Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


01 Disember 2008

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir yang pertama diucapkan kepada Siti Nurfatinah Umairah binti Fakhrulzaman, anak bongsu kepada Ketua Pemuda IKS. Sambutan hari lahir beliau telah diadakan pada 30/11/2008 (Ahad) di rumahnya bersama ahli-ahli Pemuda IKS.
Selamat Hari Lahir yang ke-27 kepada Saudara Fathy Kamel Mohd Fadzil, ahli Pemuda IKS pada tarikh 01/12/2008 (Isnin). Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Sains Geologi di Australia tajaan KUSTEM.
Selamat Hari Lahir buat Saudara Mohd Firdaus Musa yang ke 28 pada 05/12/2008. Berharap saudara akan sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Pemuda IKS tertanya-tanya akan siapa bakal pasangan saudara ataupun saudara memilih untuk membujang hingga ke tua?

1 ulasan:

  1. tahniah IKS! semoga menjadi seorang bapa yang penyayang kepada anak-anak!

    BalasPadam