Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


31 Mac 2009

Agenda Pergerakan: Klinik Badminton Pemuda IKS

Pemuda IKS kini meneruskan program klinik badminton kepada ahli-ahlinya yang kurang mahir bermain badminton. Selain mengasah bakat dan kemahiran, program ini turut menggalakkan budaya bersukan dan cara hidup yang sihat.
Lokasi: Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2
02 April 2009 (Khamis): 10.00 mlm - 12.00 mlm
10 April 2009 (Jumaat): 10.00 mlm - 12.00 mlm
Program klinik badminton ini adalah kelolaan Biro Belia, Sukan & Rekreasi Pemuda IKS yang dipengerusikan oleh Saudara Norzaman Ismail. Setakat ini, penyertaan hanya terbuka kepada ahli-ahli Pemuda IKS sahaja. Namun, beliau berhasrat agar program ini dapat diketengahkan supaya mendapat penyertaan daripada masyarakat setempat.
Baca selanjutnya...

29 Mac 2009

Pemuda Di Peringkat Akar Umbi Perlu Terima Hakikat

Apa hakikat yang dimaksudkan? Jawapan menyeluruh akan berbunyi 'hakikat kehidupan'. Namun di kala ini, ramai orang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan Pemuda UMNO baru-baru ini. Apa boleh buat? Itulah hakikatnya.
Jika anda tidak berpuas hati kerana KJ memenangi jawatan tersebut, terimalah hakikat bahawa beliau jauh lebih bijak dan licik berbanding yang lain. Jangan dipersoal akan kaedah, tetapi nilaikan kebijaksanaan, kesungguhan, keberanian dan kebolehan.
Jika anda tidak berpuas hati kerana Datuk Mukhriz kalah dalam pemilihan kali ini, walaupun beliau mendapat pencalonan tertinggi dan mendapat jumlah undi yang paling sedikit, terimalah hakikat bahawa jentera BERANI BERUBAH! tidak cukup kuat untuk berdepan dengan jentera SETIAKAWAN dan PEMUDA BERANI. Terimalah kekalahan dan kelemahan diri dengan penuh bermaruah.
Jika anda tidak berpuas hati dengan proses pengiraan undi yang didakwa berlaku penyelewengan, terimalah hakikat bahawa sistem yang diimplemen UMNO kini masih lemah kerana boleh diseleweng oleh pihak tertentu.
Jika anda tidak berpuas hati dengan perwakilan yang dikatakan telah disuap dengan wang ringgit, terimalah hakikat bahawa itulah budaya baru dalam Pemuda UMNO yang kian menjadi cara hidup mereka - UMNO sebagai periuk nasi.
Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan siasatan Lembaga Disiplin UMNO yang hanya memberi surat amaran kepada pengamal politik wang, walaupun pesalah yang lain dikenakan hukuman larangan bertanding, terimalah hakikat bahawa kita di peringkat akar umbi tidak berdaya untuk mempersoalkan kepincangan lembaga tersebut.
Persoalannya, apakah tindakan anda untuk merubah masa depan pergerakan ini? Adakah anda hanya mampu bersembang-sembang dan mengadu domba tanpa tindakan? Atau anda dua kali lima sama sahaja suka menjadikan Pemuda UMNO sebagai tempat mencari rezeki?
“Seseorang Muslim wajib mendengar dan taat, sama ada suka atau pun tidak. Melainkan apabila dia diperintah untuk melakukan maksiat. Bila dia diperintahkan untuk melakukan maksiat, tidak ada lagi istilah mendengar dan taat (dalam urusan maksiat tersebut).” - Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 2955
Kita di peringkat akar umbi tidak berhubung terus dengan KJ. Adakah kita di peringkat akar umbi ada menerima perintah untuk melakukan maksiat? Jika benar amalan rasuah menjadi pegangan beliau, biarlah beliau dan para perwakilan yang terlibat yang akan menjawab di akhirat kelak.
Apa tanggungjawab kita sebagai pemuda di peringkat akar umbi? Taat dan setia. Allah s.w.t akan membalas segala kemungkaran seperti yang berlaku pada kes Abas-Yusuff di UMNO Bahagian Batu.
Baca selanjutnya...

28 Mac 2009

Earth Hour 2009


Tarikh: 28 Mac 2009
Masa: 8.30 mlm - 9.30 mlm
Padamkan lampu rumah anda sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini. Banyak pihak telah pun memberi sokongan. Sila daftarkan diri/organisasi anda di EarthHour.org
Baca selanjutnya...

27 Mac 2009

Agenda Pergerakan: Kursus Motivasi Usahawan IT

Syarikat Equity Drive Sdn Bhd akan menganjurkan Kursus Motivasi Usahawan IT. Kandungan kursus tersebut merangkumi bentangan slot usahawan TheSpaceAds.com serta E-Shoppe.
Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 7.00 malam
Tempat: Hotel Brisdale, KL
Bayaran yuran sebanyak RM50 dikenakan untuk setiap peserta. Sarapan, makan tengahari dan minum petang turut disediakan. Tempat adalah terhad untuk 50 penyertaan sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TJ di talian +6012 250 6197.
Baca selanjutnya...

26 Mac 2009

Pemuda Berani Menuntut Perubahan Dengan Semangat Setiakawan

Tahniah kepada Saudara KJ kerana berjaya dalam pemilihan kali ini. We fought a beautiful battle and resulted in glorious war. Tahniah kepada Razali Ibrahim selaku Naib Ketua Pemuda. Namun ucapan pertama KJ selaku Ketua Pemuda lebih fokus kepada kempen Dato' Hishamuddin bertanding Naib Presiden UMNO Malaysia.
Tidak seperti Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang baru, Dato' Sharizat yang menegaskan perpaduan dan merapatkan silaturrahim. Beliau turut mengalukan kewujudan lawan beliau, Tan Sri Rafidah Aziz dalam barisan kepimpinannya.
Pemuda IKS menyokong penuh pemilihan Dato' Hishamuddin sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia dan barisan baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan KJ dan RI.
Tapi apa pun keputusannya, cabaran sebenar yang terdekat adalah pilihanraya kecil yang akan datang. Lawan sebenar adalah di luar sana dan bukan di dalam UMNO. Mari kita berganding bahu bersama-sama memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.
Baca selanjutnya...

