Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


15 Februari 2009

Agenda Pergerakan: Seminar Kepimpinan

Satu seminar kepimpinan telah diadakan pada 15 Februari 2009 bertempat di Melaka anjuran Yayasan GPMS untuk Pemuda berumur 25 thn dan ke bawah. Pemuda IKS telah menghantar penyertaan seramai 3 orang di atas pilihan Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil. Seminar ini adalah hasil kelolaan Biro Pemantapan & Pembangunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu yang dipengerusikan oleh Saudara Gulam Muszaffar. Pemuda IKS berharap program bercorak latihan dan ilmiah sebegini akan diperbanyakkan untuk melahirkan generasi pelapis yang mantap dan perkasa.

4 ulasan:

  1. Alamak... Saya Exco GPMS pun tak tahu ada program 15 Feb lalu.

    Takpe, asalkan niat dan matlamat program baik, saya sokong selalu.

    Insya-Allah, lepas nie boleh buat lagi.

    BalasPadam
  2. Salam Perjuangan,

    Terima kasih di atas makluman yang Saudara sebarkan di dalam blog ini.

    Saya mohon sekali kepada Sdr untuk menyebarkan lagi satu program berbentuk jati diri yang akan anjurkan oleh Jabatan Komuniti & Sosial DBKL iaitu Program Pembentukan Jatidiri dan Personaliti Diri utk Belia Remaja dibawah umur 25tahun ke bawah yang akan diadakan di Glory Beach Resort, Pulau Pangkor pada 27/2 - 1/03/2009

    Utk makluman, Biro Pembangunan & Pemantapan Belia akan mengelola dan diberi mandat oleh pihak DBKL utk mencari peserta utk program yg disebut diatas.Setakat ini telah seramai 29 orang belia/pemuda dari kalangan Pemuda Cawangan telah menghantar peserta dan dijangka akan meningkat dalam sehari dua lagi walaupun kuota yg diperuntukkan hanya sebanyak 15 orang shj.

    Ini menunjukkan kita tidak ketandusan belia/pemuda yg berminat dgn Pemuda UMNO diperingkat cawangan dan ini adalah petanda baik dengan pendekatan yg diilhamkan oleh Sdr Azniee Abdullah-Ketua Pemuda UMNO Bhg Batu. Saya percaya golongan belia/pemuda akan lebih dekat dan seterusnya berminat dgn UMNO. Insya-Allah.

    Saya juga memohon jasa baik dan tidak keberatan sekiranya Sdr boleh tolong untuk menyebarkan program atau aktiviti Biro saya pada masa-masa akan datang.

    Sekian terima kasih.

    GULAM MUSZAFFAR HJ GULAM MUSTAKIM
    Pengerusi Biro Pembangunan & Pemantapan Belia
    Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, WPKL

    BalasPadam
  3. Insyallah kami akan sebarkan secepat mungkin.

    BalasPadam