Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


19 Februari 2009

Memartabatkan Bahasa Melayu

Merujuk kepada siaran berita Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam pada 16 Februari 2009 mengenai pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang akan diteruskan. Beginikah caranya kita memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia? Ini kerana persetujuan memartabatkan Bahasa Melayu telah dicapai sejak dari zaman kemerdekaan lagi. Perkara ini terkandung di dalam Perlembagaan Kerajaan Persekutuan (Perkara 152) dan telah pun dipersetujui oleh tiga kaum majoriti semasa pemerintahan British.
Pemuda IKS meragui status Bahasa Melayu di masa hadapan kerana mengurangkan penggunaannya memungkinkan rakyat Malaysia tidak lagi dapat bertutur, membaca dan menulis dengan sempurna. Dalam erti kata lain, jika keadaan ini berterusan, Bahasa Melayu berkemungkinan untuk menghadapi kepupusan. Bukankah soal bahasa ini akan memberi kesan terhadap soal Hak Istimewa Orang Melayu? Lalu bangsa asing akan mempertikaikan kerakyatan orang Melayu di Tanah Melayu setelah bahasa ibundanya dihapuskan.
Soal kerakyatan ini turut dinyatakan di dalam Perlembagaan Kerajaan Persekutuan, Hak Kerakyatan Malaysia (Perkara 14). Seorang warganegara Malaysia mestilah boleh bertutur, menulis dan memahami Bahasa Melayu. Kaum Melayu tidak akan diiktiraf sebagai Kaum Melayu jika tidak dapat memahami konteks Perlembagaan Kerajaan Persekutuan Malaysia (Perkara 160(2)).
Segala maklumat ini dapat diperoleh apabila menghadiri Seminar Kenegaraan BTN anjuran Biro Tata Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Adakah kita mahu dijajah kembali dan Perlembagaan Malaysia dipertikaikan? Kita telah dijajah selama 446 tahun. Adakah perlu untuk kita mengulangi sejarah untuk memberi kesedaran kepada kita? Mungkin masyarakat hari ini kurang mengerti, akan tetapi, bertanyalah sendiri kepada golongan senior yang pernah hidup di zaman itu.
Pemuda IKS tidak berniat untuk mewujudkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat umum tetapi bimbang akan kedudukan Hak Orang Melayu (Perkara 153) yang semakin digugat. Fikirkan bersama, perkara ini berkait rapat dengan Perkara 160(2). Dengan cara tidak langsung, ketidaksedaran dari pihak kita menunjukkan kita tidak berpegang kepada Perlembagaan yang diperjuangkan oleh Melayu, Cina dan India pada suatu ketika dahulu. Hargailah perjuangan nenek moyang kita.

6 ulasan:

  1. Saya setuju dengan saudara.. kalau orang Melayu Malaysia pun sudah malas menggunakan & cakap bahasa Melayu lebih-lebih lagi anak-anak muda Melayu .. Masa depan bahasa ini agak pudar.. tengok Bahasa Indonesia semua buku-buku popular yang bertaraf antarabangsa mudah didapati dalam bahasa mereka.. tapi kita masih bangga dengan penggunaan bahasa orang...Contoh lagi.. tengok dalam alam maya ini.. bahasa Melayu tidak mendapat tempat.. tetapi bahasa Thai, Vietnam, Bahasa Arab, Bahasa Indonesia sudah mula diketengahkan oleh banyak syarikat pengeluar...

    BalasPadam
  2. ya encik, sekarang kalau nak atasi kerugian, senang. Wujudkan kertas jawapan matematik dan sains tu dalam swi bahasa.

    BalasPadam
  3. terlalu rumit..namun saya mahu kerajaan teruskan PPMSI...

    BalasPadam
  4. kerajaan bn tlg la sedar ni negara islam jadi guna lah bahasa melayu yg seketika dulu memang tertakluk dlm perjanjian.saya wakil pemuda memang tidak menyokong matematik dan sains di inggeriskan kenapa n perlu sangat?tlg tengk pandangan rakyat.bukn buat ikut kata hati dan syok sendiri.

    BalasPadam
  5. PPMSI boleh diteruskan tetapi di peringkat sekolah menengah. Di peringkat sekolah rendah, para pelajar perlu menguasai asas kedua-dua subjek tersebut dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu.

    BalasPadam
  6. Salam Pemuda IKS dan para pembaca,
    PPSMI ini boleh dilihat dari pelbagai sudut. Dari sudut memartabatkan bahasa, sememangnya Bahasa Melayu sesuai untuk PPSMI. Mungkin juga kerana guru-guru kita masih lemah penguasaan bahasa inggerisnya.

    Akan tetapi, jika dilihat dari segi ilmiah jangka panjang, tidak dapat tidak, bahasa inggeris perlu digunapakai kerana kebanyakan rujukan jangka panjang kebanyakannya dalam bahasa inggeris.

    Namun, andai pihak yang mengalih bahasa dapat menterjemahkan dengan baik dari bahasa inggeris kepada bahasa melayu (sebagaimana tokoh Ibnu Sina menterjemah karya Aristotle dari bahasa Greek ke bahasa Arab), bahasa Melayu boleh digunakan sebagai medium bahasa PPMSI.

    Contoh terbaik, tengok sahaja terjemahan sarikata untuk media (baik rancangan TV mahupun wayang). Masih lemah. Contoh: "A couple of week" masih lagi diterjemah sebagai dalam dua minggu, padahal, mengikut konteks sebenar adalah dalam beberapa minggu.

    Sekadar pandangan untuk difikirkan bersama..

    BalasPadam