25 Mac 2009

Bina Semula Imej Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Setelah 10 tahun diterajui oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pergerakan Pemuda UMNO Malayisa kini hangat dengan musim pemilihan yang tertumpu kepada calon-calon Ketua dan Naib Ketua.
Apa yang jelas adalah ketiga-tiga calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia – Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Mukhriz Mahathir – akan berganding bahu bersama Presiden baru UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Para perwakilan diberi mandat untuk memilih di antara tiga calon – seorang menantu Pak Lah, seorang anak Tun M dan seorang bekas Menteri Besar Selangor.
Khairy Jamaluddin ternyata berkerja keras untuk mendapat sokongan dari peringkat akar umbi bagi membuktikan bahawa beliau di kedudukannya bukan kerana bapa mertua, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Datuk Mukhriz Mahathir pula berasa terpanggil untuk mengetuai pergerakan ini kerana melihatkan keadaan UMNO yang semakin nazak.
“Keputusan saya untuk bertanding ibarat mengundang penyakit kerana UMNO kini bukan lagi di zon selesa setelah kemerosotan Barisan Nasional pada PRU-12. Malah saya menyerahkan seluruh kerjaya politik saya pada tangan para perwakilan."
Pada PRU-13, terdapat penambahan seramai 1.5 juta pengundi muda. Peratusan undi popular untuk Barisan Nasional hanya kira-kira 51% termasuk dari Sabah dan Sarawak.
“Inilah sebab mengapa Pergerakan Pemuda UMNO memerlukan pemimpin yang mampu meyakinkan para pengundi. Dalam erti kata lain, saya berharap untuk menjadi pemimpin yang mampu menjadi pemangkin dalam penyelesaian masalah yang dihadapi oleh UMNO.”
Beliau sudah menjangkakan perbandingan yang dibuat terhadap dirinya dan ayahandanya. Para penyokongnya juga berharap sentuhan Tun M itu wujud dalam dirinya jika dia yang memimpin pergerakan ini.
“Anda tidak akan dapat melihat iras Tun M dalam diri saya kerana saya mempunyai cara dan visi tersendiri. Apa yang penting, saya mahu membawa kepimpinan berasaskan prinsip dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan parti itu sendiri hendaklah bebas dari politik wang."
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Reezal Merican Naina Merican akan bertanding untuk jawatan Naib Ketua.
Razali dengan penuh rendah diri mengatakan beliau bukanlah pilihan nombor satu memandangkan beliau tidak mempunyai jentera untuk menyerlahkan kebolehan beliau.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar, berhasrat untuk membantu pergerakan ini menyatupadukan pemuda dan membina hubungan mereka dengan UMNO jika beroleh kemenangan.
“Amat memeranjatkan apabila kebanyakan pemuda yang ditemui bersungguh-sungguh untuk memberi sumbangan tetapi tidak tahu caranya. Masalahnya adalah kita tidak berhubung dengan mereka dengan baik dan penubuhan polisi dan pihak berkuasa seolah-olah mengenepikan golongan pemuda."
Razali berpandangan bahawa beliau dan Reezal masing-masing mempunyai peluang yang baik untuk menang cuma beliau berhasrat untuk membina semula parti jika kemenangan berpihak kepada beliau.
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Rahman Dahlan menasihati para ahli pergerakan ini agar memilih calon berdasarkan apa yang mereka mampu tawarkan untuk menguatkan lagi parti.
Barisan kepimpinan baru ini haruslah berkerja keras untuk menyatukan akar umbi dan mewujudkan pentas untuk membina hubungan baik rakyat dengan UMNO.
“Pergerakan Pemuda UMNO hendaklah beringat bahawa para pengundi boleh berubah hati walau sekecil mana pun alasan mereka."
Baca selanjutnya...

22 Mac 2009

CheWal: PPSMI FAQ

1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?
Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.
Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?
Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?
Kerana 100% bahan rujukan untuk bidang-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?
BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi.. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?
Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.
sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain.
Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.
Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?
Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.
Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.
Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.
Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?
Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.
Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).
Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.
Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?
Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?
Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.
Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?
Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.
Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.
Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?
Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.
Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.
- 04 Mac 2009, CheWal.blogspot.com
Baca selanjutnya...

Agenda Pergerakan

1 Komuniti 1 Persatuan & Karnival Mini
Tarikh: 22 Mac 2009
Masa: 2.00 ptg
Tempat: One Utama (New Wing)

Bicara Khas Bersama TPM
Tarikh: 22 Mac 2009
Masa: 9.00 mlm
Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, PWTC Baca selanjutnya...

21 Mac 2009

Agenda Pergerakan: Kursus Asas Mini Bike

Satu Kursus Asas Mini Bike akan dianjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan pada tarikh 22 Mac 2009 bertempat di Litar Speedway USJ. Kursus ini dibuka kepada para peserta yang berumur 10 hingga 18 tahun sahaja. Kepada yang berminat untuk menghantar peserta bolehlah menghubungi Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil di talian +60136666665.
Baca selanjutnya...

