Setelah 10 tahun diterajui oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pergerakan Pemuda UMNO Malayisa kini hangat dengan musim pemilihan yang tertumpu kepada calon-calon Ketua dan Naib Ketua.
Apa yang jelas adalah ketiga-tiga calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia – Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Mukhriz Mahathir – akan berganding bahu bersama Presiden baru UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Para perwakilan diberi mandat untuk memilih di antara tiga calon – seorang menantu Pak Lah, seorang anak Tun M dan seorang bekas Menteri Besar Selangor.
Khairy Jamaluddin ternyata berkerja keras untuk mendapat sokongan dari peringkat akar umbi bagi membuktikan bahawa beliau di kedudukannya bukan kerana bapa mertua, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Datuk Mukhriz Mahathir pula berasa terpanggil untuk mengetuai pergerakan ini kerana melihatkan keadaan UMNO yang semakin nazak.
“Keputusan saya untuk bertanding ibarat mengundang penyakit kerana UMNO kini bukan lagi di zon selesa setelah kemerosotan Barisan Nasional pada PRU-12. Malah saya menyerahkan seluruh kerjaya politik saya pada tangan para perwakilan."
Pada PRU-13, terdapat penambahan seramai 1.5 juta pengundi muda. Peratusan undi popular untuk Barisan Nasional hanya kira-kira 51% termasuk dari Sabah dan Sarawak.
“Inilah sebab mengapa Pergerakan Pemuda UMNO memerlukan pemimpin yang mampu meyakinkan para pengundi. Dalam erti kata lain, saya berharap untuk menjadi pemimpin yang mampu menjadi pemangkin dalam penyelesaian masalah yang dihadapi oleh UMNO.”
Beliau sudah menjangkakan perbandingan yang dibuat terhadap dirinya dan ayahandanya. Para penyokongnya juga berharap sentuhan Tun M itu wujud dalam dirinya jika dia yang memimpin pergerakan ini.
“Anda tidak akan dapat melihat iras Tun M dalam diri saya kerana saya mempunyai cara dan visi tersendiri. Apa yang penting, saya mahu membawa kepimpinan berasaskan prinsip dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan parti itu sendiri hendaklah bebas dari politik wang."
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Reezal Merican Naina Merican akan bertanding untuk jawatan Naib Ketua.
Razali dengan penuh rendah diri mengatakan beliau bukanlah pilihan nombor satu memandangkan beliau tidak mempunyai jentera untuk menyerlahkan kebolehan beliau.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar, berhasrat untuk membantu pergerakan ini menyatupadukan pemuda dan membina hubungan mereka dengan UMNO jika beroleh kemenangan.
“Amat memeranjatkan apabila kebanyakan pemuda yang ditemui bersungguh-sungguh untuk memberi sumbangan tetapi tidak tahu caranya. Masalahnya adalah kita tidak berhubung dengan mereka dengan baik dan penubuhan polisi dan pihak berkuasa seolah-olah mengenepikan golongan pemuda."
Razali berpandangan bahawa beliau dan Reezal masing-masing mempunyai peluang yang baik untuk menang cuma beliau berhasrat untuk membina semula parti jika kemenangan berpihak kepada beliau.
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Rahman Dahlan menasihati para ahli pergerakan ini agar memilih calon berdasarkan apa yang mereka mampu tawarkan untuk menguatkan lagi parti.
Barisan kepimpinan baru ini haruslah berkerja keras untuk menyatukan akar umbi dan mewujudkan pentas untuk membina hubungan baik rakyat dengan UMNO.
“Pergerakan Pemuda UMNO hendaklah beringat bahawa para pengundi boleh berubah hati walau sekecil mana pun alasan mereka."
pengimejan = xray
BalasPadamsakitkah atau patah kaki?
Siaran Langsung Perhimpunan Agong UMNO
idup khairy
BalasPadammahafirauan da x relevan