Peluang pekerjaan untuk lepasan SPM dan lepasan Universiti di sektor pentadbiran akuan, khidmat pelanggan, pemasaran dan lain-lain. Temuduga terus akan diadakan di:
Volt Asia Enterprises di 879,
1st Floor Komplex Antarabangsa,
Jalan Sultan Ismail, KL
Isnin - Jumaat, 9.30pg - 4.30ptg
Tel No.: 03-21418658 >>>> sebarkan kepada ahli-ahli yang lain.
Baca selanjutnya...
Peti Suara
25 September 2009
Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan SPM & Universiti
20 September 2009
Salam Aidilfitri 1430H
Di kesempatan ini, Pemuda IKS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pemuda IKS berharap dengan amalan dan budaya bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi di hari yang mulia ini akan dapat merapatkan lagi ukhuwah di kalangan kita umat Nabi Muhammad s.a.w.
Pesanan kepada semua:
1. Berhati-hatilah di jalan raya.
2. Membazir itu amalan syaitan.
3. Lawat pusara mereka yang terdahulu.
4. Bersedekah membawa berkat.
5. Tunaikan zakat fitrah.
Baca selanjutnya...
17 September 2009
1Malaysia F1 Team...
Salam Perjuangan!!!
1Malaysia F1 Team. Penulis rasa tidak perlu dan belum sampai masa lagi untuk kita membentuk pasukan F1 hanya semata - mata untuk menyebarkan tema 1Malaysia ke mata dunia.
Ianya dari sudut pandang penulis adalah membazir dan membuang masa kerana kos penyelenggaraan sesebuah pasukan F1 ini adalah berjuta - juta ringgit untuk tempoh semusim. Itu baru kos penyelenggaraan, belum lagi kos - kos lain.
Ya, mungkin ada mengatakan bahawa ianya satu langkah pelaburan jangka panjang. Tapi kita juga perlu membuat pertimbangan, sekiranya kewujudan pasukan F1 ini semata - mata untuk menyampaikan 1Malaysia, seperti apa yang ditulis di perenggan pertama...sila hentikan.
Adalah lebih bagus sekiranya wang yang dilaburkan itu disalurkan kepada rakyat untuk menaiktaraf hidup rakyat. Sesuai dengan motto 1Malaysia- Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Selain itu apa yang penulis bimbangkan adalah projek ini hanya dibuat sekerat jalan. Selepas satu dua musim..bungkus..alasannya..tak mampu nak menanggung kos penyelenggaraan pasukan. Kalau dilihat dari sudut pelaburan teknologi ianya sangat bagus tetapi penulis memikirkan akan 'jangka hayat' projek ini kerana pengalaman dari perlumbaan itulah diterjemahkan dalam pembangunan teknologi dan pengalaman itu tidak dapat diperolehi dalam tempoh satu dua musim sahaja.
Lihat sahaja pada pasukan yang mengungguli tempat teratas GP F1. Ferrari, Mercedes, Renault, Toyota & Honda (Brawn GP) dan lihat juga pada pasukan Force India & Torro Rosso. Kita akan melihat 2 kelompok pasukan yang berbeza.
Di satu kelompok, ianya terdiri daripada pasukan yang veteran dari segi penyertaan, pengalaman, nilai pelaburan dan pembangunan teknologi dan pada satu pihak yang lain lebih kepada menonjolkan gaya hidup pemilik, mempromosikan jenama pemilik pasukan (Kingfisher - jenama bir) dan hanya sekadar aktiviti promosi. Dua pemahaman yang berbeza.
Dimanakah kedudukan pasukan 1Malaysia F1 Team kita? Akhir kata, penulis berharap agar perkara ini dapat di beri perhatian, dikupas dan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi.
Emperorhan - 16/09/09
Baca selanjutnya...
15 September 2009
Kenyataan Perwakilan MIC - Satu Tindakan Yang Bodoh & Biadap
Salam Perjuangan!!!
Kenyataan hendak mengkalungkan selipar yang telah dikeluarkan oleh perwakilan MIC pada mesyuarat agung yang lalu terhadap YAB Tun Dr Mahathir Bin Muhammad menunjukkan kebodohan & bersifat kurang ajar.
