Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


28 Disember 2008

Abas Menang!

Persidangan semula untuk UMNO Bahagian Batu benar-benar membawa kejutan tersendiri. Penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yusuff Hamid tidak muncul di persidangan yang diadakan. Walau bagaimanapun, persidangan tetap diteruskan memandangkan kuota untuk bersidang sudah mencukupi.
Persidangan semula ini telah diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC bermula pada pukul 10.00 pagi. Barisan Pemuda IKS telah berkumpul seawal pukul 8.00 pagi untuk memberi sokongan penuh terhadap persidangan semula ini. Ketua Pemuda IKS, saudara Fakhrulzaman Fadzil adalah salah seorang perwakilan yang mewakili UMNO Cawangan Taman IKS.
Calon yang mencabar kedudukan penyandang jawatan tersebut, Yahya Mat Ghani (Abas) menang dengan 136 undi manakala Datuk Yusuff Hamid hanya mendapat 2 undi dan 1 undi rosak dalam pemilihan kali ini. Ini bermakna hanya 139 orang perwakilan tampil untuk membuang undi. Pada persidangan yang lalu (02/11/08), terdapat seramai 251 orang perwakilan yang hadir. Kemana perginya lagi 112 orang perwakilan? Wallahualam.
Di sini Pemuda IKS ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Batu yang baru, Yahya Mat Ghani diatas kejayaan beliau serta pencapaian beliau setakat ini yang amat membanggakan. Pemuda IKS akan memberi sokongan penuh terhadap barisan kepimpinan UMNO Bahagian Batu yang baru. Selamat berjuang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan