Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


07 Mac 2009

Sentul: Minta Timbang Bina Rumah Kos Rendah

Pemaju yang mengambil alih tapak setinggan Kampung Tanah Lapang, Sentul diminta mempertimbangkan pembinaan rumah kos rendah di tapak tersebut.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan berkata, ia bertujuan memberi peluang kepada komuniti setinggan India yang sudah mendiami kawasan itu sejak 100 tahun lalu terus tinggal di situ.
Katanya, kawasan Sentul yang mempunyai banyak kemudahan kuil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil memudahkan penduduk tersebut meneruskan kehidupan mereka.
"Pemaju tersebut perlu sensitif terhadap penduduk asal kawasan berkenaan dengan membina rumah di tapak tersebut dan memberi keutamaan kepada penduduk setinggan itu membeli rumah yang dibina kelak.
"Jika ini dapat dilaksanakan, ia akan menggembirakan semua pihak terutamanya penduduk setinggan berkenaan yang telah menetap di situ sejak zaman nenek-moyang mereka," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke kawasan tersebut di sini baru-baru ini.
Tambahnya, beliau akan cuba membincangkan cadangan itu dengan pemaju bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Namun, katanya, 31 penduduk setinggan itu telah menerima notis berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Batu Caves diminta akur dengan keputusan tersebut bagi memudahkan masalah penempatan semula diselesaikan.
Jelasnya, sekiranya mereka lambat berpindah, kemungkinan mereka akan ditempatkan di PPR yang lebih jauh daripada yang ditawarkan itu, akan berlaku.
Bagaimanapun, katanya, 10 penduduk yang masih belum menerima notis berpindah masih boleh tinggal di kawasan tersebut sehingga siasatan dijalankan oleh DBKL.
"Sebelum ini, DBKL hanya mendapati 41 buah rumah sahaja yang terdapat di sini namun penduduk mendakwa terdapat 68 penduduk yang tinggal di sini.
"Oleh itu, DBKL akan menjalankan siasatan dan memastikan jumlah yang sebenar," ujarnya.
Sementara itu seorang penduduk yang ditemui, B. Komathi, 30, mengakui mereka telah serasi tinggal di kawasan berkenaan walaupun setinggan.
Jelasnya, dia berharap dapat memiliki rumah di tapak asal rumah berkenaan.
"Saya dan keluarga amat gembira tinggal di sini dan berharap pemaju dapat mempertimbangkan membina rumah di sini dan memberi peluang kepada penduduk di sini memilikinya.
"Ini kerana sebelum ini pemaju telah berjanji untuk membina rumah kos rendah di sini," jelasnya. - Utusan Malaysia, 05 Mac 2009

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama07 Mac, 2009

    salam kepada pihak pemuda iks,

    kepada penduduk setinggan india di sentul, sepatutnya bersyukur kerana kerajaan masih sediakan petempatan baru walaupun telah diminta untuk berpindah, mereka ingin tempat tersebut kerana dekat dengan kemudahan sekolah, dan kuil, apa guna kemudahan awam(rapid KL), gunakan lah.... saya harap pihak DBKL, dan juga kerajaan lebih2 lagi timbalan menteri persekutuan, jangan terlalu beri muka pada setinggan yang tak dengar cakap.... mereka perlu akur dan ikut perintah pihak berkuasa tempatan, kenapa nak berbincang dengan pihak pemaju, mereka pun duduk kat situ dengan status setinggan.... kalau orang melayu, cina dan india lain boleh pindah dan tinggal di PPR batu muda, kenapa mereka tidak boleh pindah? alasan: dah serasi tinggal disitu... jangan jadikan alasan bodoh tu sebagai batu penghalang sesebuah pembangunan....

    wassalam

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama07 Mac, 2009

    Aku setuju dengan mamat atas nih. Risiko setinggan ni adalah penempatan semula. Keputusan kerajaan tempatan perlu dihormati. Tanah tersebut bukan hak kita.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama09 Mac, 2009

    terima kasih pada pihak pemuda iks kerana telah singgah di blog saya dan memberikan sedikit komen, saya sangat gembira dan berbesar hati....

    saya adalah salah seorang pelajar di kolej islam antarabangsa, taman batu muda, dan adalah salah seorang dari pemuda di kawasan ini, saya tinggal di apartment seri batu, sangat berhampiran dengan pusat khidmat masyarakat UMNO bahagian batu....

    saya ingin untuk menjadi salah seorang ahli dalam pusat khidmat tersebut, tapi saya tidak mempunyai rakan atau kenalan yang dapat membawa saya ke tempat khidmat masyarakat bahagian batu, saya berharap pihak pemuda iks dapat memberikan tunjuk ajar untuk saya menjadi salah seorang ahli dalam pusat khidmat masyarakat....

    semoga kita dapat ketemu...

    Insya Allah....

    salam takzim dari Sharol

    BalasPadam