Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


15 Disember 2008

Kisah Curang Pekerja Terhadap Majikannya

Setiap majikan biasanya menghadapi satu masalah yang sama iaitu kadar penukaran pekerja yang tinggi. Pekerja akan meninggalkan sesebuah syarikat untuk pendapatan yang lebih lumayan, latar belakang syarikat yang lebih baik ataupun apa-apa alasan yang dirasakan munasabah. Pemuda IKS ingin berkongsi satu artikel yang diperoleh melalui rangkaian emel di tempat kerja.
Pada awal tahun, Samad, rakan lama penulis yang bertugas sebagai seorang Pereka Perisian menerima satu tawaran daripada sebuah syarikat antarabangsa yang berprestij untuk membangunkan sebuah perisian baru syarikat itu di luar negara. Beliau amat teruja dengan tawaran tersebut. Beliau banyak terdengar tentang CEO syarikat tersebut, seorang berkarisma dan sering muncul dalam akhbar usahawan kerana sikapnya yang penuh dengan visi.
Pendapatan yang diterima amat lumayan. Polisi syarikat juga baik. Pejabat pun cantik. Penggunaan teknologi terkini. Kafe pun menyediakan makanan yang sedap. Dua kali beliau dihantar ke negara lain untuk latihan. Beliau amat memuji keadaan dan usaha syarikat tersebut terhadap dirinya. Tetapi setelah lapan bulan bertugas, beliau meletak jawatan.
Beliau tidak ada menerima tawaran lain, cuma tidak tahan dengan keadaan. Begitu juga dengan rakan-rakan sejabatan beliau yang turut berhenti. CEO syarikat tersebut tertekan akan kadar pertukaran pekerja yang tinggi ini. Beliau tertekan terhadap wang yang dibelanjakan untuk melatih mereka ini. Beliau tertekan kerana tidak mengetahui punca masalah ini.
Mengapa pekerja berbakat ini berhenti walaupun dibayar gaji yang tinggi? Samad berhenti di atas sebab yang sama dengan semua orang. Jawapannya terletak dalam salah satu kajian terbesar yang dibuat oleh Gallup Organization. Kajian tersebut telah membuat bancian terhadap sejuta pekerja dan 80,000 pengurus dan diterbitkan dalam sebuah buku berjudul First Break All The Rules.
Hasil kajian tersebut memang memeranjatkan: Jika anda kehilangan pekerja yang baik, lihat pada penyelia terdekatnya. Tiada sebab lain melainkan beliau yang menjadi punca kepada status pendirian para pekerja. Beliau juga menjadi punca para pekerja berhenti lalu membawa pengetahuan, pengalaman dan perhubungan yang diperolehi terus kepada pesaing syarikat tersebut.
Pengarang buku ini, Marcus Buckingham dan Curt Coffman menyatakan bahawa para pekerja meninggalkan pengurus mereka, bukannya syarikat. Terlalu banyak dibelanjakan untuk menyimpan pekerja yang bagus untuk gaji dan latihan. Akhirnya, perpindahan mereka berpunca daripada para pengurus. Jika anda mempunyai masalah kekerapan pertukaran pekerja, sila rujuk pengurus anda dahulu. Adakah mereka faktor kepada masalah ini?
Secara tersiratnya, keperluan seorang pekerja bukanlah wang semata-mata, malah lebih kepada layanan serta penghargaan yang diberikan. Kebanyakan perkara ini bergantung kepada pengurus beliau. Selalunya, pekerja yang baik sering berhadapan dengan pengurus yang teruk. Bancian majalah Fortune beberapa tahun yang lalu mendapati bahawa 75% pekerja menerima layanan teruk dari pengurus mereka.
Dari semua tekanan pejabat yang wujud, pengurus yang teruk akan memberi kesan pada kesihatan emosi dan produktiviti para pekerja. Pakar sumber manusia mengatakan dari semua layanan teruk pengurus, pekerja tidak dapat menerima jika maruah mereka dipertaruhkan di khalayak ramai.
Jika sekali, pekerja akan hanya berfikir untuk berhenti. Kali kedua, perasaan ingin berhenti itu semakin menebal. Kali ketiga, beliau sudah pun melayari JobStreet.com untuk langkah selanjutnya. Apabila mereka tidak boleh marah secara terbuka, mereka akan melakukannya secara diam-diam.
Dengan tindakan yang tidak menonjol, mereka akan melakukan apa yang disuruh sahaja. Maklumat yang penting dan kritikal tidak akan disampaikan kepada pengurus mereka. Jika pekerja bekerja untuk seorang pengurus yang teruk, sudah tentu pekerja itu mahu pengurusnya menghadapi pelbagai masalah.
Hati dan jiwa pekerja tersebut sudah tidak serasi dengan kerja yang dilakukan. Para pengurus akan memberi tekanan kepada pekerja dengan cara masing-masing: Kawalan ketat. Terlalu mendesak. Suka mengkritik. Sehingga mereka terlupa bahawa para pekerja bukannya eset tetapi sebenarnya adalah seorang ejen bebas.
Bila perkara ini berterusan, seorang pekerja itu akan berhenti di atas isu yang berlanjutan ini. Bukannya hentaman ke-100 yang menjatuhkan seseorang tetapi hentaman bertubi-tubi sebanyak 99 kali yang menyempurnakan kejatuhan itu.
Tatkala para pekerja berhenti di atas sebab tersendiri, mereka bermungkinan akan terus berkhidmat jika pengurus mereka tidak mengeluarkan kenyataan seperti pengurus Samad. Pengurusnya memberitahu bahawa Samad boleh ditukar ganti dan ramai lagi yang sepertinya boleh didapati dengan mudah. Ini melibatkan kos mencari pengganti.
Kos untuk melatih pengganti. Kos beroperasi sementara mengisi kekosongan jawatan tersebut. Kehilangan pelanggan dan hubungan yang diperoleh oleh bekas pekerja. Kehilangan nilai moral di kalangan pekerja. Kehilangan rahsia pengurusan yang sudah pun dikongsi dengan syarikat lain. Tidak lupa juga akan taruhan reputasi akibat buah mulut pekerja yang meninggalkan syarikat itu.
Kita sedia maklum kesediaan para pekerja banyak bergantung pada kapasiti syarikat. Bekas pekerja tentu ada cerita tersendiri untuk disampaikan. Jack Welch dari GE menyatakan bahawa mana-mana syarikat yang ingin bersaing haruslah memahami pemikiran para pekerja. Nilai sesebuah syarikat terletak di tangan para pekerjanya. Jika ia kehilangan bakat, maka ia akan kesusutan nilai.
Malangnya, kebanyakan Eksekutif Senior terlalu sibuk mengelilingi dunia, mengembangkan perniagaan dan membangunkan visi syarikat. Adakah mereka sedar akan apa yang sedang berlaku di “rumah”?

