Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


20 April 2009

Berikan PROTON Ruang dan Peluang Untuk Membangun

Proton, syarikat pengeluar kereta nasional telah mengeluarkan satu model baru untuk genre baru iaitu MPV, Proton Exora. Namanya begitu unik sehingga sebuah pertandingan menamakan model kenderaan ini diadakan di peringkat umum. Ramai menaruh harapan pada model ini agar dapat melonjakkan kedudukan Proton dari kedudukannya hari ini.


Walau bagaimana pun, posting ini adalah pendapat peribadi Pemuda IKS terhadap mobil nasional ini. Pada keseluruhan, jika dibandingkan dengan model yang satu kelas dengannya, Proton Exora jauh lebih baik. Ini dari segi prestasi, ekonomi dan rekabentuk. Namun ianya tidak dapat memenuhi harapan Pemuda IKS.

Jika dibandingkan prestasi, ada beberapa akhbar menyiarkan perbandingan statistik terhadap Proton Exora, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina. Ternyata MPV nasional ini lebih 'boleh pergi' berbanding yang lain. Soal penjimatan pula, selain penggunaan minyak secara efisyen, Proton Exora lebih murah berbanding lawannya.

Pemuda IKS mengharapkan sesuatu yang mengujakan dari Proton tetapi seperti biasa, ianya akan 'kureng sikit'. Perkara yang menjadi perhatian Pemuda IKS adalah rekabentuk keseluruhan. Ianya seperti MPV biasa. Ianya tidak mempunyai daya tarikan seperti Toyota Wish dan Nissan Murano yang kelihatan sungguh bergaya dan lebih menonjol berbanding dengan kenderaan model lain yang satu kelas dengannya. Sesuai dengan generasi hari ini yang menilai aspek gaya dalam kehidupan.

Seperti gambar di atas, itulah hasil rekaan Proton untuk MPV nasional. Walau bagaimana pun, seperti orang lain, Pemuda IKS turut mendapat kunjungan emel-emel yang menyebarkan ura-ura dan gambaran bagaiman rupa bentuk MPV Proton yang dinanti ramai. Tentu anda ada menerima gambar-gambar seperti di bawah.


Dapat lihat perbezaan rekabentuk yang diimaginasikan dan keluaran sebenar? Inilah yang dimaksudkan oleh Pemuda IKS. Kita mengharapkan sesuatu yang sleek and trendy namun 'biase jer' yang kita dapat.

Rekabentuk Proton Exora yang agak tinggi membuatkannya menjadi typical MPV dan membuatkan kita menyamakannya dengan MPV yang satu kelas dengannya. Diameter ruang tayar yang kecil juga menyumbang kepada persepsi yang sama. Tidak seperti Proton Gen-2 yang mempunyai imej dan daya tarikannya tersendiri.

Pemuda IKS cuma ingin menyatakan bahawa selain prestasi dan ciri ekonomi, rekabentuk juga memainkan peranan yang penting dalam menguasai pasaran. Tidak adil rasanya jika kita membandingkan apa jua aspek Proton dengan pengeluar kereta dari negara lain kerana perbezaan ketara usia pengalaman dan penemuan teknologi. Namun itu tidak bermakna kita tidak mampu melonjakkan diri dan bersaing dengan mereka.

Buat masa ini, Pemuda IKS berpuas hati dengan pencapaian Proton setakat ini. Pemuda IKS akan memberi ruang dan peluang kepada Proton untuk terus membangun agar dapat bersaing dengan para pengeluar kereta yang lain di peringkat antarabangsa.

Pemuda IKS ada juga menerima emel gambar SUV yang bakal dikeluarkan Proton. Adakah ianya akan kelihatan secanggih seperti gambar di bawah atau 'biasa jer' jugak?

6 ulasan:

  1. Salam IKS,

    Very attractive.

    However proton should have come with the model long time ago. Now with many models to compete plus old Kak Pidah messed with AP, I guess selling won't be easy.

    BalasPadam
  2. Poor Kak Pidah. Luckily that she's no longer around.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama21 Mei, 2009

    kronisme la...........

    BalasPadam
  4. depan nmpk ok la.......tp bhgn blakang2 nmpk mcm pelik ckit......hrp dpt modified ckit ek....

    BalasPadam
  5. bagi masa skit utk proton menjadi gergasi automotif kereta pun kalau ada cadangan utk masuk f1

    BalasPadam
  6. Apa pun syabas pada proton coz ada keluaran mpv. Sya pun selaku peminat keta proton amat tertarik dan berharap ada model tersebut d pasarkan d negara kita(GAMBAR YG KEDUA D BAWAH GAMB. EXORA)saya ajan tunggu keta tsb d pasaran. Well done proton

    BalasPadam