Kadang - kadang penulis berasa hairan, kenapa UMNO terlalu menghormati parti - parti komponen yang lain sedangkan mereka tidak ambil pusing & sama sekali tidak menghormati apabila mengeluarkan kenyataan - kenyatan yang mengguris perasan orang lain.
Selain itu, dalam kes demonstrasi kepala lembu, mengapa perlu menjaga hati sedangkan sudah terang - terangan kes itu perlu diselesaikan oleh geng - geng yang pandai tabur janji/buat apa sahaja asalkan menang tapi tak reti apa pun yang sebenarnya untuk diselesaikan.. lagi satu biar kan penduduk di situ tahu & faham sekiranya nak pilih pemimpin, biarlah orang yang hendak dipilih itu mempunyai otak & akal..bukannya setakat ada mulut macam pembesar suara!
Perumpamaan rakyat sekarang sudah pandai menilai, sebenarnya perlu ditukarkan kepada rakyat sekarang semakin bodoh dalam membuat penilaian kepimpinan. Propaganda - propaganda pakatan rakyat adalah mainan semata - mata.
Dalam Harakah hari ini kepimpinan PAS menyeru SPR agar menghormati hak undi pos. Inilah kesan akibat daripada penggunaan otak & akal yang minimum. Apabila keputusan tidak memihak kepada mereka, maka SPR & kerajaan dituduh terlibat, kafir, laknat dan lain - lain. Akan tetapi sekiranya keadaan sebaliknya, SPR telus dan berhemah
Emperor Han - 15/09/2009
Baca selanjutnya...
13 September 2009
Majlis Iftar Pemuda Batu
Tarikh: 13 September 2009 (Ahad)
Masa: 06.30 petang
Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru
Barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu akan mengadakan satu majlis berbuka puasa seperti butiran di atas. Majlis ini adalah di atas usaha dan kelolaan Ketua Pemuda, Saudara Azniee Abdullah dan turut menjemput Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani bersama Timbalannya, Kekanda Ramlan Salleh.
Untuk gambar, sila klik di sini.
Baca selanjutnya...
09 September 2009
15Malaysia
15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ianya merangkumi 15 buah filem pendek yang dihasilkan oleh 15 orang pengarah filem. Filem-filem ini bukan sahaja menceritakan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah menampilkan beberapa muka-muka terkenal dalam negara, termasuklah pelakon, ahli muzik dan pemimpin politik. Anda mungkin akan berasa ianya 15 buah filem pendek yang menarik dan menyuarakan kata hati rakyat Malaysia.
Sila kunjungi 15Malaysia.com dan layarinya sendiri.
Tontoni filem mereka. Perhatikan gambar-gambar mereka. Tinggalkan komen anda. Ataupun tayangkan filem anda sendiri. Dapatkan hadiah menarik. Sertai pertadingan. Temui orang mereka. Bantu mereka menyebarkan cerita. Muat turun apa yang anda suka.
Tiada sebarang caj dikenakan.
Baca selanjutnya...
07 September 2009
Politik Bubur Lambuk
Pemuda IKS perasan perkara ini dari awal bulan Ramadhan lagi. UMNO Bahagian Batu ada membuat pengagihan bubur lambuk secara percuma sepanjang bulan Ramadhan. Akan tetapi, pada setiap bungkusan terdapat logo UMNO yang cukup besar. Perlukah kita meletakkan logo tersebut?
“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah-264) dipetik dari AmalanSedekah.blogspot.com
Anggaplah ini sebagai teguran dan peringatan untuk kita semua agar kita tidak terpesong dari hala tuju yang asal.
Baca selanjutnya...
06 September 2009
Belia 4B WP: Pertandingan Al-Quran & Nasyid
Tarikh: 06 September 2009 (Ahad)
Masa: 2.00 petang
Tempat: PPR Pantai Permai, Pantai Dalam
Majlis anjuran Pertubuhan Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan ini akan berakhir dengan majlis berbuka puasa dan Solat Tarawikh bersama-sama. Semua dijemput hadir bagi menyerikan lagi majlis ini.