20 Mac 2009

PPSMI Wajar Diteruskan

Perkembangan sistem pendidikan Malaysia seabad yang lalu menekankan satu sistem perkauman. Kini sistem pendidikan Malaysia sudah melangkah jauh dan telah berjaya melahirkan ribuan tokoh ilmuwan yang juga telah membuktikan keberkesanan sistem pendidikan Malaysia setaraf negara membangun yang lain.
Manifestasi daripada PPSMI yang telah dilaksanakan memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan negara. Jika ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir, suara bantahan daripada rakyat kedengaran sumbang. Namun mengapa di kala pemerintahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, semakin ramai yang berani sehingga terjelmalah budaya demokrasi jalanan?
Sungguh memualkan apabila golongan yang berpendidikan tinggi yang telah terdidik dengan adab dan budi perkerti yang mulia sejak di alam persekolahan sehinggalah ke menara gading telah menterjemahkan ilmu yang mereka perolehi di jalanan. Sedangkan mereka telah diajar agar menururt cara yang lebih bijaksana dan bertamadun untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Pengajaran dalam bahasa Inggeris telah dilaksanakan kira-kira enam tahun yang lalu. Walaupun ianya satu tempoh yang belum cukup matang, namun implikasinya masih boleh dinilai. Pada hemat saya, selaku generasi muda yang telah melalui keperitan tidak mahir berbahasa Inggeris, PPSMI wajar diteruskan. Kita tidak seharusnya berpatah balik ke belakang setelah berada jauh di hadapan. Apakah motif PPSMI mahu dihapuskan?
1. Bahasa Inggeris akan menyebabkan kepentingan Bahasa Melayu terhapus.
Tidakkah kita sedar bertapa hebatnya rakyat Malaysia apabila mampu menguasai pelbagai bahasa? Kepelbagaian bahasa melambangkan kekuatan dan kebolehan rakyat yang bakal mengagumkan negara luar.
Persoalan jati diri juga menjadi salah satu penyebab kenapa sesetengah pihak mahu PPSMI dihapuskan. Saya hairan mengapa persoalan bahasa diperbesarkan, sedangkan masih banyak masalah lain yang perlu diambil perhatian. Contohnya, ratusan filem porno masuk ke pasaran Malaysia dan boleh diperoleh dengan mudah. Begitu jugalah filem-filem barat yang berusur keganasan semakin mendapat tempat di siaran televisyen Malaysia. Anehnya apabila filem tempatan ianya ditapis dengan ketat.
Contohnya filem hasil tangan Yasmin Ahmad berjudul "MUALAF" yang dikatakan bertentangan dengan norma-norma orang Melayu, tetapi bagaimana dengan mudah filem barat seperti "SEX DRIVE" boleh menebusi pasaran Malaysia? Siapa yang mampu menghalang kanak-kanak di bawah umur menonton filem tersebut kerana ianya boleh didapati dengan mudah di pasaraya/pasar malam? Malah, rancangan realiti yang melalaikan seperti Malaysian Idol tidak pula dibawa ke jalanan dan dibantah. Sedangkan isu seperti itu jauh lebih hebat pengaruhnya kepada kita.
2. Pelajar luar bandar ketinggalan ke belakang.
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa pelajar luar bandar berdepan dengan cabaran yang lebih hebat. Namun, sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, kita seharusnya menyakini usaha Kementerian Pelajaran dalam usaha mengatasi kelemahan pelajar luar bandar. Yakinilah kepakaran mereka dalam menangani isu ini.
Fikirkanlah jika PPSMI tidak dilaksanakan tentu ada pelajar luar bandar yang akan berhadapan dengan lebih banyak kesukaran apabila berada di universiti kelak. Mereka yang terlibat dengan demokrasi jalanan, fikir-fikirkanlah akan kesukaran yang jauh lebih hebat apabila anak-anak kita tidak dibiasakan dengan kemahiran berbahasa Inggeris.
Malahan, kebanyakan buku-buku rujukan di universiti juga adalah dalam bahasa Inggeris. Jika ada terjemahan dalam bahasa Melayu pun, tentu tidak banyak. Jika kita mengasihi anak-anak kita, kita sepatutnya membiarkan PPSMI diteruskan. Pecayalah, apabila PPSMI dihapuskan, ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan pelajar. Selain itu, tidak semua ibu bapa mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, justeru, PPSMI sedikit sebanyak mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris masyarakat kita.
Sistem pendidikan Malaysia berjalan dengan baik selama ini, meskipun biasa berberhadapan dengan beberapa masalah, namun ianya mampu ditangani dengan penuh bertamadun dan berhemah. Jesteru, saya merayu kepada semua pihak agar melestarikannya. Jangan sampai menjadi porak poranda seperti yang berlaku dalam politik pada masa ini.
Baca selanjutnya...

19 Mac 2009

Agenda Pergerakan: Klinik Badminton Pemuda IKS

Pemuda IKS kini mengorak langkah untuk menganjurkan program klinik badminton kepada ahli-ahlinya yang kurang mahir bermain badminton. Selain mengasah bakat dan kemahiran, program ini turut menggalakkan budaya bersukan dan cara hidup yang sihat.
Lokasi: Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2
19 Mac 2009 (Khamis): 8.00 mlm - 10.00 mlm
24 Mac 2009 (Selasa): 10.00 mlm - 12.00 mlm
27 Mac 2009 (Jumaat): 8.00 mlm - 10.00 mlm
Program klinik badminton ini adalah kelolaan Biro Belia, Sukan & Rekreasi Pemuda IKS yang dipengerusikan oleh Saudara Norzaman Ismail. Setakat ini, penyertaan hanya terbuka kepada ahli-ahli Pemuda IKS sahaja. Namun, beliau tetap berhasrat agar program ini dapat diketengahkan supaya mendapat penyertaan daripada masyarakat setempat.
Baca selanjutnya...

18 Mac 2009

Di Saat Akhir: Calon Cari Pasal Atau Dianiaya?

Khairy Diberi Amaran, Khir Tidak Bersalah
KUALA LUMPUR 17 Mac (Utusan) - Lembaga Disiplin UMNO mendapati Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah dan diberi surat amaran. Manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo didapati tidak bersalah.
Ali Rustam Dilarang Bertanding Timbalan Presiden
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.
Pemuda IKS - Tak tahulah di mana silapnya. Calon Ketua Pemuda dan Timbalan Presiden yang disebut di atas menghadapi beberapa tuduhan. Apa sebenarnya yang berlaku? Semua akan terjawab selepas mereka memberi keterangan atau nantikan sahaja keputusan siasatan. Sama ada salah mereka sendiri ataupun hasil usaha orang lain untuk menjatuhkan mereka. Tak sangka masih ada kontroversi di saat-saat akhir.
Sama juga dengan kes KP Wilayah, Dato' Norza Zakaria yang didakwa di Temerloh. Yang hairannya, jika benarlah para pemimpin yang didakwa ini tidak bersalah, di mana letaknya pemimpin yang lain tampil membela nasib mereka. Tiada langsung kedengaran suara sokongan daripada rakan seperjuangan mereka di dalam UMNO. Adakah mereka mahu pemimpin-pemimpin ini jatuh tersungkur dengan cara yang mengaibkan? Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui.
Baca selanjutnya...

