Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


23 April 2009

MITI: Skim Bantuan Khas Untuk Usahawan Wanita

"Bagaimanapun di Kelantan, hanya 30 permohonan daripada syarikat milik usahawan wanita saja diluluskan membabitkan nilai RM2.24 juta dan saya mengesyorkan lebih ramai usahawan wanita negeri ini mendapatkan bantuan yang disediakan kerajaan," - Datuk Mukhriz Mahathir

MITI tertumpu kepada bantuan kewangan yang diberikan kepada kaum Hawa. Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan antara masalah yang dihadapi adalah penyampaian maklumat yang kurang berkesan menyebabkan pemohon tidak dapat mengenalpasti maklumat tepat mengani dana yang disediakan.

Syabas diucapkan kepada Datuk Mukhriz Mahathir kerana berjaya memberi penjelasan terhadap kaedah penyelesaian masalah ini. Inilah yang kita mahukan daripada jemaah Menteri dan Timbalannya - maklumat dan penjelasan.

Pemuda IKS percaya Datuk Mukhriz Mahathir dapat menjalankan tanggungjawab beliau dengan penuh dedikasi. Beliau yang berpengalaman luas dalam industri dan perniagaan pasti dapat memenuhi keperluan Kementerian tersebut.

Dalam komen beliau mengenai PRK N.12 Penanti, beliau menyatakan bahawa ADUN yang dengan sesuka hatinya meletakkan jawatan perlu didenda kerana membazirkan dana awam dan mencabuli kepercayaan rakyat. Ternyata jelas pihak PKR sedang mempolitikkan situasi di N.12 Penanti. Suruhanjaya Pilihanraya perlu mengambil tindakan terhadap mereka ini.

Beliau diberitahu bahawa PKR merancang untuk mengadakan PRK setiap bulan sebagai agenda politik mereka. Jika ini dibiarkan berterusan, wang rakyat akan dibazirkan begitu sahaja demi kepentingan mereka.

3 ulasan:

  1. Harap Datuk membawa banyak lagi peluang-peluang pada rakyat yang sering dikaburi dengan maklumat-maklumat yang salah atau tidak tepat dan tidak sampai.

    Jika inilah agenda yang mereka nak bawa, ternyata mereka memperbodohkan rakyat.. Adakah ini wajar mereka lakukan.

    BalasPadam
  2. Kejap bagi kejap tarik, macam tarik tali.......bagi ke tarik ke sama saja tiadala berjaya sangatpun perlaksanaan. Kemudian terus dilenyapkan.. Ya Allah kembalikanlah pemimpin ulama tulen di tanah air ini yang makin tegar laksana acuan barat.

    BalasPadam
  3. salam
    bagaimana untuk mendapatkan bantuan kewangan ini yer?
    sesiapa tolong berikan alamat & no tel jabatan ini
    thanks.......
    email saya di qees523@yahoo.com

    BalasPadam