Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


29 Disember 2008

Achtung!: Jangan Berkempen

Memang ada termaktub dalam etika UMNO bahawa kempen hanya dapat dilaksanakan selepas tarikh penamaan calon dan tidak boleh menggunakan media sebagai alat penyebaran. Blog dikira berkempen? Sadis.
Matlamat penubuhan laman blog Pemuda IKS adalah untuk dijadikan medan perkongsian dan pertukaran pendapat. Selain dapat mengketengahkan pendapat Pemuda IKS sendiri, isu-isu yang dibincangkan dapat dikembangkan lagi dan idea tersebut dapat disebarkan dengan mudah dan pantas.
Tan Sri Muhammad Muhd. Taib memohon UMNO perjelaskan garis panduan mengenai isu ini.
Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor telah diberi amaran kerana berkempen menggunakan blog semasa pemilihan bahagian yang lalu.
Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahniza Samsuddin pula berkata, penerangan lanjut berhubung blog adalah penting kerana bimbang ada ahli UMNO terkeliru dengan maksud larangan itu tanpa disedari. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd. Radzi berkata, blog adalah satu sumber untuk mengatasi jurang antara ahli dan pemimpin.
Pemuda IKS berasa konsep blog ini adalah lontaran suara elektronik kepada umum:
1. Bebas menyuarakan pendapat sendiri.
2. Tidak semua orang akan membacanya.
3. Terpulang kepada pembaca untuk menilai penulis.
4. Tidak ada unsur desakan/paksaan.
5. Merupakan media alternatif.
Jika kita mengaitkan penggunaan blog sebagai medium kempen, konsepnya berbeza. Konsep berkempen yang difahami adalah:
1. Bersemuka dengan rakyat.
2. Mengutarakan pendapat melalui media.
3. Komunikasi secara terus.
4. Berunsur hasutan/memujuk.
5. Terdapat kekangan tertentu.
Selain itu, blog dapat menghubungkan rakyat dengan pemimpin secara terus. Berbanding dengan berkempen, berapa ramai dapat mengajukan soalan kepada pemimpin? Berapa banyak pula soalan terjawab? Dengan blog, segala persoalan dapat dijawab dengan mudah dan teratur.
Blog juga menggalakkan minat membaca di kalangan rakyat. Dari situ, wujud pula laman blog di kalangan rakyat. Kemahiran menulis atau mengarang akan diguna sepenuhnya. Bukankah ini satu langkah memartabatkan Bahasa dalam Bangsa itu sendiri? Tidak kira bahasa apa, ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat dikembangkan pada masa yang sama. Tambahan pula, kebangkitan blog menampakkan keperihatinan rakyat terhadap kerajaan.
Jika tata etika UMNO melarang Pemuda IKS untuk terus memperjuangkan BERANI BERUBAH!, apa lagi yang boleh dilakukan selain berdiam diri dan semangat perjuangan akan luntur dimakan hari.

4 ulasan:

  1. Ha, jangan berdiam diri. lawan balik mana yang perlu. Ingat, kita jangan jadi pak turut. Lawan untuk kebaikan.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dan salam perjuangan!

    Saya amat bersetuju dengan Pemuda IKS bahawa sekiranya platform ini di'cuci', maka semangat perjuangan UMNO akan padam. Perlu diingatkan bahawa kita mesti memupuk budaya berfikir di kalangan generasi muda.

    Sebagai contoh Blog Pemuda IKS ini yang tujuan utama penubuhannya sebagai medan untuk bertukar2 pendapat merupakan satu contoh yang baik.

    Banyak blog yang ditubuhkan semata-mata untuk mencaci,menghina dan lain2 perkara yang mengaibkan tetapi, syukur Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya dapat perhatikan bagaimana masih ada lagi manusia yang menggunakan akal yang waras dan lidah kurniaan Allah SWT untuk mencari kebenaran.

    Sekiranya generasi muda khususnya Pemuda UMNO tidak diberi ruang untuk menyuarakan pendapat mereka dan disalurkan melalui saluran yang betul, saya fikir sampai bilapun matlamat untuk melihat generasi pemimpin pelapis yang baik tidak akan kesampaian.

    Generasi Pemuda UMNO perlu bersifat radikal dan menggunakan akal fikiran yang waras demi kesejahteraan UMNO pada masa hadapan!

    Berani Berubah!

    BalasPadam
  3. salam IKS, jangan berkempen? patut jangan guna wang..hehehe

    BalasPadam
  4. Super tagline.

    BalasPadam