Pembentukan semula ekonomi yang dilakukan oleh pentadbiran Presiden Bush tidak ubah seperti tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelesaikan krisis kewangan yang melanda Asia 10 tahun dahulu. Pemuda IKS berasa bangga kerana ini membuktikan kualiti yang ditunjukkan oleh kepimpinan orang Melayu.
Tindakan Tun terhadap memulihkan ekonomi telah membuka mata dunia. Tun tidak memilih untuk meminjam daripada IMF atau World Bank dan menggunakan Ringgit Malaysia daripada dollar ketika Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahun 1997. Formula Tun Dr. Mahathir telah ternyata berhasil dan kini pihak Amerika Syarikat telah mengikut jejak beliau untuk menangani kemelesetan yang melanda negara itu.
Ini adalah ulasan Pemuda IKS terhadap saranan Menteri Luar Negara, Datuk Seri Rais Yatim berkenaan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu yang memerlukan pengukuhan agar tidak dihina dan dipertikaikan oleh bangsa asing. Kita seharusnya menganalisa saranan beliau melalui satu perspektif yang lebih luas memandangkan pemimpin Melayu hari ini perlu menambah pengetahuan jika mahu menerajui Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, kita tidak sepatutnya goyah dengan perubahan ekonomi dan politik. Proses peralihan kuasa semakin hampir, harga barang dan minyak pun sudah mula turun. Pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia. Jangan kita berdiri dan melihat sahaja. Kita perlu merebut peluang. Malaysia boleh!
Adakah kita mampu mempunyai pelapis pemimpin seperti Tun pada masa akan datang? Dan saya bersetuju dgn cadangan Datu Seri Rais Yatim bahawa pemimpin perlu meluaskan pengetahuan mereka sekiranya hendak menerajui sesuatu organisasi ke peringkat tinggi.
BalasPadamSaya ada satu cadangan yang saya kira tentu sekali dapat diimplimentasikan oleh Menteri Kewangan dengan segera demi bangsa, agama dan negara tercinta ini iaitu:-
BalasPadamKerajaan menujudkan satu skim khas / peruntukkan khas untuk membantu sejumlah melayu ( tak kira 100kah 1,000kah atau 100,000 kah atau satu juta orang melayu ) yang dengan peruntukkan tersebut kelak akan menjadikan mereka berjaya menjadi seorang:
ULAMA TERKENAL DIMATA DUNIA,
SEORANG ENGINEER YANG TERBILANG DIMATA DUNIA,
SEORANG DOKTOR PAKAR YANG AMAT TERKENAL DISELURUH DUNIA,
SEORANG AKAUNTAN YANG SANGAT POPULAR DIMATA DUNIA,
SEORANG SASTRAWAN YANG MASHYOR DIMATA DUNIA,
SEORANG PENIAGA 5 TERKAYA DIDUNIA,
SEORANG ANGKASAWAN YANG TERHEBAT DIDUNIA,
SEORANG PEMAIN BADMINTON NOMBOR SATU DUNIA,
SEORANG PEMAIN CATUR TERHEBAT DUNIA,
SEORANG PEGUAM TERKENAL DAN SENTIASA MENDAPAT PERHATIAN DUNIA,
DAN SEORANG ATAU BEBERAPA ORANG YANG HEBAT-HEBAT DALAM BIDANG MASING-MASING DIPERINGKAT DUNIA.
Tindakan kerajaan BN yang seperti ini dengan menggunakan sumber wang yang datangnya dari sumber kewangan melayu sendiri tentunya boleh menyemarakkan kaum melayu diseantarodunia, yang sangat membawa faedah kepada kehebatan kaum melayu diseluruh dunia ini dan bukan sahaja di Malaysia dan Kepulauan Nusantara ini.
Ketika Zaman Tun Mahathir, Kepimpinan beliau telah berjaya dikategorikan sebagai sangat terbilang diantara dunia. Dan sudah pasti ini bukan satu langkah yang agak mustahil untuk mencapai kejayaan, jika kita berkemahuan yang sangat serius. Dan tidak berperasaan PhD ( Perasaan Hasad dan Dengki ).
Tun M persis Tun Perak pada zaman keunggulan tamadun Melayu pada era Kesultanan Melayu Melaka.. seratus tahun lagi baru ada pengganti seperti kedua-dua pahlawan Melayu ini...
BalasPadamBro,
BalasPadamSaya bercanggah dengan andaian bahawa penurunan harga minyak mentah ni 'is a good thing.' Sebenarnya penurunan mendadak dari harga USD 147 kepada USD 54, disertakan penurunan harga minyak sawit dari harga RM 3,900 se tan ke RM 1,400 se tan.
Ini sebenarnya mendadakan krisis ekonomi yang sebegitu hebat. Kita boleh menganalisis fakta fakta yang menyokong pendiriaan tersebut ataupun kita boleh membaca surat khabar tempatan, dan merasa lega kerana 'situasi normal, under kontrol. semuanya elok elok belaka.'