13 ulasan:

  1. Salam perjuangan,

    Pemuda IKS ingin mengaitkan artikel ini dengan pergolakan politik nasional. Ahli politik tidak meninggalkan parti kerana parti itu sendiri, tetapi kerana pemimpin yang memimpinnya.

    Soal ini bukan sahaja timbul di peringkat nasional, malah berlaku di peringkat akar umbi. Perebutan kuasa, menjaga kepentingan diri dan sikap tamak haloba sering menjadi pencetus kepada perkara sebegini.

    Beringatlah wahai para pemimpin, pengikut anda mencerminkan kepimpinan dan kekuatan organisasi anda. Jagalah mereka sebaiknya. Jangan berat sebelah. Selamat berjuang!

    BalasPadam
  2. ya. sebab nila setitik, rosak susu satu tin. pemimpin mencorak hala tuju parti. jika perjuangan yang ditegakkan, tegaklah parti itu. jika cakap banyak habuk pun tarak, maka hancurlah parti itu kerana digelar Parti Kelentong Rakyat.

    wassalam.

    http://writtenbyhim.wordpress.com/

    BalasPadam
  3. Salam PemudaIKS,
    Satu artikel yang menarik buat buah fikiran kita. Bagi yang membaca secara terus dan tidak dapat 'read between the lines' artikel ini hanya dilihat sebagai masalah antara pengurus bahagian/unit-unit dengan pekerja, bukan CEO atau pihak pengurusan atasan. Ianya tidak dapat menggambarkan senario politik UMNO dan BN dimana ianya berkait dengan pihak atasan.

