Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


07 November 2008

Kenapa Pilih PKR daripada UMNO?

Pemuda IKS ada berbual-bual dengan salah seorang pemimpin kuat PKR di Parlimen Batu. Dari hasil pertemuan itu, Pemuda IKS dapat merumuskan beberapa isu dan mungkin ini adalah suara hati dan strategi pihak pembangkang (PKR) untuk menawan hati rakyat selama ini.
Pihak pembangkang menimbulkan keraguan di kalangan orang Melayu mengenai siapakah wira sebenar dalam menuntut kemerdekaan. Adakah orang UMNO ataupun barisan Haluan Kiri dan Radikal? Selama ini kita dihambur-hamburkan mengenai Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang kemerdekaan tapi dimanakah letaknya nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Burhanuddin Helmi, Shamsiah Fakeh dan lain-lain?
Kita (UMNO) sering melaungkan cogankata 'Hidup Melayu', manakala PKR dengan senang hati mengambil kesempatan dengan menjadi jaguh dan mewar-warkan idea sebagai parti yang mewakili berbilang bangsa. Bagaimanakah cara untuk merapatkan jurang kaum? Dalam Islam telah menggariskan beberapa cara untuk kita berhadapan dgn golongan-golongan kafir. Strategi utama adalah dengan menggunakan ketaqwaan. Gunakanlah sebaiknya panduan yang diturunkan.
Mempersoalkan DEB (pemilikan ekuiti atau aset 30% Bumiputera). Rasionalnya adalah UMNO pada masa kini telah dikuasai secara tersirat atau pun tersurat oleh ahli-ahli perniagaan (sehinggakan apa saja boleh diniagakan!) dan mereka inilah yang 'memperjuangkan' 30% ekuiti agar tidak boleh dihapuskan. Mari kita tanya diri kita, adakah milikan ekuiti atau aset itu boleh didapati dengan hanya makan gaji? Tidak mustahil tetapi agak lambat.
Apa yang bakal diperkenalkan oleh PKR adalah Dasar Ekonomi Malaysia dimana kesamarataan pembahagian ekuiti. Sebagai contoh, DEB meletakkan Cina 50%, Melayu 15% (perlu mencapai 30%) dan India 25%. Disebabkan DEB, kaum Cina dan India terpaksa berpuas hati dengan apa yang mereka ada walhal mereka boleh 'meragut' baki 15% yang wajib dipenuhi oleh orang Melayu dan ianya tidak mampu dipenuhi dalam masa yang telah ditetapkan.
Manakala Dasar Ekonomi Malaysia 'bakal menawarkan' satu pakej dimana semua kaum akan mendapat purata pembahagian yg sama rata. Melayu 33.3%, Cina 33.3%, India 33.3% dan baki 0.01% akan menjadi milik siapa? Belum cuba belum tahu, sudah cuba baru menggaru!
PKR juga memainkan isu penggiliran PM, Menteri, Ahli parlimen dan semua jawatan-jawatan penting dalam kerajaan kerana mahukan muka-muka segar dan idea baru. Tetapi bagaimana pula dengan Dato' Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dah memegang jawatan mereka selama ini? Karpal Singh yang sudah berkerusi roda masih teguh kedudukannya dalam Dewan Rakyat? Katakanlah PKR berjaya menjadi kerajaan, sudah tentu Lim Kit Siang, siang-siang dah bermimpi untuk menjadi seorang Menteri juga!
Beliau juga ada menyatakan bahawa UMNO rosak disebabkan adanya politik wang. Ini kerana kebanyakan ahli perniagaan mempunyai banyak wang tetapi tidak dapat meluangkan masa. Cara paling mudah menjaga ahli dan penyokong adalah dengan menghulurkan wang dan memberi sumbangan. Maka, tradisi ini tadi telah berlarutan dan berubah menjadi kewajipan tatkala tibanya musim bertanding. Kalau kita baca balik sejarah UMNO, kekuatan dan perjuangan sebenar datang daripada kekuatan Iman sebagai seorang Muslim dan juga halatuju perjuangan adalah untuk Agama, Bangsa dan Negara.
Kesimpulannya, marilah kita semua bermuhasabah diri. Letakkan perjuangan Agama dihadapan diikuti dengan Bangsa dan Negara. Agama itu isi dan perjuangan itu kulit, rosak kulit bererti musnahlah isinya. Kita perlu mengenal UMNO itu dahulu sebelum ianya mengenali kita. Kita perlu bersatu padu, bekerjasama dan mengukukuhkan ukhwah sesama kita. Kita perlu mencari jalan agar UMNO dikenali bukan kerana parti satu kaum tetapi kerana penaung kepada orang Islam dan bangsa lain yang ada di bumi Malaysia ini. Kita perlu bersedia menerima teguran dan kritikan yang membina. Sebagai penutup, Ikhlas, Berani, Berjuang!

