Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


25 Oktober 2009

Kursus Biro Tata Negara

Tarikh: 30 Oktober 2009 - 02 November 2009
Masa: Akan Diberitahu Kelak
Tempat: Kem Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan

Kursus ini diwajibkan kepada semua barisan AJK UMNO Bahagian Batu, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri arahan daripada Presiden Parti. Satu perjumpaan khas akan diadakan berkenaan dengan hal ini pada 27hb Oktober 2009. Masa dan tempat akan diberitahu perjumpaan ini akan diberitahu kelak. Mohon kerjasama semua. Terima Kasih.

1 ulasan:

  1. Elok la tu.. baru ada kesedaran diperingkat pemimpin-pemimpin... saya amat bersetuju dengan pendapat rakan seperjuangan saya saudara Hans "sepatutnya program BTN yg lepas bukan utk ahli2.. ketua-ketua ni lah yang patut diketengahkan dulu.. baru mereka tau apakah maksud perjuangan tu.."

    Abis tu kalau kalau nak jadi ketua duk kat umah je baik x payah... mereka-mereka nilah yang patut membawa input-input kepada ahli-ahli dibawah nye...

    BalasPadam