Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


30 Januari 2009

Barisan Sayap UMNO Punca Politik Wang?

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mahu organisasi UMNO disusun semula iaitu dengan membubarkan kesemua sayap parti. Pemuda IKS menghormati pendapat Tan Sri selaku orang lama dalam arena politik khususnya UMNO. Namun Pemuda IKS menyangkal kenyataan Tan Sri sepenuh hati. Adakah UMNO di tahap kritikal sehingga memerlukan rombakan drastik sedemikian?
Tan Sri yakin langkah itu mampu membanteras gejala politik wang yang kini berleluasa terutama pada musim pemilihan parti. Adakah Tan Sri berpendapat bahawa politik wang hanya berada di sekeliling barisan sayap? Bagaimana pula dengan "dalangnya"? Adakah Tan Sri berpendapat barisan sayap adalah punca kepada kes-kes politik wang?
Niat mulia Tan Sri bertujuan untuk mencontohi sistem politik England yang tanpa sayap dan dapat mengurangkan perebutan jawatan yang sering melibatkan penggunaan politik wang. Tan Sri berasa tidak perlu mewujudkan barisan sayap seperti Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera. Ini kerana banyak kes politik wang didengari dari barisan sayap tetapi tiada siapa yang tampil memberi keterangan. Selain sistem sayap, sistem kuota juga perlu dihapuskan kerana ianya seolah-olah menggalakkan lagi para calon menggunakan politik wang di musim pemilihan.
Tan Sri yang banyak ketengahkan pendapat peribadi turut mengecam penglibatan golongan muda dalam arena politik tempatan. Tan Sri berpendapat bahawa masa muda yang dimiliki sepatutnya dipenuhi dengan menimba ilmu. Ilmu pengetahuan dapat memantapkan peribadi seseorang daripada sekadar memperoleh pengalaman berpolitik. Pemuda IKS juga berasa setiap individu haruslah memenuhkan ilmu di dada sebelum menghadapi cabaran sebenar di dunia luar.
UMNO hari ini memang dipandang jijik oleh masyarakat sekeliling. Ahli-ahlinya di negeri Perak kini sedang berlumba-lumba menyertai PKR tanpa segan silu. Ini semua berpunca dari pendirian setiap individu yang tidak utuh terhadap dasar perjuangan UMNO. Politik wang sudah dianggap sebagai satu budaya dalam UMNO. Tetapi benarkah dengan cara penghapusan barisan sayap akan membanteras gejala politik wang yang semakin berleluasa?
Semalam Pemuda IKS ada membaca akhbar percuma The Sun yang diedarkan di stesen LRT Ampang Park. Sedang khusyuk membaca artikel-artikel dalam kandungannya, terlihat satu kes berserta hukuman yang diumumkan oleh Tan Sri terhadap pesalah laku. Antaranya adalah Saudari Nor Asiah Rejab, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan BBS 8&9, Bahagian Batu yang digantung keahlian selama 6 tahun bermula 23 Januari 2009 kerana membuat tuduhan palsu politik wang terhadap ahli UMNO. Ini adalah keputusan dari Lembaga Disiplin UMNO.
Lihatlah sendiri, selain memesongkan dasar perjuangan seseorang, politik wang juga mampu memecahbelahkan sesebuah organisasi. Barisan sayap hari ini dikatakan adalah barisan pelapis yang bakal memimpin di masa hadapan. Fasa peralihan dari sayap ke badan utama UMNO dapat dilihat sejajar dengan perkembangan dan pembangunan minda seseorang ahli politik itu. Barisan sayap kini bertindak menjadi batu loncatan untuk para pemimpin muda berjinak dengan perolakan dunia politik hari ini. Tanpa barisan sayap, apakah langkah pertama?
Selain menjadi platform mengasah bakat dan menonjol diri, barisan sayap bertindak sebagai pemangkin kepada kelancaran sistem pentadbiran parti politik itu sendiri. Dengan penubuhan barisan sayap, ahli-ahlinya dapat memberi fokus dengan jelas terhadap agenda perjuangan mereka. Jika barisan sayap dihapuskan, skop perjuangan tidak akan ada titik tumpu malah hanya akan menjadi lebih luas dan akhirnya akan bertaburan.

6 ulasan:

  1. sangat tepat hujah2 ini.

    BalasPadam
  2. 'Seek & Destroy' dalang kepada gejala rasuah ni dulu..lepas tu baru tahu yang mana patut kena bubar..

    BERANI BERUBAH!!!

    BalasPadam
  3. Aku rase kalau diorg bubar/mansuh sayap-sayap UMNO, lagi ramai lah yang akan keluar UMNO dan join parti lain ataupun x join ape2 sebab:

    1. Dah fed up dengan "internal politics".

    2. Tiada hala tuju dan agenda yang jelas.

    Apa yang paling penting, perkara ini perlu dikaji semula agar tiada tindakan terburu2 diambil yang mungkin akan membinasakan UMNO itu sendiri.

    BalasPadam
  4. Politik wang akan lebih berleluasa jika barisan sayap dihapuskan kerana jumlah jawatan yang ditawarkan akan menjadi lebih kecil.

    Sudah tentu persaingan dan perebutan jawatan di antara ahli akan berlaku dengan lebih dahsyat lagi.

    Budaya politik tempatan yang kini menjadi fenomena negatif di kalangan pemimpin adalah "membeli kedudukan" dan bukannya "memperoleh kedudukan".

    BalasPadam
  5. tak setuju puteri dan putera dibubarkan. bubarkan pemimpin yang korup, bukan sayap yang mentah ini menjadi mangsa.

    BalasPadam
  6. Sepatutnya, anti virus harus kuat. Apabila anti virus itu kuat, maka, virus-virus itu dapat dibanteras. Begitu juga dengan anti spyware.

    Untuk menghapuskan politik wang sepenuhnya, jati diri itu penting. Kalau diri sendiri mengatakan rasuah itu jijik, maka, politik want tidak akan berlaku.

    BalasPadam