Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


28 Ogos 2009

Allahyarham Mohd Arif bin Yusof

"Dari Allah kita datang dan pada Allah kita kembali..."

Pada tanggal 28 Ogos 2009 (Jumaat), jam 7.00malam, Pemuda IKS telah kehilangan seorang sahabat pejuang bangsa. Allahyarham merupakan seorang Mahasiswa Sarjana Muda di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menemui keluarga tersayang apabila menjadi mangsa kemalangan langgar lari di Jalan Sungei Besi. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian. Allahyarham yang baru berumur 22 tahun pergi meninggalkan kedua ibubapanya, dua orang kakak dan seorang adik lelaki.

Pemuda IKS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon kepada para pembaca agar meluangkan sedikit masa untuk sedekahkan ummul kitab Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan