Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


10 November 2008

Menerapkan Budaya Ilmuwan Dalam Pemuda Batu

Pemuda IKS tertarik dengan hujah yang dibentangkan oleh saudara Nobisha (Norizan bin Sharif) dalam salah satu segmen kelolaan pihak Astro Awani. Beliau yang merupakan salah seorang blogger terkenal di tanah air diminta mengulas berkenaan isu pemilihan dalam UMNO serta proses transformasi yang amat diperlukan oleh UMNO hari ini. Cara beliau mengulas setiap persoalan menampakkan beliau memang seorang yang berpengalaman dalam dunia politik.
Antara topik yang hangat dibincangkan adalah isu pemilihan pucuk pimpinan UMNO. Kenapa kita hari ini dihadapkan dengan muka-muka pemimpin yang sama? Pemuda IKS berasa Malaysia memerlukan wajah-wajah baru dengan semangat baru serta agenda perjuangan yang baru. Seperti dibincangkan dalam artikel sebelum ini, prinsip UMNO itu sendiri sudah sedia kukuh cuma memerlukan implementasi yang lebih berkesan.
Selain itu, beliau juga turut mengupas soal budaya ilmuwan dalam berpolitik. Politik hari ini lebih memandang kepada populariti seseorang pemimpin. Tidak seperti dulu, hujah-hujah yang bernas tidak lagi dititikberatkan. Malah politik wang menjadi senjata utama para pemimpin kita. Siapa hulur lebih, dia dapat lebih! Pemuda IKS bimbang dengan kemerosotan budaya ilmuwan dalam UMNO, makin kuranglah pemimpin berwibawa dari golongan intelektual.
Di sini Pemuda IKS ingin mencadangkan supaya budaya membaca dapat diterapkan dalam Pemuda Batu. Tidak kira apa jua bentuk bahan bacaan, matlamatnya adalah meningkatan tahap pemikiran orang-orang Melayu. Kita bukan sahaja dapat menimba ilmu, malah dapat mengikis mentaliti kolot yang sering ditunjukkan oleh orang-orang seperti pengulas-pengulas provokatif di Wilayahkini.

5 ulasan:

  1. terima kasih, saya setuju dengan apa yang saudara sebutkan. kita harus membudayakan politik ilmu dalam umno.

    BalasPadam
  2. Salam Saudara,

    UMNO satu pergerakan yang cukup dengan lojistik, jentera dan kekuatan, boleh lakukan apa sahaja demi kebaikan.tetapi dipersiakan oleh mereka yang mengejar harta, pangkat dan darjat.

    Jika ada kelapangan, sudilah ke halaman saya at

    http://the-antigonist.blogspot.com/

    Sekian, wassalam.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum.

    Apa yang saya nak katakan, WilayahKini macam tak relevan plak, macam jadi pencacai kepada orang-orang tertentu dalam wilayah....

    Saya sokong, inilah masanya untuk mengubah dan memperkasa UMNO, dengan meletakkan budaya dan ilmu sebagai benteng kepada ahli-ahli UMNO.

    sudah tiba masanya kita belajar politik dengan lebih matang, bukan lagi berpolitik secara membuta-tuli seperti 'abang-abang' dan 'kakak-kakak' kita yang terdahulu.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum..

    Setuju dgn semua kenyataan di atas..Jangan jadi bangsa yg 'hidup segan mati tak mahu'. Dengan ilmu kita boleh merubah hidup bukan setakat individu tetapi juga masyarakat.Wujudkan program yg berteraskan keilmuan. Perjalanan jauh bermula dengan satu langkah yg kecil.

    Kalau tidak mendapat sambutan dari pihak atasan, kita sendiri akan anjurkan! Ini bukan perkara main - main tetapi perkara pokok dan fardhu kifayah bagi kita sebagai org Muslim dan taggungjawab sosial bagi Non - Muslim!

    BalasPadam
  5. BBC mengatakan kemenangan Barrack Obama sebagai 'A Historic Victory'. Ucapan Obama selepas kemenangan yang meyakinkan untuk terpilih sebagai Presiden Amerika yang baru sangat memukau. Lautan manusia membanjiri padang untuk mendengar ucapan sulung Obama.

    Karisma ucapan beliau menjerit memberitahu agenda besar negara beliau. Ada yang menitis air mata, ada yang melompat kegembiraan, ada yang tergamam, ada yang terharu, dan pelbagai warna perasaan lautan manusia. Slogan New Dawn for United States menangkap imaginasi rakyat Amerika. Ketika berucap, beliau mengatakan, ..."to Mc Cain... Mc Cain fought hard and long for this campaign,...and it is harder and longer for the country that he loves, he has indured sacrifice for America,..I congratulate him, and governor Palin for all they achieved, I look forward to work with them, renew this promise nation into mountain heat...". Ini kematangan politik di sana.

    Di Malaysia kita sangat malang kerana mempunyai ahli politik yang tidak matang malah tidak berwawasan. Banyak kerosakan berlaku kerana kejahilan ahli politik. Dewan Parlimen menjadi 'sarkas' kerana sikap ahli politik yang takut untuk berdebat. Banyak angkara ahli politik yang menjahanamkan batu asas negara. Soal Bahasa Melayu, soal masa depan agama Islam, kuil dirobohkan, rasuah, skandal seks, sentimen bangsa yang sempit dan pelbagai lagi.

    Tidak ada semangat kerjasama erat dan kesefahaman antara pemerintah dan pembangkang. Permainan politik mereka ialah 'zero sum game'. Wacana baru 'post- partisan' sepatutnya dibudayakan. Ungkap sdr Yusmadi ('Obama' Malaysia) dalam satu forum di sebuah universiti. Apa salahnya pemimpin Melayu berlapang dada dan menumpukan agenda memperkasa agama dan bangsa? Apa salahnya pemimpin Melayu duduk semeja membincangkan agenda ekonomi dan perpaduan bersama?

    Sepatutnya politik di Malaysia lebih matang dan berwawasan, kerana majoriti kita adalah orang Islam. Malu kita kerana mempunyai pemimpin yang tidak bermaruah. Sudah terang lagi benderang, pemilihan bahagian parti penuh dengan jijik rasuah dan 'menjilat' pemimpin. Kasihan bagi individu yang baik dan berpelajaran untuk berjuang, kerana ditolak mentah- mentah oleh majoriti yang korup.

    Nampaknya lingkaran pemimpin yang keliru masih berputar. Ini akibat kekeliruan ilmu dan 'loss of adab' yang diungkap oleh Prof Naquib Al Attas.

    Nampaknya, masa depan negara masih kelam. Jika New Dawn dan Change! di Amerika tidak mustahil, di Malaysia bagaimana?

    BalasPadam