Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


13 Januari 2009

UMNO Bukan Kelab Sosial & Libur

Hari ini Pemuda IKS ingin mengupas permasalahan yang sering dihadapi oleh UMNO terutamanya di peringkat akar umbi: soal perjuangan. Adakah setiap ahli UMNO benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan ini? Adakah mereka memahami matlamat penubuhan pertubuhan ini?
Masalahnya hari ini, niat dan tujuan para ahli UMNO yang menyertainya masih diragui. Pemuda IKS mengatakan begini kerana sering melalui kisah yang sama apabila soal perjuangan diketengahkan. Ramai yang meragui matlamat kewujudan UMNO di dalam sesebuah komuniti.
Terdapat segelintir golongan yang mengejar kemewahan dan kemasyhuran dalam UMNO. Mereka percaya bahawa UMNO adalah batu loncatan untuk mereka hidup senang lenang. Ini adalah di antara tanggapan yang perlu dikikis untuk mewujudkan satu pergerakan yang utuh.
Pemuda IKS paling kecewa dengan mereka yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keuntungan. Tetapi apabila sesuatu kerja atau aktiviti itu adalah Lillahitaala, mereka akan mengendahkannya dan memberi pelbagai alasan. Mereka akan menjauhi majlis ilmu yang dianjurkan sebaik mungkin.
Ada juga di kalangan ahli yang menganggap UMNO adalah kelab sosial dan berlibur. Mereka ini menggunakan UMNO sebagai medan bersosial, medium pelancongan dan ATM. Meraka ini akan memohon peruntukan untuk aktiviti mereka sehingga dikecapi. Orang atas pun terus meluluskannya kerana dibelenggu janji manis yang pernah ditabur. Ikatan persahabatan adalah bahan taruhan jika kehendak mereka ini tidak dilangsaikan.
Mengapa terdapat ramai orang UMNO yang kurang memberi sokongan terhadap aktiviti amal dan kebajikan? Belum dikira soal perjuangan menegakkan Islam. Jika dijemput untuk hadir ke majlis makan-makan, menari poco poco, melancong, dan futsal percuma, mereka ini akan berlumba-lumba untuk mengambil bahagian. Lebih menarik lagi jika aktiviti tersebut membawa keuntungan.
Pemuda IKS mengambil contoh mudah, kempen Selamatkan Gaza & Boikot AS-Israel. Memang terdapat sokongan dari ahli UMNO itu sendiri tetapi sambutannya tidak semeriah aktiviti sosial yang selalu dianjurkan. Lagi satu sikap yang kurang disenangi adalah berkempen menentang Zionis semata-mata untuk mendapatkan nama di kalangan masyarakat.
Pemuda IKS menyeru kepada seluruh golongan UMNO tidak kira pemimpin mahupun ahli biasa, nasihatilah rakan-rakan seperjuangan dan hentikan menggunakan UMNO untuk kepuasan peribadi.

5 ulasan:

  1. Setuju.. memang benar ramai pemimpin dan ahli UMNO hari ini yang kabur tentang perjuangan sebenar UMNO yang mereka pimpin atau sertai.. rata-rata golongan muda hari ini melihat UMNO sebagai sebuah Syarikat yang boleh membawa kekayaan dan keuntungan..Amat jarang kita temui pemimpin muda dalam UMNO yang berjuang kerana bangsa Melayu dan ISLAM..

    BalasPadam
  2. Semoga mereka yang kabur ni akan diterangkan encik. Areal tak betui ni.

    BalasPadam
  3. itulah UMNO hari ini...

    BalasPadam
  4. Jadi..marilah kita BERANI BERUBAH!!

    BalasPadam
  5. Berubah ape bendenye. Kejap jer berubah. Lepas tu buat balik. Kebanyakan ahli UMNO nih hipokrit. Tiada keikhlasan kerana setiap tindakan berpandukan kepentingan tertentu.

    Cadangan saya, jika ada aktiviti sosial atau pelancongan yang akan dianjurkan, jangan bawa nama UMNO. Tetapi gunalah nama masyarakat seperti Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk dsb.

    BalasPadam