Baca selanjutnya...
05 September 2009
YBKJ is coming to town!
Tarikh: 12 September 2009 (Sabtu)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Kampung Batu
Majlis Berbuka Puasa ini adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut yang diketuai oleh Saudara Mahadhir Sulaiman. Pemuda IKS berterima kasih kepada beliau kerana menjemput YB Khairy Jamaluddin ke majlis ini. Tambahan pula, majlis ini diadakan di kawasan Parlimen Batu.
Ini adalah kunjungan pertama YB Khairy Jamaluddin ke kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan untuk bulan Ramadhan. Kepada Pemuda UMNO yang anti-KJ, inilah peluang untuk mengenali KP UMNO Malaysia. Jangan kata "pemimpin tak turun jumpa akar umbi", sedangkan kita yang sebenarnya menyombong diri. Berilah beliau peluang dan ruang untuk berkhidmat demi Agama, Bangsa dan Negara.
Baca selanjutnya...
04 September 2009
Majlis Berbuka Puasa Pemuda IKS & Rakan-Rakan
Tarikh: 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430H
Masa: 7.00 ptg - 10.30 mlm
Tempat: Kelab Golf Titiwangsa
Bersesuaian dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pemuda IKS & Rakan-Rakan.
Bayaran adalah sebanyak RM35.00 untuk setiap seorang dewasa (kanak-kanak akan diberitahu kelak). Kepada sesiapa yang berminat, sila berikan nama dan bayaran boleh dibuat kepada AJK-AJK yang bertugas di 'pejabat tapak dan pengaduan' Pemuda IKS, Restoran Thaqwa, Taman Bullion Mewah.
"Hayatilah Bulan Ramadhan ini kerana ianya adalah bulan yang penuh dengan ganjaran dan kenikmatan..."
Baca selanjutnya...
03 September 2009
Majlis Perasmian Bubur Lambuk dan Berbuka Puasa UMNO Bahagian Batu Bersama Seniman
Tarikh: 05 September 2009 (Sabtu)
Masa: 5.30 petang
Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Batu
Majlis ini adalah anjuran UMNO Bahagian Batu dan akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fuad Abdullah. Semua warga Parlimen Batu dijemput hadir.
Baca selanjutnya...
29 Ogos 2009
Tapak Berniaga Untuk Disewa
Lokasi: Di hadapan Maju Junction
Saiz Lot: 8' x 8'
Fasiliti: Lampu (2) & Kipas (1)
Harga: RM5000 berserta permit
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Baharudin Ramli di +60129255598.
Baca selanjutnya...
28 Ogos 2009
Allahyarham Mohd Arif bin Yusof
"Dari Allah kita datang dan pada Allah kita kembali..."
Pada tanggal 28 Ogos 2009 (Jumaat), jam 7.00malam, Pemuda IKS telah kehilangan seorang sahabat pejuang bangsa. Allahyarham merupakan seorang Mahasiswa Sarjana Muda di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menemui keluarga tersayang apabila menjadi mangsa kemalangan langgar lari di Jalan Sungei Besi. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian. Allahyarham yang baru berumur 22 tahun pergi meninggalkan kedua ibubapanya, dua orang kakak dan seorang adik lelaki.
Pemuda IKS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon kepada para pembaca agar meluangkan sedikit masa untuk sedekahkan ummul kitab Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh.
Baca selanjutnya...
25 Ogos 2009
Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan Kepada Anak-anak Yatim
Tarikh: 09 September 2009 (Khamis)
Masa: 07.00 malam
Tempat: Plaza Hotel, Jalan Raja Laut
Majlis ini adalah anjuran Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Setiap cawangan dikehendaki menghantar satu nama anak yatim yang berumur dalam linkungan 10-15 tahun. Ketua-ketua Pemuda Cawangan diminta memberi nama, no. kad pengenalan dan no. telefon kepada Saudara Iskandar sebelum 28 Ogos 2009.
Baca selanjutnya...