Baru baru ni, para pemimpin G20 telah bersidang secara tergesa gesa di Washington untuk berbincang tentang krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia. Pekara ni kita boleh anggap sebagai 'tak serius', tetapi tahukah anda 20 negara tersebut mewakili 90% nilai perdagangan di dunia. Yang baki 10% di kongsi bersama 120 negara yang lain, termasuk Malaysia.
Pendiriaan TDM memang tepat pada masanya. Tetapi, jikalau kerajaan mengikut langkah tersebut menangani krisis matawang yang sememangnya akan berlaku (ini disebabkan oleh perbezaan kadar inflasi di Malaysia berbanding Amerika Syarikat), saya menjangka, pada zaman ini, adalah langkah yang akan membawa padah.
Itu saja. Saya berharap dengan adanya kepimpinaan DSN, kita masih dapat mengekalkan prestasi yang baik, walaupun berada pada saat yg genting.
saya amat sanjungi tun mahathir
BalasPadamhidup tun...sekiranya ade pengantinya
biar la lbh darinya..
hidup tun
Kepada Mr Padedoh,ramai pakar analisis ekonomi agak terkejut kerana kejatuhan mendadak komoditi ni. Tapi sedar atau tidak kejatuhan ini disebabkan kecairan stok simpanan G20 yg dicairkan untuk menampung keperluan tunai.Kawalan nilai matawang perlu untuk mengapung pasaran. Ianya adalah 'last resort' kerana risikonya matawang tidak akan didagangkan kerana mempunyai nilai yg tinggi.
BalasPadamHi bro,
BalasPadamSaya setuju dan tidak setuju. Biar kita bercanggah kemudian kita bersependapat.
Saudara berhujah bahawa penurunanan ini disebabkan oleh 'simpanan G20 yang dicarikan untuk mendapat cash money.
Saya mempelawa tuan tuan dan puan puan sekalian, melawat laman dibawah
http://tonto.eia.doe.gov/cfapps/STEO_Query/steotables.cfm?periodType=Annual&startYear=2004&startMonth=1&endYear=2008&endMonth=12&tableNumber=9
Maka akan dipaparkan sebuah 'data table.' Sila rujuk kepada row-row yang dibawah
SPR NET WITHDRAWAL (2008) -0.01
TOTAL NET PETROLEUM IMPORTS (2008) 11.04 (kurang 1 juta tong sehari berbanding 2007)
CRUDE OIL IN SPR (702) naik 20j tong berbanding 2007
COMMERCIAL INVENTORY (305) naik 14j tong berbanding 2007
Apa maksudnya
Satu sahaja - 'demand' untuk minyak mentah jatuh mendadak pada suku-2,3 dan 4. Oleh bermakna, para penduduk, para peniaga, dan kilang kilang di Amerika Syarikat secara mendadak telah mengalami kemelestan ekonomi. Statistik diatas bermakna, kerana kesemua statistik mengkukuhkan hipotesis Padedoh. Oleh kerana, mahu tak mahu, Amerika Syarikat menjadi nadi kepada ekonomi sedunia, terutama negara yg bergantung kepada, eksport, mengalami krisis yg teruk.
Natijahnya, penurunana harga minyak adalah kerana 'collapse of demand', bukannya liquidation yg dibayangkan oleh sdr.
Ok - sekarang kita bersetuju pulak.
Pada bulan 9, Padedoh bersama sama rakan spekulator telah membuat serangan hendap keatas saham bank bank di Amerika Syarikat. Pada ketika itu, saham bank bank boleh jatuh 15-20% sehari. Oleh kerana banyak peniaga tajaan bank bank tersebut mempunyai long position di pasaran masa depan, mereka terpaksa menjual segala position tersebut, dan mengimport kembali hasilnya, untuk mengimbangi dana mereka.
Keadaan itu hanyalah pemangkin - kepada situasi yg tercetus pada hari ni.
Mr Padedoh,bukan ke keadaan ni berlaku sebab economic cycles dan ape sebab2 lain yg menyebabkan collapse of demand? saya x pandai tp mcm 98 econ. crisis kita collapse sbb george soros main duit.
BalasPadamSaudara,HAn!
BalasPadamHalo dan salam sejatera. Ok, kita tak boleh memandang remeh akan situasi sekarang - jelas ianya bukan ekonomik cycle semata mata. Kalau konsep ini suka dimainkan oleh para penyunting surat khabar, saudara boleh dibuai bersama sama rakyat jelata ataupun pula menganalisis fakta.
Pada 2007, tercetus krisis kewangan di Amerika Syarikat. Pada 2008 ini menjadi krisis ekonomik yg bermaksud terjadi 'collapse of demand' secara mendadak.
Penyebab bagi krisis ekonomik ini bukannya sesuatu faktor semata mata. Ini disebabkan oleh 3 atau 4 faktor yg ada 'positif feedback/cycle' yg. bermaksud faktor pertama akan menguatkan faktor yg kedua yang akan pula menguatkan pula faktor.
