Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


19 Mac 2009

Agenda Pergerakan: Klinik Badminton Pemuda IKS

Pemuda IKS kini mengorak langkah untuk menganjurkan program klinik badminton kepada ahli-ahlinya yang kurang mahir bermain badminton. Selain mengasah bakat dan kemahiran, program ini turut menggalakkan budaya bersukan dan cara hidup yang sihat.
Lokasi: Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2
19 Mac 2009 (Khamis): 8.00 mlm - 10.00 mlm
24 Mac 2009 (Selasa): 10.00 mlm - 12.00 mlm
27 Mac 2009 (Jumaat): 8.00 mlm - 10.00 mlm
Program klinik badminton ini adalah kelolaan Biro Belia, Sukan & Rekreasi Pemuda IKS yang dipengerusikan oleh Saudara Norzaman Ismail. Setakat ini, penyertaan hanya terbuka kepada ahli-ahli Pemuda IKS sahaja. Namun, beliau tetap berhasrat agar program ini dapat diketengahkan supaya mendapat penyertaan daripada masyarakat setempat.

2 ulasan:

  1. Terima kasih diatas sokongan ahli-ahli pergerakan kerana kita masih berjaya menyediakan aktiviti kepada komuniti kita. Diharap kita terus bergerak maju ke hadapan sejajar dengan matlamat kita. Tidak lupa juga kepada Biro Belia, Sukan & Rekreasi.... Tahniah!!...

    Sekian, terima kasih.
    Ali Imran Hassan

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama23 Mac, 2009

    KP Cawangan IKS cam bagus je...Blum ape2 lg nk tunjuk "pandai" tp sayang bodo..Kita kene ada pemimpin yg ada ilmu bkn jadikan politik ni parti berniaga!!!!!.

    BalasPadam