Kami Mahu PPSMI Diteruskan!

1. Untuk mermartabatkan sesuatu Agama & Bangsa (dalam konteks ini Islam dan Melayu) kita perlu mendalami ilmu Sains dan Matematik. Lihat sahaja zaman kegemilangan Kota Baghdad suatu ketika dahulu yang pernah menjadi tempat pengumpulan dan penyebaran ilmu yang telah mengundang berbagai-bagai jenis bangsa walhal pada masa itu, orang Eropah (pada masa itu) berada dalam Zaman Gelap.
Kepelbagaian dan pertukaran ilmu (terutamanya ilmu orang Islam) telah menjadi titik tolak kepada kemajuan teknologi beberapa tamadun. Mengapa? Ianya berpunca daripada keazaman dan mengakui kelemahan yang ada pada sesuatu bangsa, telah mengakibatkan bangsa-bangsa lain berusaha untuk meniru dan menambahnilai pada ilmu yang dipelajari.
Apa yang ingin ditekankan di sini adalah budaya 'meniru perkara yang baik (mendalami/mengambil kembali ilmu) itu perlu diolah secara positif (menterjemah, menganalisa, mengkaji dan penyelidikan yang berterusan) untuk kesejahteraan Agama dan Bangsa itu pada masa akan datang. Kita perlu mengakui bahawa Islam dan Melayu (di Malaysia) pada masa kini berada dalam kedudukan yang amat mendukacitakan. Baik dari segi pencapaian ekonomi, ilmu, sukan dan lain-lain. Kekuatan untuk mendalami ilmu pengetahuan itu cuma sekadar 'cukup-cukup makan'.
2. Metaforanya adalah kita perlu menanam pokok dan berpenat lelah menjaga dan menyiramnya dahulu sebelum mendapatkan hasilnya. Inilah yang perlu dilakukan kepada anak-anak muda yakni generasi pelapis untuk masa hadapan. Seperti kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Setiap keputusan pasti ada kesan negatifnya, akan tetapi kita perlu meminimakan impaknya dan mencari jalan untuk menutup kesan itu sebaik mungkin.
Memberi pendedahan awal PPSMI ini diperingkat sekolah rendah adalah baik dan saya percaya, kanak-kanak ini akan berevolusi dan menyesuaikan diri mereka dengan keadaan ini walaupun ianya akan mengambil masa yang lama.
3. Kita perlu melihat kesan jangkamasa panjang PPSMI ini dan kita tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat penilaian. Mengapa tidak memikirkan nasib mereka ini apabila berhadapan dengan situasi memohon kerja dan sesi temuduga. Impaknya amat jelas. Tidak mampu mendapatkan pekerjaan yang baik, beralih mencari duit dengan kerja yang mudah (kebiasaannya kerja yang senang ini berkait rapat dengan jenayah) akhirnya dihukum di atas perbuatan sendiri. Siapakah yang harus dipersalahkan? Mudah sahaja. Sudah pastinya kerajaan. Khususnya UMNO kerana tidak mampu membela nasib bangsa sendiri!
Penambahbaikan perlu dlakukan seperti:
i. Menyedia dan melengkapkan guru-guru dengan ilmu atau kemahiran berbahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik secara berterusan.
ii. Merangka modul yang lebih rapi dan merangkumi segala aspek pengunaan Sains dan Matematik.
iii. Galakan yang berterusan dan bersungguh-sungguh melalui kempen-kempen kesedaran PPSMI.
4. Memantau kesan perlaksanaan dari segenap aspek pendidikan: pemahaman, psikologi dan kognitif (ilmu dan daya pemikiran) pelajar.
5. Melakukan rombakan dengan meletakkan guru-guru dan penggerak di tempat betul dan pada masa yang tepat serta bersesuaian.
Diharap semoga buah fikiran dan pandangan ini sedikit sebanyak merealisasikan hasrat kita untuk menangkis dan mengukukuhkan Agama Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia pada masa akan datang.
Baca selanjutnya...

17 Mac 2009

Pemuda Dakwa Dibelasah Pegawai DBKL

Kuala Lumpur - Gara-gara membuat aduan berkenaan sampah yang tidak dipungut, Ketua Pemuda Blok G Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak mendakwa dibelasah pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mangga kunci dan pisau kecil.
Mangsa, Mohd Khaizam Kamisan, 30 (gambar), terpaksa menerima tujuh jahitan pada kepala, tiga jahitan pada pipi dan pemeriksaan lanjut mendapati dia juga mengalami keretakan pada pergelangan tangan kiri.
Menurutnya ketika sedang menulis laporan tersebut, tiba salah seorang pegawai DBKL mengherdik dengan mengeluarkan kata-kata; “Aku sudah lama tidak puas hati dengan engkau”.
“Saya tidak mengenali pegawai tersebut tetapi kenapa dia boleh berkata begitu sedangkan saya tidak sengaja tertinggi suara ketika sedang menulis aduan tersebut.
“Kemudian saya memohon maaf sebelum beredar namun kira-kira satu jam selepas itu saya menerima panggilan daripada pegawai tersebut yang mahu berjumpa saya dengan alasan mahu meminta maaf,” katanya. - Sinar Harian, 16 Mac 2009
Baca selanjutnya...

16 Mac 2009

Cadangan Untuk Mempertingkatkan Perlaksanaan PPSMI

1) Memberi latihan insentif kepada guru-guru yang akan mengajar subjek Sains dan Matematik supaya pembelajaran dapat disampaikan secara berkesan jika guru sendiri dapat menguasai Bahasa Inggeris sebaik mungkin.
2) Wujudkan satu subjek baru seperti English Communication kerana Sains dan Matematik merupakan subjek teknikal yang memerlukan tahap pemahaman yang tinggi, oleh itu komunikasi amat penting di antara guru dan murid-murid.
3) Menyediakan Vocabulary Book kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan untuk memahami bahan-bahan yang mengandungi perkataan-perkataan yang kritikal dan selalu digunapakai dalam subjek Sains dan Matematik. Ini kerana dalam menjawab soalan matematik dan sains kadang-kadang tidak perlu membaca keseluruhan soalan tetapi cuma perlu capture perkataan yang penting sudah cukup untuk membuatkan murid-murid faham kehendak soalan.
4) Mengadakan kelas tambhan setiap hari untuk subjek Matematik dan Sains dan para guru perlu berkorban untuk tujuan ini. Jangan kutip duit yuran tetapi lakukan dengan ikhlas kerana guru-guru di sekolah Cina mengadakan kelas tambahan setiap hari tanpa bayaran.
5) Menyediakan buku-buku latihan yang mengandungi dwibahasa - Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Baca selanjutnya...

