Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


29 Oktober 2008

Diorang ni tak paham bahasa ke, buat-buat tak paham?

Malam tadi Pemuda IKS ada menerima SMS daripada seorang ahli berkaitan isu MCA yang mengusulkan supaya pemilikan 30% pegangan ekuiti Islam Melayu dalam syarikat senaraian awam dihapuskan. Berharap Pemuda IKS dapat mengupas isu ini dengan lebih terperinci. Jika disemak di laman web Bursa Malaysia, kebanyakannya dikuasai oleh syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina. Pemilikan 30% itu sepatutnya dikuasai oleh orang Islam Melayu.
Kesimpulannya pada pandangan Pemuda IKS adalah secara tersurat, kaum Cina di Malaysia secara terang-terangan menggambarkan bahawa orang Melayu itu tidak bagus di dalam bidang perniagaan dan juga pengurusan. Secara tersiratnya pula, ini adalah agenda utama sejak dulu lagi untuk menguasai Tanah Melayu dgn menjalankan "ethnic cleansing" secara terhormat. Mari kita tunggu dan lihat apakah komen dari Ahli Majlis Tertinggi, sayap-sayap UMNO serta Parti yang berteraskan Islam tentang perkara ini.
Pemuda IKS juga berhasrat mengemukakan satu lagi cadangan di mana sepatutnya ketika inilah masa yang paling sesuai untuk berdebat untuk mempertahankan ketuanan Islam dan Melayu di Malaysia. Inilah gelanggang yang Pemuda IKS fikirkan sangat sesuai untuk 'bakal pemimpin UMNO' memperlihatkan misi, visi dan objektif mereka. Bukan berdebat sesama sendiri.
Perlu diingatkan, Majlis Raja-Raja telah menyatakan bahawa jangan menimbulkan isu-isu sensitif menyentuh Hak Islam dan Melayu. Parti-parti komponen Barisan Nasional juga tidak boleh menimbulkan isu-isu yang melibatkan sensitiviti perkauman. Mungkin 'mereka' ini tidak faham Bahasa Malaysia atau buat-buat tidak faham? Wallahualam.
Pemuda IKS nak lihat sendiri berapa ramai yang akan membidas isu ini. Adakah orang-orang UMNO memandang serius tentang perkara ini ataupun hanya berdiam diri sahaja. Bak kata pepatah, "bagai si Kaduk, menang sorak kampung tergadai" Apakah tindakan kita dalam menangani isu ini? Apakah langkah-langkah yang akan dan perlu diambil oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Barisan Nasional?

1 ulasan:

  1. Salam Perjuangan,

    Keadaan ini telah terlalu melampau!!!
    Apa lagi yang meraka nak ambil dari kita???
    Satu persatu isu mereka berani bangkitkan,adakah mungkin selepas ini mereka nak bangsa mereka menjadi Sultan,PM, MB dan Ketua Polis Negara???
    Tolong lah bersatu!!! Jangan lah leka dengan KUASA & WANG semata mata dalam perjuangan UMNO. INILAH PUNCA MASALAH & KELEMAHAN MELAYU!!!
    Apa lagi yang tinggal pada kita sebagai tuan tanah MALAYSIA (dahulu dikenali sebagai TANAH MELAYU) ini kalau hanya ada kuasa tunggul & boneka semata(tidak mampu berbuat apa-apa)???
    Adakah ini yang kita mahu sangat dalam perjuangan?
    Marilah kita bersatu tekad kan semangat untuk kukuhkan pengisisan AGAMA ISLAM dan satukanlah bangsa melayu.
    Marilah kita bersatu membina semula jaringan perniagaan dan saya percaya jika ianya menjadi realiti nescaya ISLAM dan melayu akan lebih maju malah tidaklagi dihina dan cuba di buang di tanah sendiri!!!

    Nauzubillah.
    Allah Huakbarx3

    Iklas,Berani&Bersatu

    Shafril Yizmier B. Mohd Yusoff
    Ketua Penerangan IKS

    BalasPadam