Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


09 Disember 2009

Riang Ria Pemuda IKS

Tarikh: 12 - 13 Disember 2009
Masa: 08.30 pagi
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS

Untuk menutup taqwim program Pemuda IKS untuk tahun 2009, Pemuda IKS akan menganjurkan satu program "Riang Ria" yang akan melibatkan seluruh warga UMNO Taman IKS.

Program kelolaan Setiausaha Pemuda IKS, Saudara Faeizal Dzaidi ini akan menganjurkan beberapa pertandingan sukan seperti bolasepak 5 sebelah dan ping pong. Pertandingan ini hanya terbuka kepada ahli-ahli Pemuda IKS sahaja. Selain itu, acara sukaneka juga turut diadakan untuk kanak-kanak yang merupakan anak-anak kepada warga UMNO Taman IKS.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada pihak UMNO Cawangan Taman IKS. Kepulangan Ketua Cawangannya ke tanah air setelah selesai menunaikan fardhu Haji, Datuk Ramlan Salleh turut akan diraikan.

Program ini akan disudahi dengan jamuan BBQ di kalangan warga UMNO Cawangan Taman IKS.

1 ulasan:

  1. Terbaik... Terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini.

    BalasPadam