14 Mac 2009

Agenda Pergerakan: Majlis Ramah Mesra Bersama Dato' Mukhriz Mahathir

Yang baju merah tu "paling" angkat tangan.
Pada hari Rabu (11 Mac 2009) yang lepas, AJK Pemuda IKS bersama-sama Pemuda Batu telah pergi menemui Dato' Mukhriz Mahathir dan jentera BERANI BERUBAH!. Satu majlis makan malam yang ala santai diadakan di sekitar Kampung Pandan. Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil telah mengetuai Pemuda IKS yang terdiri daripada beberapa orang AJK dalam sesi pertemuan ini. Pelbagai topik umum dan peribadi dibincangkan bersama Dato' Mukhriz Mahathir namun agak penat untuk menaip segala perbualan Pemuda IKS bersama beliau di halaman blog ini.
Baca selanjutnya...

13 Mac 2009

Agenda Pergerakan: Gotong Royong Tanah Perkuburan

Satu aktiviti bergotong-royong akan diadakan pada 14 Mac 2009 (Sabtu) pada jam 8.00 pagi bertempat di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih. Aktiviti ini adalah anjuran Biro Pendidikan Pemuda Batu dengan kerjasama pihak JAWI. Dikhabarkan aktiviti ini akan diturut serta oleh Dato' Mukhriz Mahathir. Semua ahli Pemuda IKS, terutamanya AJK dipohon untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan ini. Mohon kerjasama para ahli Pemuda IKS untuk berkumpul di Restoran Thaqwa sebelum bergerak ke lokasi gotong-royong.
Baca selanjutnya...

12 Mac 2009

PPSMI: Malaysia Belum Bersedia Untuk Bahasa Malaysia

Isu ini sering dikaitkan dengan semangat jati diri dan kenegaraan. Namun hakikatnya, soal perlekehan bangsa Melayu adalah perkara pokok yang kita takutkan. Oleh kerana Bahasa Malaysia adalah bahasa ibunda kaum Melayu, ramai orang Melayu mempersoalkan kepentingan terhadap perlaksanaan PPSMI.
PPSMI yang dilaksana kini adalah wajib di kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah. Ramai mempersoalkan kesan terhadap perlaksanaan sistem baru ini. Bagaimana penerimaan oleh lapisan pelajar yang mentelaah buku-buku yang menggunakan sistem ini? Setelah sekian lama keberkesanannya kurang jelas dan belum terbukti, wujud satu gelombang menentang perlaksanaan sistem ini diteruskan.
Saudara Khairy Jamaluddin ada menyatakan bahawa perlaksanaan ini boleh ditingkatkan dengan mengkaji semula keberkesanannya. Beliau mencadangkan agar PPSMI hanya perlu dilaksanakan di peringkat sekolah menengah sahaja. Sekolah rendah akan meneruskan pembelajaran dan pengajaran dalam Bahasa Malaysia. Semua kenyataan beliau ini boleh kita dengari dalam program Hujah di TV9.
Semasa salah seorang ahli Pemuda IKS mengharungi Minggu Haluan Siswa (orentasi) di sebuah universiti tempatan, para siswa dan siswi diberitahu tentang kepentingan jati diri dalam setiap ahli masyarakat yang bergelar warganegara. Program tersebut telah membuka minda para peserta agar melihat sesuatu subjek dari satu sudut yang berbeza. Apa yang menarik adalah, program tersebut mengajar kita supaya menilai sesuatu dengan skop yang lebih luas.
Semasa berlangsungnya program tersebut selama satu minggu, seorang delegasi dari Kementerian Pengajian Tinggi dijemput untuk memberi ceramah dan beliau menyediakan sesi soal jawab untuk para siswa. Pemuda IKS sudah terlupa nama beliau namun kalau tak silap, beliau adalah SUK Kementerian tersebut.
Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan semangat patriotik perlu ada dalam diri setiap siswa dan siswi. Selain itu, para siswa dan siswi juga perlu berusaha ke arah menaikkan nama Malaysia di mata dunia dalam hasil kerja yang bakal dipersembahkan. Namun apabila disoal mengenai kepentingan PPSMI dalam sistem pendidikan, beliau memberi satu jawapan ringkas dan padat. Siswa dan siswi menegaskan mengapa tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai satu tetapan dalam setiap institusi.
Menurut beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan bukannya sebuah negara yang maju seperti Jepun, Perancis dan Jerman. Untuk pengetahuan umum, negara-negara maju telah menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai medium komunikasi dominan dalam segala urusan di negara mereka. Malaysia masih bergantung kepada negara-negara maju. Ini termasuklah dalam penggunaan bahasa juga. Perkara ini akan berterusan sehinggalah Malaysia mampu berdikari sepenuhnya dalam bidang teknologi, pendidikan dan sebagainya.
Jika diteliti kembali, ada kesahihan dalam kenyataan beliau. Malaysia memang masih bergantung kepada negara lain dalam bidang-bidang tertentu. Bahasa Malaysia boleh dilaksanakan sepenuhnya jika Malaysia adalah sebuah negara maju dan negara membangun yang lain pula akan bergantung kepada Malaysia. Ketika inilah penguasaan bahasa lain diperlukan khususnya Bahasa Inggeris.
Sebab itulah di Sekolah Berasrama Penuh, pengambilan bahasa ketiga adalah elektif. Ini merupakan langkah kerajaan untuk mendidik para pelajar tentang kepentingan menguasai bahasa lain. Jika ingin menguasai bidang tertentu, adalah perlu untuk bermula dengan bahasa-bahasa ini. Selain Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Jerman dan Arab dipelajari untuk persediaan di masa akan datang. Ini kerana bahasa-bahasa yang dipelajari adalah bahasa negara-negara maju. Pada masa ini, kita masih membangun, nantikan tibanya waktu negara lain akan bergantung kepada kita. Tahun 2020 mungkin?
Baca selanjutnya...

