Apa hakikat yang dimaksudkan? Jawapan menyeluruh akan berbunyi 'hakikat kehidupan'. Namun di kala ini, ramai orang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan Pemuda UMNO baru-baru ini. Apa boleh buat? Itulah hakikatnya.
Jika anda tidak berpuas hati kerana KJ memenangi jawatan tersebut, terimalah hakikat bahawa beliau jauh lebih bijak dan licik berbanding yang lain. Jangan dipersoal akan kaedah, tetapi nilaikan kebijaksanaan, kesungguhan, keberanian dan kebolehan.
Jika anda tidak berpuas hati kerana Datuk Mukhriz kalah dalam pemilihan kali ini, walaupun beliau mendapat pencalonan tertinggi dan mendapat jumlah undi yang paling sedikit, terimalah hakikat bahawa jentera BERANI BERUBAH! tidak cukup kuat untuk berdepan dengan jentera SETIAKAWAN dan PEMUDA BERANI. Terimalah kekalahan dan kelemahan diri dengan penuh bermaruah.
Jika anda tidak berpuas hati dengan proses pengiraan undi yang didakwa berlaku penyelewengan, terimalah hakikat bahawa sistem yang diimplemen UMNO kini masih lemah kerana boleh diseleweng oleh pihak tertentu.
Jika anda tidak berpuas hati dengan perwakilan yang dikatakan telah disuap dengan wang ringgit, terimalah hakikat bahawa itulah budaya baru dalam Pemuda UMNO yang kian menjadi cara hidup mereka - UMNO sebagai periuk nasi.
Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan siasatan Lembaga Disiplin UMNO yang hanya memberi surat amaran kepada pengamal politik wang, walaupun pesalah yang lain dikenakan hukuman larangan bertanding, terimalah hakikat bahawa kita di peringkat akar umbi tidak berdaya untuk mempersoalkan kepincangan lembaga tersebut.
Persoalannya, apakah tindakan anda untuk merubah masa depan pergerakan ini? Adakah anda hanya mampu bersembang-sembang dan mengadu domba tanpa tindakan? Atau anda dua kali lima sama sahaja suka menjadikan Pemuda UMNO sebagai tempat mencari rezeki?
“Seseorang Muslim wajib mendengar dan taat, sama ada suka atau pun tidak. Melainkan apabila dia diperintah untuk melakukan maksiat. Bila dia diperintahkan untuk melakukan maksiat, tidak ada lagi istilah mendengar dan taat (dalam urusan maksiat tersebut).” - Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 2955
Kita di peringkat akar umbi tidak berhubung terus dengan KJ. Adakah kita di peringkat akar umbi ada menerima perintah untuk melakukan maksiat? Jika benar amalan rasuah menjadi pegangan beliau, biarlah beliau dan para perwakilan yang terlibat yang akan menjawab di akhirat kelak.
Apa tanggungjawab kita sebagai pemuda di peringkat akar umbi? Taat dan setia. Allah s.w.t akan membalas segala kemungkaran seperti yang berlaku pada kes Abas-Yusuff di UMNO Bahagian Batu.
Salam Tuan, Dalam sungguh maksud tuan ni! Saya amat bersetuju sekali!
BalasPadamNasi sudah menjadi bubur! Allah maha mengetahui!
Salam IKS,
BalasPadamI guess you've gone through comments from malay youths at famous blogsites. They are now further distancing themselves from UMNO.
As a matter of fact these youths are the citizens that will cast the majority of electoral votes. So to who they will turn to and they can identify with, no other than Anwar Ibrahim.
Being at that age with rebelious heart and anti-establishment, the word that they would hate most is corruption, and now the name KJ is synonym to corruption.
It'll be tough on you as well to attract more youths to join the group. I'll always wish you the best of luck.
Dalam mana-mana perjuangan, hakikatnya ialah keikhlasan. I heard this from late father, arwah hj ab rahman.
Wassalam.
Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!!
BalasPadamSetuju dengan Piggy Singh..walau bagaimana pun IKS akan bekerja keras untuk menyampaikan apa itu perjuangan sebenar UMNO.
Dalam setandan pisang tidak mungkin semuanya buruk!!
Berani Berubah!