu juga dengan aziz bari tidak lebih dari seorang tok dalang yang merapu di atas pentas melarikan watak-watak kulit di belakang tabir...

    Rumusan saya secara keseluruhan, Husam terperangkap dan sebenarnya dia menipu ahli pas, mana tidaknya terpaksa menurut kehendak DAP dan PKR dalam melaksanakan dasarnya...

    Biarpun saya penyokong kuat Pemuda Berani tetapi KJ telah menunjukkan sedikit sebanyak keupayaannya untuk berhadapan dengan pembangkang dan mengangkat sedikit maruah parti yang tercalar selepas PRU ke 12 baru-baru ini.

    BalasPadam