Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


29 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pemuda IKS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya kepada pelayar laman blog pemudaiks.blogspot.com. Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan menjalankan ibadah puasa.
Disamping bergembira bersama keluarga, Pemuda IKS harap kita akan teruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah-rumah terbuka untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita, terutama sekali dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam.
Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan bertambah erat. Pemuda IKS akan mengumumkan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat ini.
Kepada yang akan menyambut Aidilfitri di kampung, berhati-hatilah ketika memandu dan Pemuda IKS mendoakan perjalanan pulang yang selamat. Sekali lagi Pemuda IKS ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam perjuangan;

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda Caw IKS kerana berjaya mewujudkan blog sendiri. Ini menunjukkan bahwasanya Pemuda IKS mendahului Pemuda Caw lain dengan "menjerumuskan" diri ke dunia teknologi berunsur sistem maklumat. Bagi saya, inilah satu wadah atau platform untuk golongan remaja, belia dan pemuda menyampaikan hasrat, melontarkan idea dan memberi pendapat tentang isu, tajuk, peristiwa, politik dan sebagainya. Keep it up with the good job....

    Akhir kata, saya mewakili Pemuda Caw Rumah Pangsa PKNS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin dari kami. Sekian terima kasih.

    GULAM MUSZAFFAR HJ GULAM MUSTAKIM

    Pemuda Berani Berubah....

    P/S: Pemuda PKNS juga akan menuruti langkah Pemuda IKS dengan mengwujudkan laman blog sendiri...Insya-Allah

    BalasPadam