Khairy Diberi Amaran, Khir Tidak Bersalah
KUALA LUMPUR 17 Mac (Utusan) - Lembaga Disiplin UMNO mendapati Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah dan diberi surat amaran. Manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo didapati tidak bersalah.

Ali Rustam Dilarang Bertanding Timbalan Presiden
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.

Pemuda IKS - Tak tahulah di mana silapnya. Calon Ketua Pemuda dan Timbalan Presiden yang disebut di atas menghadapi beberapa tuduhan. Apa sebenarnya yang berlaku? Semua akan terjawab selepas mereka memberi keterangan atau nantikan sahaja keputusan siasatan. Sama ada salah mereka sendiri ataupun hasil usaha orang lain untuk menjatuhkan mereka. Tak sangka masih ada kontroversi di saat-saat akhir.
Sama juga dengan kes KP Wilayah, Dato' Norza Zakaria yang didakwa di Temerloh. Yang hairannya, jika benarlah para pemimpin yang didakwa ini tidak bersalah, di mana letaknya pemimpin yang lain tampil membela nasib mereka. Tiada langsung kedengaran suara sokongan daripada rakan seperjuangan mereka di dalam UMNO. Adakah mereka mahu pemimpin-pemimpin ini jatuh tersungkur dengan cara yang mengaibkan? Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui.
ni memang dianaiya.... kesian kat Datuk Seri Ali Rustam, tapi pada Khairy, dia sepatutnya kene gantung... biar padan muka dia.... tetapi Lembaga Disiplin UMNO suka sangat buat kejutan akhir bila dah nak mula pemilihan, baru nak kuarkan keputusan.... kenapa masa awal2 dulu tak kuarkan keputusan yang ada pemimpin buat politik wang dan gantung... ni last minute baru nak hukum... macam ada sesuatu yang tak kena dalam Lembaga Disiplin UMNO ni.....
BalasPadamSalam TA'zim Sharol....
Aku x faham la mereka-mereka ini samada memang @ x buat. Yang penting kesan tetap ada. Harap masyarakat tidak memandang serong terhadap parti keramat ini. Walau apa pun, aku harap Berani Berubah tetap akan mendapat tempat dihujung pena perwakilan pemuda. Dan aku berharap sangat jika Datuk Mukhriz diberi peluang untuk diketengahkan.
BalasPadamTQ,
Ali Imran Hassan