    Sekadar satu pandangan...Wallahualam...

    BalasPadam
  4. Ha, betul. Pengurus adalah kepala. kalau kepala buat lawak, habeh semua.

    BalasPadam
  5. salam ziarah :-)




    (( Kuala Terengganu )) : ‘Markah Bonus’ Untuk Calon Pemilihan Parti :-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Salam ukhuwah,

    Sekali lagi sekadar mengungkapkan kembali kata-kata Dennis Peer dalam National Enquirer,

    "One measure of leadership is the calibre of people who choose to follow you".

    Kerapuhan nilai pemimpin ( dalam apa segi sekalipun ) adalah punca kepada kerapuhan nilai para pengikutnya. Kesempurnaan kepemimpinan Rasulullah melahirkan manusia-manusia yang hampir sempurna watak dan karekter. Bagaimana kita kini?

    BalasPadam
  7. Salam sdr Pemuda I-K-S!

    Memang saya dah serik dengan tindak tanduk penyelia yg memang BODOH SOMBONG! Sebenarnya saya pun pernah meletak jawatan akibat karenah penyelia yg memang lebih suka bermain politik!

    Tetapi disini terletaklah kesilapaan si C-E-O. Kerana mereka berasa terlalu tergantung kepada karat karat penyelia ataupun senior manager, yg memang dah petah mengampu, membodek dan bermain tai-chi, si C-E-O ni tak akan tahu apa yg berlaku di bawah. Sebenarnya, selepas member you ni meletak jawatan, dia patut berjumpa dengan si C-E-O ni dah membuka pekung. Biar nahas si pembodek dan pengampu.

    Padedoh merasa amat 'hot' kerana pernah dalam 'bot' yg sama

    BalasPadam
  8. Salam perjuangan,

    Pemuda IKS memang sengaja menerbitkan artikel ini untuk mendengar maklum balas daripada pembaca. Ada yang mengaitkannya dengan politik, ada yang mengaitkannya dengan kehidupan peribadi.

    BalasPadam
  9. Inilah realiti sebenar yang berlaku pada UMNO hari ini. Yang perlu dipecat adalah penyelia bukannya pekerja yang bagus dan berkemahiran tinggi. Jadikan ini sebagai pedoman untuk memperkukuhkan parti.



    Tukang Canang
    Pengerusi Biro Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan,
    Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik, Kedah.

    Wasalam.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!

    Terima kasih Tukang Canang..saya percaya pada hakikatnya ramai ahli - ahli UMNO yang mempunyai pendapat yang sama akan tetapi takut untuk bersuara.

    BalasPadam
  11. betul betul semua patut di buang kerna mereka ni la yg merosakkan segala yg sudah dibina dgn cantiknya..bila dalm team 15 org yg dibentuk pada awalnya..tapi permulaannya ade lak seorg ni asyik tersangkut2 dan byk melakukan kesilapan yg lain rasa susahnya adekah ni perlu diambil tindakkan??jika anda seseorg yg tegas inginkan kelancaran sahaje tanpa gangguan saya percaya anda akn buat keputusan yg betul..sekian

    BalasPadam
  12. Salam IKS,

    Mintak maaf kerana off topic.

    Khabar angin menyatakan si Wan Farid akan menjadi calon BN untuk KT by-election. A figure closely associated to 4th floor.

    I've got nothing personal against this guy, but to UMNO Trengganu he's a liability. His brother is closely associated to Monsoon Cup. More about him can be found in Barking Magpie.

    http://www.barkingmagpie.blogspot.com/

    It is a big gamble to field a 4th floor boy, it provides window of opportunity for the opposition to play with issue and gain political mileage.

    Waht say you about this?

    Wassalam.

    BalasPadam
  13. Salam perjuangan,

    To: Piggy Singh

    Damn it! Not one of them again. Anyway, thanks for the info. If he is put to be the most suitable candidate, two things:

    1. UMNO ought to loose terribly in the upcoming by-election.

    2. Who appointed him is stupid enough to not know that the guy is a liability.

    3. Well played by KJ himself.

    4. UMNO is too blind too find a decent candidate.

    5. Someone just got richer after the candidate is announced.

    6. Did Pemuda IKS only said two?

    BalasPadam