11 Mac 2009

Futsal 6 Penjuru Pemuda Batu

Pada tanggal 8 Mac 2009, AJK Pemuda IKS telah menyertai pertandingan Futsal Persahabatan 6 Penjuru/Cawangan yang dianjurkan secara bersama Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi Pemuda Batu, Saudara Fakhrulzaman Fadzil, para AJK Pemuda Batu seperti Saudara Gulam Muszaffar, Saudara Azman Sabidin, Saudara Hussein (Sentul Selatan) dan para Ketua Pemuda Cawangan lain yang terbabit.
Format asal pertandingan futsal ini ialah pemain-pemain hendaklah terdiri daripada Ahli MT dan AJK Pemuda bagi setiap cawangan. Tujuan futsal persahabatan 6 penjuru ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim diantara AJK setiap cawangan yang mengambil bahagian. Hadiah juga disediakan:
1. Pertama: Hamper + RM100
2. Kedua: Hamper + RM50
3. Ketiga: Hamper + Tunai
4. Keempat, Kelima dan Keenam: Tuala
Pertandingan futsal ini telah disertai oleh Pemuda PKNS, Pemuda IKS, Pemuda Sentul Selatan, Pemuda Wilayah Selayang, Pemuda Padang Balang dan Pemuda Desa Bakti. AJK Pemuda IKS telah menghantar pasukan yang terdiri daripada AJK (yang semput-semput belaka) bagi memeriahkan dan menyokong program tersebut. Walaubagaimana pun pertandingan ini membuktikan bahawa pengalaman (player Pemuda IKS adalah bekas pemain bola handalan) tidak cukup untuk mengalahkan pasukan yang bertanding (ramai yang muda dan bagus) dan akhirnya Pemuda IKS telah terkeluar di peringkat kumpulan lagi.
Pemuda IKS diletakkan di dalam kumpulan bersama Pemuda PKNS dan Pemuda Padang Balang manakala yang lainnya diletakkan dalam satu kumpulan lagi. Pemuda IKS ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat diatas usaha yang baik ini dan berharap ianya sentiasa dapat diteruskan bagi menggalakkan aktiviti di kawasan Batu dan akan menjadi pemangkin untuk menggukuhan silaturrahim sesama ahli di kawasan Batu.
Pemuda IKS amat berharap agar program sebegini dapat diperbanyakkan lagi dan berharap agar format pertandingan (penyertaan AJK Pemuda sahaja) dipatuhi supaya objektif kita dalam mengukuhkan ukhwah akan tercapai. Usaha ini juga akan menampakkan pengurusan yang lebih mudah dan kerjasama yang erat dapat terjalin untuk masa hadapan. Biarlah budak yang bagus main futsal dihantar ke pertandingan yang betul dan lebih kompetatif untuk lebih maju.
Tahniah kepada para pemenang. Keputusannya adalah:
Tempat Pertama - Pemuda PKNS
Tempat Kedua - Pemuda Padang Balang
Tempat Ketiga - Desa Bakti
Yang lain makan tuala je lah.
Baca selanjutnya...

10 Mac 2009

Ringkasan Ulasan Pemuda IKS Terhadap Isu Semasa

Berikut adalah hasil kutipan suara yang dilakukan oleh Pemuda IKS terhadap isu-isu tertentu. Kutipan suara diadakan di kalangan masyarakat setempat. Mari kita dengarkan.

PPSMI
Isu ini timbul setelah pelaksanaannya yang sekian lama tidak memberi kesan yang baik terhadap kualiti dan prestasi pelajar di sekolah-sekolah tempatan. Malah sistem dan tahap pendidikan di negara kita dipersoalkan. Siapa yang perlu disalahkan? Daripada mencari kesalahan orang lain, lebih baik kita fikirkan bersama apa yang terbaik untuk generasi akan datang. Pemuda IKS berasa PPSMI ini boleh dilaksanakan tetapi memerlukan kajian yang lebih mendalam dan teliti. Namun Pemuda IKS bersetuju dengan pendapat Saudara Khairy Jamaluddin untuk menetapkan PPSMI di peringkat sekolah menengah sahaja.

Budak Sekolah Nakal
Semakin hari semakin menjadi-jadi. Generasi pelajar yang tidak dididik dengan rotan/hukuman kini semakin berani. Inikah golongan pelapis masyarakat yang kita semua mahukan? Tiada disiplin dan kesedaran dalam diri mereka. Jika masalah ini berterusan, nescaya kita akan melahirkan golongan pemberontak di masa hadapan. Ibubapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menyelesaikan masalah ini. Para guru pula jangan mengambil kesempatan terhadap murid apabila diberi kuasa untuk merotan/menghukum. Selain mendisiplinkan mereka, cari jalan untuk menarik minat mereka bersekolah, seperti pendedahan terhadap bidang seni atau kemahiran.

DUN Perak
Rasa macam malas nak komen pun ada. Sebab perangai masing-masing macam budak-budak sedangkan semuanya terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan tinggi. Pandai-pandailah korang setelkan. Yang malangnya, rakyat akan jadi mangsa.

Perhimpunan Agung Tahunan
Ini hari istimewa untuk para ahli UMNO. Hari penentuan pemilihan barisan kepimpinan UMNO untuk penggal ini. Setelah penat lelah para calon berkempen, keputusan terletak pada tangan para perwakilan yang akan hadir. Walaupun pelbagai tohmahan dan cabaran menduga para calon, semangat perjuangan takkan hilang dalam diri mereka. Syabas diucapkan kepada semua calon yang bertanding dan berharap barisan kepimpinan UMNO yang baru akan membawa kami semua selangkah ke hadapan dari takuk lama.

Pilihanraya Kecil
Salam takziah diucapkan kepada keluarga ADUN yang telah meninggalkan kita semua. Berharap dengan pilihanraya kecil di beberapa kawasan DUN dan Parlimen kali ini akan mengekalkan semangat demokrasi di kalangan masyarakat setempat. Selamat berkempen diucapkan kepada jentera Barisan Nasional. Kalau boleh tak nak dengar kontroversi dari mana-mana pihak sepanjang proses pilihanraya ini.
Baca selanjutnya...

