Kepada beberapa pemimpin bukan Melayu yang kuat melaungkan kononnya berlaku ketidakadilan dan penindasan ke atas bangsa mereka, sila perhatikan statistik di bawah dengan penuh teliti. Harap selepas ini, mereka akan sedar diri dan bersyukur ke atas segala nikmat yang mereka perolehi selama ini. Jangan hanya pandai menaikkan sentimen perkauman dan ketidakpuashatian bangsa mereka tapi ajarlah mereka tentang erti syukur dan keamanan.
Begitu juga kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang memandang kecil usaha DEB dan ketuanan Melayu. Mereka patut menelaah statistik di bawah dan perlu faham bahawa masih ramai lagi bangsa mereka yang memerlukan perhatian. Jangan kerana mereka telah berjaya, mereka lupa kepada rintihan bangsa mereka. Mereka juga lupa bahawa mereka adalah produk DEB dan usaha kerajaan selama ini.
Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.
Pendapatan kurang RM 1,000: Melayu-301,000 Cina-50,900 India-29,000Pendapatan RM1001-RM2000: Melayu-976,500 Cina-338,300 India- 125,300
Pendapatan RM3001-RM4000: Melayu-380,500 Cina-234,700 India-73,300
Pendapatan RM4001-RM5000: Melayu-254,700 Cina-166,600 India-44,800
Pendapatan RM5001-RM10000: Melayu-419,200 Cina-368,400 India-76,800
Pendapatan RM10001-RM20000: Melayu-85,700 Cina-118,700 India-23,400
Pendapatan lebih RM20000: Melayu-16,500 Cina-27,900 India-3,600
Melayu ibarat melukut di tepi gantang, mengemis di negeri sendiri..PARA PEMIMPIN2 SEKALIAN,INILAH MASANYA ANDA SEMUA MENILAI DIRI ANDA SENDIRI ADAKAH ANDA TELAH MELAKUKAN TANGGUNGJAWAB ANDA DGN SEMPURNA!
BalasPadam