Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


03 Disember 2008

Dato' Mukhriz Mahathir: Sekolah Vernakular

Sistem pendidikan patutnya ada satu sahaja, saya mahu memperjelaskan bahawa saya tidak berkata sekolah vernakular mesti ditutup. Anda akan mendapati kandungan laporan dalam akhbar berbeza daripada tajuk berita kerana saya tidak pernah berkata sekolah vernakular mesti ditutup.
Saya hanya berkata, kita kekalkan sekolah yang sama tetapi sistem (pendidikannya) satu sahaja, menggunakan Bahasa Malaysia sebagai pengantar kecuali bagi Matematik dan Sains, dalam bahasa Inggeris. Ini adalah amalan di kebanyakan negara di dunia. Gesaan ini bukannya satu taktik untuk mendapat undi daripada perwakilan Umno.
Saya berpendapat bahawa ini adalah satu cara untuk kita menyemai perpaduan di kalangan rakyat kita sejak dari muda lagi. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai banyak kebudayaan dan agama dan inilah yang membanggakan kita.

7 ulasan:

  1. Salam perjuangan,

    Merubah sistem pendidikan merupakan salah satu cabang usaha untuk memupuk perpaduan masyarakat yang berbilang kaum.

    Selain perpaduan, sistem sebegini dapat memartabatkan Bahasa Melayu di kalangan masyarakat majmuk.

    Angin perubahan semakin kencang bertiup walaupun Dato' Mukhriz Mahathir masih di peringkat pencalonan KP.

    BERANI BERUBAH!

    BalasPadam
  2. Salam IKS,

    Satu cabaran besar terutama kepada satu golongan manusia yang cukup suka melaungkan slogan bangsa malaysia.

    Wassalam.

    BalasPadam
  3. Agree with Mukhriz.

    Of course National Schools have it's weaknesses.

    But for the sake of unity and Intergration, why not. Having all Malay, Chinese & Indian teachers & administrators in the same school will reduce all Islamisations of national schools and perhaps spur competition.

    If Singaporeans can go to the same school, why can't we?
    Do read my take on this.

    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Maaf tuan, nak tumpang bertanya ...

    Anak Mukhriz Mahathir tu bersekolah di mana?

    Adakah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?

    Adakah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil?

    Adakah di Sekolah Kebangsaan?

    Atau, adakah di INTERNATIONAL SCHOOL?

    Maaf, saya hanya bertanya ....

    Maaf, saya hanya manis di bibir ...

    BalasPadam
  5. Salam perjuangan,

    To: Balan

    Thank you for your support towards the BERANI BERUBAH! movement. Hope that your everlasting support will help Pemuda IKS to gain spiritual strength.

    Thank you also for the invite to your blog. It is very interesting.

    *************************************************

    To: Tanpa Nama

    "Saya menuntut di MRSM Kota Bharu (kini dikenali sebagai MRSM Pengkalan Chepa), Kelantan 1977-1981 sebelum meneruskan pendidikan di Sophia University, Tokyo, Jepun. Saya kemudiannya ke Boston University, Massachusetts, USA dan pulang ketanahair 1989."
    -Dato' Mukhriz Mahathir, MyLivingWall.com

    Maaf, Pemuda IKS masih menjejaki sekolah rendah beliau. Berharap saudara akan meletakkan identiti sebenar saudara untuk membuktikan keikhlasan dan ketulusan saudara dalam perjuangan ini. Jika tidak, Pemuda IKS akan mengkategorikan saudara sebagai BACUL.

    BalasPadam
  6. Hairankan kenapa mereka boleh menyentuh isu orang Melayu terutamanya isu Ketuanan Melayu.
    Kenapa bila pemimpin Melayu mencadangkan sesuatu kebaikkan untuk membentuk satu masyarakat dengan satu identiti ianya perlu dipertikaikan.
    Sokong Datuk Mukhriz... BERANI BERUBAH.

    BalasPadam
  7. Salam Sahabat....

    Sekolah untuk semua merupakan satu perkara yang sepatutnya direalisasikan dahulu lagi.

    Kerajaan telah berusaha sebelum ini untuk mewujudkan sekolah ini tetapi mendapat tentangan dan Melayu sekali lagi gagal.

    Perkara ini adalah disebabkan oleh Orang CINA tidak menerimanya dengan hati yang terbuka.

    Mereka mempunyai Persatuan, diantara objektifnya, tidak akan berkompromi didalam 2 perkara. Satu Berkenaan dengan Pendidikan dan Dua berkenaan dengan Ekonomi.

    Bagi pandangan peribadi saya, sudah masanya kita menjadikan Sistem Sekolah kita yang terbaik dikalangan yang terbaik.

    Tidak ada maknanya dengan budget yang besar tetapi Sekolah kita masih lagi menerima banyak komplain tentang Sistem pembelajaran.

    Prasarana sekolah kita sudah siap, dan sekarang menjadi tanggunjawab Menteri Pelajaran untuk memastikan Guru mempunyai KUALITI yang baik.

    Sudah masanya Menteri Pelajaran memastikan silibus kita ditahap yang baik dan kopentatif.

    Sekiranya perkara ini kita kemaskan dan menjadikan Semua Sekolah berkualiti sama seperti sistem pembelajaran di ASRAMA PENUH. Saya percaya kita akan menarik kaum lain dengan sendirinya.

    Kita mesti mengutamakan ANAK BANGSA kita dahulu, tidak perlu kita berkompromi dengan MEREKA yang mengakui Perlembangaan tetapi tidak MENJIWAInya.

    Jesteru itu, Pandangan saya Kepada Menteri Pelajaran... beri fokus bagaimana menaikkan taraf Pembelajaran untuk BANGSA yang ingin bersama, yang lain, kita buat macam mereka tidak mahu bersama.

    Pendidikan anak bangsa menjadi prioriti sekarang... saya khuatir .. disebabkan nak kan bangsa mereka menerimanya.. banyak perkara kita perlu perbaiki .. DENGAN NIAT PERBAIKI KERANA MEREKA, macam kita nak menarik bangsa lain masuk askar dan polis.. ganjaran ini .. ganjaran itu..

    Jadi .. FOKUS UNTUK BANGSA MELAYU .. buat yang terbaik untuk bangsa MELAYU .. insyallah penyatuan akan wujud dan datang sendiri ..


    Sekian.

    BalasPadam