Isu kemiskinan dalam bandar di kalangan orang Melayu merupakan isu yang sering dibicarakan akan tetapi ianya tidak menunjukkan arah perkembangan yang positif. Apa yang lebih menarik adalah isu ini kerapkali dijadikan 'umpan' untuk meraih perhatian. Pemuda IKS amat terganggu dengan perkara ini.
Walaubagaimana pun, tinggalkan sahaja retorik ini dan mulai sekarang, dengan kepimpinan Pemuda Batu yang baru, ayuh kita bangun dan bentuk satu rancangan pelan pembangunan ekonomi untuk memajukan orang Melayu khususnya di Batu ini.
Kerapkali Pemuda IKS mengutarakan soalan ini, bagaimana untuk menghapuskan kemiskinan masyarakat Melayu? Ya, kita sedar dan tahu menghapuskan kemiskinan ini adalah agenda penting kerajaan. Tetapi adakah ianya berjaya? Dan apakah 'benchmark' yang digunapakai untuk menilai keberkesanan program membasmi kemiskinan ini? Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa tetapi kita sendiri perlu berusaha, mengkaji dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini.
Berikut adalah beberapa cadangan dari pihak Pemuda IKS:
1. Menerap dan menekan budaya berniaga yang berlandaskan hukum syarak dan konsep 9/10 rezeki datang dari berniaga.
2. Mengenalpasti industri yang boleh dibangunkan secara koperasi di setiap cawangan UMNO secara kecil-kecilan. Sebagai contoh: Industri Pembuatan, Industri Pemprosesan, Industri Tekstil dan Fabrik, Industri Pertanian, Industri Perkhidmatan.
3. Penganjuran bengkel, kursus dan seminar yang lebih berorientasikan kemahiran dan praktikal.
4. Menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasaran yang menunjukkan minat dan 'viable'.
5. Memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat berterusan melalui jurulatih-jurulatih dari agensi kerajaan dan swasta berdasarkan kepada industri.
6. Mewujudkan satu panel penilaian bebas untuk menilai keberkesanan dan mencari sumber-sumber serta industri yang boleh dimanipulasi bersesuaian dengan lokasi setiap cawangan.
7. Merangka satu mekanisma yang dinamik untuk memastikan rangkaian pengedaran yang lancar dan tidak 'hangat-hangat tahi ayam' atau pun untuk meraih kepentingan individu dan kumpulan tertentu semata - mata.
Walaupun ianya dijalankan secara kecil - kecilan tetapi dengan penyertaan dari 41 cawangan di dalam UMNO Bahagian Batu, sedar atau tidak kita telah mula menjana dan mencipta satu rantaian ekonomi di kalangan ahli UMNO sendiri.
Insyaallah, dengan terhasilnya program-program seperti ini diharap dapat menggamit semua lapisan masyarakat untuk mengenali UMNO dan mengikis tanggapan serong masyarakat bahawa UMNO ini hanya sebuah parti yang mengamalkan 'ultralism' tapi tidak memberi apa-apa manfaat kepada masyarakat sekelilingnya.
Inilah salah satu kaedah perjuangan yang perlu kita perjuangkan untuk mengangkat martabat orang Islam dan Melayu pada masa kini. Kita perlu menyesuaikan perjuangan kita supaya ianya sejajar dengan perubahan arus dan kehendak semasa. Ikhlas, Berani Berubah, Selamat Berjuang!
LAPORAN Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) jelas membuktikan dakwaan Hindraf bahawa kaum India adalah golongan termiskin di negara ini adalah tidak benar.
BalasPadamMenurut wakil UNDP, Dr. Richard Leete: “Kemiskinan paling serius di Malaysia bukan di kalangan kaum India tetapi komuniti peribumi di Sabah dan Sarawak, serta penduduk kawasan pedalaman di Kelantan, Terengganu dan Kedah.”
Pun begitu, golongan termiskin ini tidak mengadakan demonstrasi ganas. Mereka tahu bersyukur dan jika tidak berpuas hati, mereka guna proses pilihan raya.
Mereka sedar kerajaan gigih membasmi kemiskinan meliputi semua kaum. Menurut UNDP, pencapaian Malaysia dalam usaha itu adalah antara terbaik di dunia.
MSY harap Hindraf buka mata. Nasib kaum India di negara ini jauh lebih baik apatah lagi dibandingkan di India.
MSY sokong sentimen akar umbi – jika Hindraf masih memburukkan negara, mengancam keselamatan dan mahu hak istimewa Melayu dihapuskan, hijrahlah ke negara lain.
Tetapi MSY yakin mereka enggan berhijrah. Mereka sendiri tahu sebabnya.