Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


01 April 2009

Nombor Keramat Pemuda UMNO - 304

Pemuda UMNO kini diselubungi misteri 304 perwakilan yang mengundi Saudara KJ pada pemilihan yang lalu. Siapa mereka? Tuhan saja yang tahu. Namun insiden "swing vote" ini berlaku di mana-mana. Ini termasuklah parti politik yang lain dan di peringkat akar umbi.
Saudara Wenger J. Khairy ada membuat posting berkenaan keberkesanan konsep branding yang digunakan oleh Saudara KJ semasa berkempen dalam musim pemilihan Pemuda UMNO. Beliau menyatakan bahawa kritikan dan kutukan dari para blogger telah menaikkan nama Saudara KJ di alam maya. Oleh itu, populariti pasti milik Saudara KJ dalam proses ini. Ditambah pula dengan sokongan padu para blogger pro-KJ. Tu lah sebab dia boleh dapat 304.
Walau bagaimanapun, Saudara Piggy Singh mencelah dan mengatakan branding SETIAKAWAN hanya laku di kalangan perwakilan dan bukan di hati semua ahli Pemuda UMNO. Apatah lagi jika hendak dikaitkan dengan pilihan rakyat. Beliau mengambil contoh kekalahan jentera BN di dalam pilihanraya kecil yang sebelum ini. Tu lah sebab Saudara KJ dapat 304 je.
Bercerita tentang branding, liputan media dan pengiklanan, Pemuda IKS ingin berkongsi satu pendapat daripada seorang tokoh perniagaan yang berurusan dengan pelanggan yang paling mencabar - pihak umum. Ini bukan 304, tetapi berjuta-juta. Beliau adalah individu yang membeli syarikat yang bakal kecundang dan merubahnya menjadi satu fenomena. Berikut adalah pendapat beliau mengenai baik buruk sesebuah liputan media.
"They always say as long as you're getting press, whether it's good or bad, it's a positive thing. I've never agreed with that. I think that too much bad press can kill you. The thing that was great for us coming in and buying a company that had tons of bad press was we could come in and be the knight in shining armor. You could be the guy that comes in and says, "This is what they used to do, but this is what we're going to do now." Basically tell everyone how you're going to change it." - Dana White, UFC President, Entrepreneur.com
Mengikut pemahaman Pemuda IKS, beliau menyatakan liputan negatif yang melampau mampu menjatuhkan seseorang. Namun beliau menegaskan, apa jua yang buruk boleh diubah menjadi lebih baik. Seburuk mana pun, masih ada harapan. Contoh - dari pencalonan yang paling rendah kepada 304 undi majoriti.
Apa kata kita beri peluang kepada Saudara KJ mengetuai Pemuda UMNO pada penggal ini. Kita lihat saja sejauh mana kemampuannya dan seutuh mana kredibilitinya. Jika sebelum ini beliau masih dibayangi bapa mertua dan bos, Dato' Hishammudin. Mari kita teliti gerak gerinya berada di tempat sekarang bersama-sama 304 penyokong kuatnya.
Pemuda IKS berasa, jika dalam perlawanan tinju, di antara BERANI BERUBAH!, SETIAKAWAN dan PEMUDA BERANI, stamina adalah di antara perkara yang terpenting. Jika cepat pancit, cepatlah tersungkur. Walau sekuat mana tumbukan kita, jika dilawan dengan stamina dan kecekalan hati, kejayaan pasti berpihak kepada lawan. Ini kerana stamina menunjukkan konsistensi. Dan kerana stamina, 304 akan terhasil.
Oleh itu, BERANI BERUBAH! perlu berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh untuk berdepan dengan lawannya di perlawanan yang akan datang. Perlu cari punca kepada 304. Apa pun jua, beringatlah bahawa ada banyak cara untuk kita berbakti kepada Pemuda UMNO selain menyandang jawatan.

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama01 April, 2009

    Salam,

    Kesalahan terpikul di bahu 304 perwakilan tersebut.

    Buat la packaging/rebranding produk bagai nak rak sekali pun, kalau dah rakyat tak nak beli, tak laku juga. Mana lebih penting? Selera 304 ekor badak atau selera 3 juta ahli + (majoriti rakyat yg bkn ahli)? Jgn syok sendiri.

    Nak lepas kuota pencalonan akar umbi pun semput. Barisan EXCO pun majoriti pulun kroni KJ. Muka2 yg nak lepas peringkat bahagian pun last2 minit baru lepas. Yang dapat pencalonan tinggi akar umbi tersingkir? Lawak ke apa ni?

    Rakyat nak lain kau bagi lain...Pembeli nak kan nasi lemak penjual hulur bagi mee kari. Pekak badak ke apa perwakilan pemuda ni? Alamatnya...melingkuplah...Ntahlah...Allah sahaja Maha Mengetahui...Malas nak ulas panjang2. Kalau ulas memang tak cukup...biar je la. Benda dah lepas.

    BalasPadam
  2. Salam IKS,

    I could see that Tuan Tanpa Nama is being emotional. My part is to demand simple explanation from Wenger what was The Brand that Geng 304 saw, and I tried to put it in humourous manner. The Brand is just a diversion, to shift the public focus that money politics was heavily involved.

    BTW, Geng 304, sounds like gengs of gengters macam Geng Ali Mamak. In addition high rangking officials in Geng 304 like Azeez and Reezal are also Mamak. Could these two be related?

    Wassalam.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama01 April, 2009

    Tipu arh KJ menang...
    Dah la pemuda putrajaya sampai 4 org mng...
    Cam xmsuk akal jer...
    Tp nak cek pn xgune...
    Kite bleh tgk jer....

    BalasPadam
  4. 304 sokong pesalah rasuah ...UMNO parti rasuah..bukan bohong


    No to oral sex. hargai isteri anda

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama02 April, 2009

    Salam,

    Saudara KJ menang bukanlah atas sebab kemenangan mutlak dan mulia. Ini boleh dilihat dari masa percalonan lagi dimana KJ mendapat kepercayaan yang paling rendah daripada akar umbi. Tidak kah ini memberikan kita gambaran bahawa sesuatu berlaku disebalik proses pemilihan ???
    Mungkinkah terdapat dalang disebalik peristiwa ini dan seseorangan yang sangat berpengaruh yang merencanakan nya???
    Walaubagaimana pun kemenangan ini bukanlah yang benar dan mulia dari semua aspek dan perwakilan yang mewakili ahli akar umbi adalah golongan murahan dan tidak bermoral kerana boleh dibeli dan ditabur dengan kekuasaan wang ringgit dan bukannya hasrat dari akar umbi!
    Kemenangan ini akan mendatangkan lebih keburukan daripada kebaikan yang diharapkan dan apakah ini yang dimahukan oleh pewakilan ?

    Salam kecewa!

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama02 April, 2009

    Saya rasa, memang ramai yang kecewa, dan boleh dilihat dari hari ke hari sewaktu kempen 3 PRK ini..

    Namun, saya "terpaksa" setuju dengan Pemuda IKS, berilah KJ ini peluang yang kesekian kalinya...

    Buat masa ni, kita tunggu, lihat dan analisa nada suara mereka yang sokong KJ...

    Kita tengoklah alasan mereka bila keputusan dah dapat nanti...

    ~ODS

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama02 April, 2009

    Bile KJ menang KP, BN menang PRK atau PRU, branding KJ dikatakan menjadi faktor utama kemenangan.

    Bile BN kalah dalam PRK atau PRU, siapa pula menjadi punca?

    BalasPadam