08 Mac 2009

Agenda Pergerakan

Futsal 6 Penjuru Pemuda Batu
Tarikh: 08 Mac 2009
Masa: 9.00 malam
Tempat: Pangsapuri PKNS, Jalan Kuching
Pasukan:
1. Pemuda IKS
2. Pemuda PKNS
3. Pemuda Sentul Selatan
4. Pemuda Desa Bakti
5. Pemuda Wilayah Selayang
6. Pemuda Padang Balang Hulu

Mesyuarat Pemuda IKS Bil. ke-2 2009
Tarikh: 09 Mac 2009
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS
Agenda:
1. Membincangkan soal penubuhan pertubuhan belia (sila bawa gambar berukuran pasport).
2. Meneliti taqwim program/aktiviti untuk tahun 2009 mengikut biro-biro yang telah ditubuhkan.
3. Mengambil ukuran baju kemeja Pemuda IKS.

Belia Bermotosikal Sempena Maulidur Rasul
Tarikh: 09 Mac 2009
Masa: 6.00 pagi
Tempat: Dataran Merdeka
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia akan menganjurkan satu perarakan belia bermotosikal sempena sambutan Maulidur Rasul. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu akan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap program ini. Pemuda IKS akan turut menghantar peserta untuk menyertai program bermotosikal ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi Saudara Gulam Muszaffar di talian +60192510880 dan Saudara Wan Amizulkhidi di talian +60129749450.
Baca selanjutnya...

07 Mac 2009

Sentul: Minta Timbang Bina Rumah Kos Rendah

Pemaju yang mengambil alih tapak setinggan Kampung Tanah Lapang, Sentul diminta mempertimbangkan pembinaan rumah kos rendah di tapak tersebut.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan berkata, ia bertujuan memberi peluang kepada komuniti setinggan India yang sudah mendiami kawasan itu sejak 100 tahun lalu terus tinggal di situ.
Katanya, kawasan Sentul yang mempunyai banyak kemudahan kuil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil memudahkan penduduk tersebut meneruskan kehidupan mereka.
"Pemaju tersebut perlu sensitif terhadap penduduk asal kawasan berkenaan dengan membina rumah di tapak tersebut dan memberi keutamaan kepada penduduk setinggan itu membeli rumah yang dibina kelak.
"Jika ini dapat dilaksanakan, ia akan menggembirakan semua pihak terutamanya penduduk setinggan berkenaan yang telah menetap di situ sejak zaman nenek-moyang mereka," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke kawasan tersebut di sini baru-baru ini.
Tambahnya, beliau akan cuba membincangkan cadangan itu dengan pemaju bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Namun, katanya, 31 penduduk setinggan itu telah menerima notis berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Batu Caves diminta akur dengan keputusan tersebut bagi memudahkan masalah penempatan semula diselesaikan.
Jelasnya, sekiranya mereka lambat berpindah, kemungkinan mereka akan ditempatkan di PPR yang lebih jauh daripada yang ditawarkan itu, akan berlaku.
Bagaimanapun, katanya, 10 penduduk yang masih belum menerima notis berpindah masih boleh tinggal di kawasan tersebut sehingga siasatan dijalankan oleh DBKL.
"Sebelum ini, DBKL hanya mendapati 41 buah rumah sahaja yang terdapat di sini namun penduduk mendakwa terdapat 68 penduduk yang tinggal di sini.
"Oleh itu, DBKL akan menjalankan siasatan dan memastikan jumlah yang sebenar," ujarnya.
Sementara itu seorang penduduk yang ditemui, B. Komathi, 30, mengakui mereka telah serasi tinggal di kawasan berkenaan walaupun setinggan.
Jelasnya, dia berharap dapat memiliki rumah di tapak asal rumah berkenaan.
"Saya dan keluarga amat gembira tinggal di sini dan berharap pemaju dapat mempertimbangkan membina rumah di sini dan memberi peluang kepada penduduk di sini memilikinya.
"Ini kerana sebelum ini pemaju telah berjanji untuk membina rumah kos rendah di sini," jelasnya. - Utusan Malaysia, 05 Mac 2009
Baca selanjutnya...

06 Mac 2009

Dato' Mukhriz Mahathir: Kompromi Dalam Kemelut Di Perak

Saya mencadangkan agar kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya "tidak adil" kepada rakyat negeri itu.
Saya mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.
Buat masa ini seolah-olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat.
Adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.
Tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat "sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan" untuk mentadbir negara dengan berkesan.
Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak.
Memandangkan kedua-dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang-undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah.
Baca selanjutnya...