Faktornya adalah seperti dibawah
1. Kejatuhan harga rumah
2. Pembeli rumah tak mampu membayar hutang
3. Bank menanggung NPL yg tinggi ( berTRILLION dollar A/S)
4. Lehman Braders muflis menyebabkan kerugiaan USD 600 b pada 'bondholders'. AIG pula hampir muflis.
5. Pasaran 'money market' tidak berfungsi dengan lancar. Maka syarikat gergasi seperti GE, sukar nak mendapat pinjaman jangka masa pendek.
6. Syarikat global 'slash the budget.' Inilah collapse of demand. Inventory baru tidak dibeli, pekerja diberhentikan. Aktiviti ekonomi 'grinds to a halt.'
(6b. Syarikat glokal pula membeli Bank di Indonesia pada 4x harga buku. Malaysia Boleh!)
Balik kepada faktor 1. Inilah cycle-nya.
Kalau nak tahu secara mendalam, anda terpaksa kepulauan Padedoh di http://padedoh.wordpress.com
Saya setuju dengan apa yang saudara sebutkan. Kepimpinan Tun membuktikan bahawa Melayu mampu memimpin. Dan saya percaya, dalam banyak hal, orang Melayu tidak ketinggalan. Cuma, kita memerlukan peluang.
BalasPadamSalam Perjuangan Kepada Semua!
BalasPadamPatah tumbuh namun pengunduran Tun masih belum berganti...
Beliau adalah pemimpin yang bukan sahaja memperkenalkan Malaysia ke seluruh antero dunia malh berjasa menyekat kemaraan kumpulan yang ingin melihat Malaysia merudum tatkala krisis ekononomi lebih kurang 10 tahun yang lepas.
Bagi saya, beliau acap kali menggunakan sindiran, yang terakhir sekali sewaktu membuat kenyataan bahawa PM boleh terdiri dari golongan bukan Melayu...
Masa yang lepas manakan dapat diulang walaupun barang sesaat dua. Peniggalan warisan perjuangan Tun yang kita pandang-pandang dan jeling-jeling boleh digunafokus untuk pedoman kita melayari bahtera agar warisan serta nikmat hasil perjuang bisa terus dinikmati oleh adik, anak dan cucu kita suatu masa nanti.
MAT SIRAT
PEMBONGKARAN TERSIRAT DALAM SEMATAN SURATAN
ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA
http://siratansuratan.blogspot.com/
Salam IKS,
BalasPadamMerujuk kepada keputusan PRU 10 pada tahun 1999, persoalannya kenapa BN masih boleh mengekalkan majoriti 2/3 walaupun pada ketika itu BN dan Tun khususnya diserang oleh berbagai tohmahan, mahafiraun, hina nabi saw, pemecatan Anwar dan sebagainya.
Antara sebab BN mengekalkan majoriti ialah pengundi bukan melayu khususnya kaum Cina berterima kasih dengan Tun kerana berjaya membawa keluar daripada kegawatan ekonomi. Hero-hero pembangkang seperti Kit Siang dan Karpal yang kuat menyerang Tun sebelumnya juga kalah.
Pada awal kegawatan ekonomi, sempat juga negara kita mengikut telunjuk IMF, lagipun masa tun Anwar still finance minister. Kesannya, interest naik melambung. Kesinambungannya, banyak kes bunuh diri kerana tidak dapat menanggung hutang.
Anwar dipecat dan Tun memperkenalkan sistem kawalan modal. Dipendekkan cerita akhirnya berjaya.
Wassalam.
Salam IKS,
BalasPadamPada zaman kegawatan ekonomi 1998, negara barat tidak dilanda krisis. Pasaran eksport masih kukuh, tetapi yg menjadi masalah adalah nilai Ringgit Malaysia yang turun naik.
Tetapi sekarang, situasinya berubah. Saya meramalkan pasaran eksport akan mengalami kegawatan, lebih lebih lagi harga minyak sawit mentah serta minyak mentah turun mendadak.
Maka kita kena bertanya - dimanakah datangnya cash money? Saya masih tertanya dan binggung.
Mengenakan Capital Controls akan menjanahamkan negara kerana ini akan dilihat oleh pelabur asing sebagai act of war. Pendekatan baru diperlukan dan buat masa sekarang, saya sendiri tidak tahu akan caranya.
ternyata 'chain of reaction in economy' ni mengakibatkan ekonomi dunia 'checkmate'.
BalasPadambagus pemuda iks. kita memang tidak dapat menjangka kebolehan Tun. biarpun pada awalnya cadangannya ini mendapat kritikan daripada pakar-pakar ekonomi, tapi beliau membuktikan malaysia boleh!
BalasPadamtun jadi pm balik..negara amat memerlukan kepandaian dan kebolehan tun untuk memulihkan umno pulihkan semangat org2 melayu seperti zaman dato dulu..kami pemuda yg pernah merasa sedikit zaman pemerintahan tun kini amat sangat rindu akn kebolehan tun yg buat malaysia terkenal dipelusuk dunia..kami memerlukan seseorg yg blh memimpin negara mcm tun
BalasPadam