Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


30 November 2008

Manifesto BERANI BERUBAH!

1. Meremajakan dan meramaikan keahlian UMNO melalui pendaftaran ahli yang berkesan. Maksudnya kita tidak lagi boleh menyekat mana-mana pihak yang terbuka hatinya untuk bersama dalam perjuangan UMNO walaupun dilihat mereka berkaliber untuk menyaingi kita diperingkat cawangan mahupun bahagian. Kita mesti sedar bahawa sekiranya sekat-menyekat ini masih diamalkan, orang Melayu boleh pilih untuk menyertai parti lawan yang sudah tentu mengalu-alukan kedatangan mereka.
2. Memastikan keahlian kita (khususnya Pemuda) memahami sejarah perjuangan UMNO, perjuangan Melayu, perjuangan untuk Kemerdekaan, keadaan Melayu sekarang, dan halatuju Melayu kehadapan. Ini penting bagi menerapkan satu semangat yang jitu dan berasaskan fakta sejarah yang memberikan keyakinan kepada setiap Pemuda apabila berhujah dengan kawan ataupun lawan. Jangan kita hanya pandai beretorik dan menunjukkan sifat keMelayuan kita walhal semangat Melayu kita sebenarnya tidak tebal dalam sanubari kita.
3. Peri-pentingnya kita memahami apa masalah yang dihadapi oleh orang-orang muda. Sebagai parti politik, kita seharusnya membantu menyelesaikan masalah jika kita mahu kekal relevan bagi orang muda. Kalau kita dilihat sebagai parti elitis yang tidak pedulikan masalah belia, sudah tentu mereka tidak akan menyokong kita dan ini nanti akan diterjemahkan kepada kekalahan kita di PRU akan datang. Antara masalah-masalah yang kita tahu dihadapi golongan muda ini adalah:
a. pengangguran;
b. masalah penjaja dan peniaga yang kerapkali diganggu pihak berkuasa;
c. pekerja kilang yang bermasalah dengan majikan;
d. pinjaman RM10-20ribu dari bank yang dibelenggu kerenah birokrasi;
e. perumahan;
dan banyak lagi masalah-masalah yang sepatutnya diselesaikan oleh kita jika kita mahukan sokongan daripada golongan muda.

8 ulasan:

  1. hidup dato mukhriz!!!

    BalasPadam
  2. Salam ukhuwah,

    Rasulullah sentiasa memberikan tumpuan yang istimewa kepada golongan remaja kerana kelestarian agama dan keremajaan semangatnya akan terpelihara. Begitulah harapan kepada Pemuda Berani Berubah. Semoga mendapat rahmat dan barakah Allah.

    BalasPadam
  3. Salam IKS,

    I planned to write an article that is similar to yours, about UMNO membership, but from perspective of none UMNO members who grew up in UMNO circle.

    Hopefully it'll be published by tomorrow.

    Wassalam.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan salam perjuangan..

    Pedulikan tentang 'setiakawan' dan 'Pemuda Berani'. Bagi para ahli Pemuda UMNO,inilah masanya kita melaksanakan program untuk mengembalikan semula kepercayaan ahli2 komuniti terutamanya golongan muda - mudi. Bagi mana2 Ketua Pemuda,Gunakanlah manifesto 'BERANI BERUBAH' sebagai polisi perancangan program. Jangan hanya pandai bercakap tapi gagal dalam perancangan..

    Berani Berubah!

    BalasPadam
  5. Kalau kita betul2 `BERANI BERUBAH` jangan hanya menang dalam perangcangan tapi tewas dalam perlaksanaan.Kerana rancangan yang tidak terlaksana adalah satu kegagalan dalam sesuatu organisasi...

    BalasPadam
  6. jika inginkan pemuda umno kembali kuat ikut la BERANI BERUBAH...lihat la sendiri ape yang dato mukhriz dengan cita2nya yg begitu kuat yang dikejar oleh pemuda kini.wahai pemuda yang dah terpesong dgn kata parti pebangkang ape yg anda dapat dan perolehinya selepas anda menyokongnya pilihanraya tempoh hari?saya rasa hanya yg ade program untuk menperkuatkan aje party tapi aktivitinya ape yg berjalan??insyaallh kalau benar BERANI BERUBAH blh buat oleh barisan dato MUKHRIZ insyaallah pemuda akn bersatu untuk mengembalikan kekuatan umno dulu kini dan selamanya..

    BalasPadam
  7. Lama ku cari kini ku temui..Berani Berubah Perjuangan Lebih Telus.

    BalasPadam
  8. Salam perjuangan,

    Terima kasih kepada Gagak kerana menyokong perjuangan ini. Pemuda IKS amat menghargai penglibatan Gagak.

    Objektif Pemuda IKS menerbitkan artikel manifesto ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua dan ingin mendapat respon dari pejuang BERANI BERUBAH!, SETIAKAWAN dan juga PEMUDA BERANI.

    Nampak gaya, Pemuda IKS perlu berusaha dengan lebih keras untuk menerbitkan artikel yang lebih kritis dan kreatif untuk menarik perhatian penyokong SETIAKAWAN dan PEMUDA BERANI.

    Walau bagaimanapun, Pemuda IKS bersyukur di atas sambutan yang diterima sehingga hari ini. Alhamdulillah.

    BalasPadam