05 Mac 2009

Iklan Coca-Cola di Eropah Menghina Umat Islam

Renung-renungkanlah. Tak lah salah kita membeli kerana sebagai seorang pembeli, kita mempunyai hak untuk memuaskan kehendak kita. Tetapi pernahkah kita terfikir akan sensitiviti BANGSA yang beragama ISLAM?
Ketidakperihatinan kita inilah yang menjatuhkan umat ISLAM zaman sekarang dan BANGSA MELAYU (bagi sesiapa yang rasa darah Melayu mengalir dalam diri dan bagi yang tidak rasa janganlah lupa diri!).
Lihatlah dari perbuatan kita dari kita kecil hingga sekarang apa yang Yahudi dan Barat telah buat kepada kita. Kita sentiasa dihina dan dicerca kerana pegangan agama kita (Islam). Tahukah kita bahawa bangsa YAHUDI pun tidak minum minuman COKE ini?
Bahan yang terkandung di dalamnya mempunyai campuran asid yang boleh merosakkan otak, saraf dan organ dalaman. Apa akan terjadi jikalau otak kita rosak? Bukankah kesannya merosakkan akhlak dan melahirkan generasi yang rosak akhlak? Inilah yang akan terjadi!
Jika dilihat di restoran McD pula mereka menyediakan makanan bersama COKE dan pernah tak kita tertanya kenapa nak bagi kita minuman yang merosakkan sedangkan jika dihidangan bersama Milo atau Ribena lebih menyihatkan bukan?! (walaupun itu juga produk Yahudi tetapi lebih baik daripada COKE).
Jika diteliti ini adalah strategi jangka panjang dirangka oleh mereka bagi menjadi bangsa lain rosak dan lebih teruk lagi BODOH. Tidak boleh dinafikan kebanyakan dari kita adalah penggemar fastfood. LIHATLAH apa yang terjadi dalam keadaan semasa kini, dimana Islam sentiasa dihina dan dipermainkan. Ini lah jadinya bila kita sentiasa menyokong Yahudi.
LIHATLAH apa telah terjadi kepada anak-anak kita, dalam suratkhabar asyik memaparkan kisah gangsterisme, buli, bunuh, menfitnah, mencuri, merogol, zina dan dosa-dosa besar yang lain. Ini adalah strategi Yahudi dalam menjatuh akidah umat islam dengan meletakkan barangan yang merosakkan diri di pasaran.
Tolonglah sedar dan sensitif terhadap strategi Yahudi ini. Apakah pemangkin kepada kelakuan ini semua? Pemuda IKS ingin meminta maaf sekiranya petikan ini mengguris atau menjatuhkan sesiapa namun niat ikhlas Pemuda IKS tidak bermaksud begitu.
Mungkin pemikiran ini nampak jumud atau tidak up to date, tetapi demi kepentingan Agama yang kita percaya dan dukung hindarkanlah semaksima mungkin penggunaan barangan Yahudi (agak susah tetapi tidak mustahil). Sekali lagi mohon maaf jika sesiapa terasa atau terguris hati.
Baca selanjutnya...

03 Mac 2009

Agenda Pergerakan: Jom Badminton!

Biro Belia, Sukan & Rekreasi Pemuda IKS akan menganjurkan satu perlawanan persahabatan badminton di kalangan ahli. Menurut pengerusi biro tersebut, Saudara Norzaman Ismail, aktiviti sebegini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli Pemuda IKS terutamanya ahli yang jarang bersua dek kerana tugasan harian yang tidak mengizinkan. Selain itu, program sebegini dapat menggalakkan para ahli Pemuda IKS untuk bergiat dalam aktiviti berunsur kesukanan bagi menerapkan budaya hidup yang sihat.
Tarikh: 4 Mac 2009 (Rabu)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dewan Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2
Program ini turut mendapat sokongan Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil dan Naib Ketua Pemuda IKS, Saudara Ali Imran Hassan. Saudara Norzaman Ismail juga berhasrat untuk mengketengahkan aktiviti sebegini di dalam agenda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu agar dapat melibatkan masyarakat setempat.
Baca selanjutnya...

01 Mac 2009

Chong, Lu Gila Ah Mau Ini Macam?

MP Bukit Mertajam, Chong Eng (DAP) menggesa kerajaan membenarkan penggunaan pelbagai bahasa termasuk Mandarin dalam urusan pentadbiran agensi kerajaan. Pemuda IKS baru sahaja mengeluarkan artikel mengenai memartabatkan Bahasa Melayu. Kini mereka menggesa satu perubahan drastik yang tidak relevan.
Beliau berkata, penggunaan pelbagai bahasa dapat memudahkan kaum bukan Melayu yang mempunyai masalah berkomunikasi dalam Bahasa Melayu untuk lebih memahami sesuatu. Senang cerita, terutamanya golongan Cina bukit ataupun Cina tongsan yang sering memutarbelitkan penggunaan Bahasa Melayu.
Alasan beliau adalah sebagai satu masyarakat majmuk, adalah perlu untuk setiap individu menguasai bahasa lain selain Bahasa Melayu. Beliau turut menegaskan bahawa pembelajaran Bahasa Mandarin perlu diwajibkan di semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Beliau berkata bahawa ilmu adalah perkara yang dipelajari, bukannya bahasa. Oleh itu, ilmu boleh juga diajar dalam bahasa Mandarin selain Bahasa Melayu. Bagaimana pula dengan bahasa Tamil? Bahasa etnik Sabah dan Sarawak? Bahasa Arab? Hehe.
Selain itu, beliau menambah bahawa penguasaan bahasa Mandarin semakin diperlukan di sektor pekerjaan. Beliau percaya bahawa dengan menguasai bahasa Mandarin, peluang pekerjaan akan menjadi lebih mudah dan lebih luas. Ini kerana kebanyakan syarikat yang dikuasai kaum Cina menggunakan bahasa ini sebagai medium utama perantaraan dan komunikasi.
Mengapa tidak menegaskan penggunaan Bahasa Melayu sebagai salah satu syarat operasi syarikat-syarikat? Ambil tindakan jika terdapat syarikat yang mengeluarkan ayat Mandarin is preferred atau Chinese male/female only di dalam iklan temuduganya.
Chong Eng juga berpendapat, jika tidak boleh menguasai ilmu penulisan dan bacaan, kemampuan bertutur bahasa Mandarin dengan fasih sudah memadai. Papan tanda jalan dan tempat-tempat awam juga perlu disertakan dengan bahasa Mandarin. Malah beliau turut mahu program dan kursus anjuran agensi kerajaan dijalankan dalam bahasa Mandarin. Apa kata, kita tukar Malaysia jadi Chinesia? Dewan Rakyat pula jadi Chee Cheong Fun.
Apabila MP Sekijang, Datuk Baharom Mohamed mencelah dengan mengatakan beliau tidak memahami apa yang dikatakan oleh MP Bukit Mertajam (pelat), Chong Eng membidas dengan menyalahkan sistem pendidikan negara kerana "mendidik" beliau sebegitu. Sekolah Rendah - Mandarin, Sekolah Menengah - Bahasa Inggeris dan Institusi Pengajian Tinggi - Bahasa Melayu. Orang lain pun pergi sekolah yang sama tapi tak lah teruk sangat.
Apa kata, selepas ini, di antara syarat kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen adalah fasih berbahasa Melayu. Ataupun orang moden panggil Bahasa Malaysia. Sesiapa MP yang pelat berbahasa Melayu, akan disingkirkan. Muahahaha.
Baca selanjutnya...