Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


17 April 2009

Pasar Malam Taman IKS

Untuk pengetahuan semua, Taman IKS mengadakan pasar malam pada setiap hari Jumaat bertempat di jalan utama Kawasan Perindustrian MIEL. Pasar malam ini sudah mula beroperasi sekitar tahun 2003 sehingga kini. Sambutan yang menggalakkan daripada pihak masyarakat setempat serta para pelajar UNIKOP dan IIC membuatkan komuniti di Taman IKS meneruskan pengurusan pasar malam ini.

Pada malam ini juga Pemuda IKS akan berada di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2 pada jam 10.00 malam hingga 12.00 malam untuk menjalankan program Klinik Badminton.

3 ulasan:

  1. salam kenal, saya dari kalimantan indonesia
    kunjungi blog saya

    BalasPadam
  2. Macam manala nak dapat peluang niaga tak tahula......Saya dah tambah blog ni kat blog saya dengan harapan dapat peluang niaga sikit masa lagi kot ada maklumat dalam blog ni.

    BalasPadam
  3. Salam Perjuangan Sahabat,

    Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS,Bahagian Batu dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.

    Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.

    Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan yang juga Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu, En Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda.

    Sila layari laman blog kami www.umnogombakselatan.blogspot.com dan komen2 dan pendapat dari anda amat dialu2kan.

    Sekian,

    HIDUP UMNO. HIDUP BN...

    Ikhlas dari,

    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
    BAHAGIAN WANGSA MAJU

    ps : Blog anda dalam senarai link blog kami.

    BalasPadam