Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


19 Januari 2009

Cerita Tian Chua Kembali Hangat

18 Oktober 2007
"Satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan diadakan, bagi menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil. Sempena perhimpunan ini, ahli-ahi BERSIH akan berarak ke Istana Negara dan menyerah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong." - Bersih.org
09 Disember 2007
"Polis hari ini melancarkan gerakan menahan dua pemimpin tinggi pembangkang dan berbelas orang lagi yang mengambil bahagian dalam perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lalu. Pemimpin terkemuka PAS, Mohamad Sabu ditahan di Perak manakala Ketua Penerangan PKR, Tian Chua pula ditahan di Johor." - Malaysiakini.com
17 April 2008
"KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat information chief Tian Chua bit a policeman on his forearm during an illegal assembly outside the parliament building entrance last December, the magistrate's court heard yesterday. Chief Inspector Sazali Ahmad, who headed a team of policemen stationed at the entrance of the parliament, said one of his men, Constable Rosyaidi Anuar, told him what happened after they arrested Tian Chua." - MalaysianBar.org.my
13 Januari 2009
"KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu oleh seorang anggota polis bahawa beliau telah diludah di bahagian muka dan digigit oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang, ketika berlaku pergelutan di jalan masuk ke Parlimen, Disember 2007. Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, dari Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, berkata beliau diludah oleh pemimpin PKR itu setelah beliau berjaya melepaskan diri daripada gigitannya. Rosyaidi, saksi pendakwaan kedua yang memberi keterangan, berkata tindakan Tian Chua menggigitnya telah menyebabkan beliau mengalami kecederaan dan lebam di bahagian lengan kirinya." - Bernama.com
14 Januari 2009
"Mahkamah menetapkan 23 Februari ini untuk sambung perbicaraan." - BHarian.com.my
Ada diantara blogger mengatakan cerita ini adalah hasil penstrukturan pihak berkuasa berkomplot dengan parti politik untuk menjatuhkan MP Batu ini, Tian Chua. Walau bagaimanapun, agak sukar untuk mempercayai bahawa MP yang kelihatan skema ini terlibat dengan keganasan.
Kedudukan beliau dalam Parlimen kini semakin kukuh memandangkan kebanyakan penduduk setempat menyokong beliau sepenuh hati. Terutamanya para peniaga yang pernah ditemubual sebelum PRU-12 menyatakan bahawa Tian Chua adalah pemimpin pilihan mereka setelah melihat usaha keras beliau dalam membangunkan masyarakat.
Pada 2004, beliau kalah dalam PRU-11 kepada Ng Lip Yong (Gerakan), pemegang kerusi Parlimen Batu selama 15 tahun. Tetapi dalam PRU-12, Tian Chua menang apabila bertemu dengan Lim Si Pin, anak kepada bekas presiden Gerakan, Lim Kheng Yaik.

Fakta Parlimen Batu

Pilihanraya Umum ke-11 (2004)
Jumlah Pengundi: 67,654
Peratusan Kaum:
Melayu: 41.80%
Cina: 41.10%
India: 16.20%
Lain: 1.00%
Ng Lip Yong (BN-Gerakan) Jumlah Undi: 28,718 (Menang)
Chua Tian Chang (KeAdilan) Jumlah Undi: 17,201
Majoriti: 11,517
Jumlah Undi: 46,228
Undi Rosak: 309
Peratus Mengundi: 68.33%

Pilihanraya Umum ke-12 (2008)
Jumlah Pengundi: 70,554
Peratusan Kaum:
Melayu: 44.27%
Cina: 40.77%
India: 14.33%
Lain: 0.63%
Lim Si Pin (BN-Gerakan) Jumlah Undi: 20,330
Chua Tian Chang (KeAdilan) Jumlah Undi: 29,785 (Menang)
Majoriti: 9,455
Jumlah Undi: 50,729
Undi Rosak: 614
Peratus Mengundi: 71.91%

2 ulasan:

  1. Orang cin ni, kalau niaga, fuyoh, pandai berpusing-pusing encik.

    BalasPadam
  2. Ada desas desus mengatakan bahawa UMNO Batu berhasrat untuk mewakili BN dalam PRU-13 akan datang. Persoalannya, mampukah UMNO Batu bertanding dengan calon PR dari Keadilan ini?

    Jika desas desus ini benar, siapakah yang bakal diketengahkan oleh UMNO Batu?

    BalasPadam