3 ulasan:

  1. saya ingin mendapatkan pandangan saudara mengenai kemungkinan mat taib menang jawatan timbalan presiden? baik atau buruk kepada umno?

    BalasPadam
  2. Dalam membicarakan soal "politik baru" dan pembentukan pakatan ke arah perubahan politik, teringat saya kepada ulasan Dr.Marzuki Mohamad mengenai buku Meredith Weiss, "Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia", yang diterbitkan dalam Journal of Commonwealth and Comparative Politics (Vol. 45, No.2, April 2007). Di bawah ini saya petik beberapa perenggan penting dalam ulasan saya mengenai buku Meredith:

    "Meredith Weiss has sought to find the locus of political change in Malaysia. For a country in which the ruling coalition of race-based political parties has been helming the political leadership for almost fifty years now – since independence in 1957 – that task can be gruesome. A couple of authors had previously attempted to locate changes, or something ‘new’, beneath the surface of Malaysian politics, especially following exciting events in 1998-99, but ending up having to put caveat on their works. It is hardly surprising therefore that this book too, like other literatures in the same genre, has not been keen on over-emphasising that there is something ‘new’ in Malaysian politics, though there seemingly is".
    "Meredith however categorically points out that the 1998 Reformasi movement, which was ‘one in a succession of opposition attempts to forge for Malaysia a new political alternative, grounded in the ideology and principle of justice rather than in race and patronage’ (p. 2), provides opportunities for coalition building among and between reformist civil society actors and political parties seeking political reform along democratic, non-communal lines."

    "The core ideas of this book can be found in chapters 5 and 6 where the ability of reformist civil society actors and political parties across racial and religious cleavages to forge coalition for political reform and to bring about changes, both at the institutional and normative level, is presented with solid empirical evidences. It also captures a defining moment in Malaysia’s recent political history, i.e. the Reformasi movement following the ouster of former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim and the attendant cross-communal and cross-sectional popular call for political reform, which shows that creating and fostering an alternative vision of Malaysian politics – one which is essentially non-communal and fully democratic – is not altogether out of everyone’s imagination."

    "Though the process of political reform seems inevitable, Meredith is cautious in reminding that racial and religious fears are still very significant in Malaysia’s deeply plural society (p. 17), and that such fears may inhibit the internalisation among the general public of lofty ideals of multiracialism and social justice as promoted by the reformists. I suppose, in hindsight, this is the real challenge facing any initiatives for political reform in multiracial and multi-religious illiberal democracy such as Malaysia. Recent public debates on religious freedom and the perpetuation of 35 years old race-based affirmative action programs, an extension of the New Economic Policy (NEP), are bordering on the ‘old’ politics of communal divide."

    "Be that as it may, this book as a whole is about how reformist civil society actors and political parties across social and religious cleavages seek to build coalitional capital to further political reform in an illiberal polity. I would say that this book is a good guide for those who are interested to find a glimpse of something ‘new’ within the old framework of politics of race, religion and repression in Malaysia."

    Buku Meredith ini, yang membicarakan tentang pembentukan "modal pakatan" ke arah perubahan politik, amat patut dibaca oleh bekas para aktivis reformasi, yang sekarang ini mungkin begitu teruja dengan "kebebasan politik" Anwar Ibrahim dan sibuk dengan pembentukan Pakatan Rakyat. Berehatlah sebentar daripada kesibukan berpolitik dan renung-renungkan ....

    BalasPadam
  3. Jgn terlalu taksub akan motto 'Dawn Of the New Era' Jgn membuta tuli menyokong asas fahaman liberal. Kelak memakan diri.Fahaman Liberal ini mempunyai hubungan yg rapat dgn kebebasan dan hak individu dan masyarakat. Jgn gunakan kaedah 'Americanized' sebagai acuan kita. Seperti kata MSY jika hendak membuat satu revolusi baru,dgn segala hormatnya sila keluar dari negara ini dan lakukan di tempat asal anda.

    BalasPadam