Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


22 April 2009

Agenda Pergerakan: Majlis Kunjung Hormat UMNO Bahagian Batu

Satu Majlis Kunjungan Hormat UMNO Bahagian Batu oleh Pemuda IKS akan diadakan pada 22 April 2009 (Rabu) bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Batu. Semua ahli terutamanya AJK Pemuda IKS dipohon untuk berkumpul di Restoran Thaqwa, Taman Bullion Mewah pada jam 8.00 malam untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Selepas itu, Pemuda IKS akan mengadakan mesyuarat 3 Serangkai bersama-sama Pergerakan Wanita dan UMNO Cawangan Taman IKS. Terdapat beberapa isu penting dalam mesyuarat ini yang memerlukan perhatian Pemuda IKS.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah program Kunjungan Hormat tempoh hari berjalan dengan baik. Terima kasih kepada Datuk Abas yang sudi menerima kunjungan kami dengan layanan yang begitu mesra. Kami amat berbangga dengan penjelasan yang diberikan oleh ketua bahagian, timbalan ketua bahagian (BOS) dan ketua-ketua sayap setelah mereka menerangkan halatuju, misi dan visi bahagian bagi memartabat bahagian ini. Diharap program ini dapat diadakan selalu kerana impaknya berkesan terutama diperingkat akar umbi dan akan melahirkan rasa mesra diantara Bahagian dan masyarakat.

    Akhir sekali, saya amat berterima kasih kepada Ketua Cawangan Taman IKS merangkap Tim. Ketua Bahagian En. Ramlan Salleh kerana bersetuju dalam Mesyuarat 3 Peringkat untuk mengadakan Hari Keluarga IKS. Terima Kasih Boss!

    BalasPadam