22 Ogos 2009
Pusat Pengagihan Bubur Lambuk UMNO Bahagian Batu
Tarikh: Sepanjang Bulan Ramadhan
Masa: Bila Line Clear
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Batu
Untuk pengetahuan semua, semua orang boleh datang amik. Bukan orang UMNO jer. Orang UMNO, sila buat kerja.
Baca selanjutnya...
19 Ogos 2009
Majlis Muafakat Semarak Ramadhan UMNO Bahagian Batu
Tarikh: 20 Ogos 2009 (Khamis)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda
Majlis bacaan Yaasin, tahlil, Solat berjemaah dan pengagihan sumbangan Ramadhan ke Surau-surau akan diadakan pada malam Jumaat ini. Selain itu, sesi suai kenal bersama AJK Masjid Saidina Hamzah yang baru. Semua Ketua, Naib Ketua dan AJK Pemuda Cawangan-cawangan di dalam UMNO Bahagiam Batu dijemput hadir ke majlis ini. Bersama kita dalam memuafakatkan komuniti dalam Parlimen Batu adalah Haji Zainuddin, Pengerusi Biro Pembangunan Insan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu.
Baca selanjutnya...
17 Ogos 2009
Semarak Merdeka 1Malaysia
Tarikh: 18 Ogos 2009 (Selasa)
Masa: 2.00 ptg - 12.00 mlm
Tempat:
Program ini adalah anjuran Biro Kebajikan & Pengaduan Awam UMNO Bahagian Batu yang dipengerusikan oleh Haji Halim Rohani. Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat Jalur Gemilang dalam diri setiap individu. Seluruh anggota masyarakat di Parlimen Batu dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.
Baca selanjutnya...
13 Ogos 2009
Majlis Tahlil & Bacaan Yaasin Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan
Tarikh: 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 08.45 malam
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS
Majlis anjuran bersama antara Pemuda Batu dan Pemuda IKS. Semua barisan kepimpinan Pemuda cawangan-cawangan dalam UMNO Bahagian Batu dijemput hadir.
Anak-anak yatim dari Darul Saadah.
Barisan Pemuda Batu bersama Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian.

Baca selanjutnya...
12 Ogos 2009
Mesyuarat Persiapan Majlis Tahlil & Bacaan Yaasin
Tarikh: 12 Ogos 2009 (Rabu)
Masa: 09.00 malam
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS
Barisan kepimpinan dan pengurusan Pemuda IKS diminta untuk menghadiri mesyuarat khas yang akan diadakan bagi membincangkan persiapan yang perlu dilakukan dan pengagihan tugas supaya majlis yang kita rancangkan untuk hari Sabtu ini berjalan dengan lancar. Kepada semua Ketua Pemuda Cawangan dan barisan kepimpinannya dalam UMNO Bahagian Batu, jangan lupa untuk bersama-sama Pemuda IKS dalam majlis ini. Kehadiran anda semua amat dialukan.
Baca selanjutnya...
11 Ogos 2009
Sesi Berdialog Bersama Ketua Penerangan Pemuda Batu
Tarikh: 11 Ogos 2009 (Selasa)
Masa: 08.30 malam
Tempat: Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS, Kampung Batu Muda
Satu sesi berdialog akan diadakan bersama Ketua Penerangan Pemuda Batu, Saudara Azmi Azilan seperti butiran di atas. Semua pengerusi dan timbalan pengerusi biro penerangan cawangan dalam Bahagian Batu dijemput hadir untuk membincangkan masalah, langkah pembangunan dan sebagainya di program ini. Program ini turut dihadiri oleh Datuk Seri Shafie Apdal.


Baca selanjutnya...
10 Ogos 2009
Laman Web Rasmi UMNO Bahagian Batu
http://umnobatu.com/
Satu langkah yang baik dari pihak barisan kepimpinan UMNO Bahagian Batu. Sila klik link di atas untuk ke laman web rasmi UMNO Bahagian Batu yang baru di bawah kepimpinan Datuk Yahya Mat Ghani (Abas). Pautannya juga terdapat di sebelah kanan bentangan laman blog Pemuda IKS di bawah label "Rangkaian UMNO".
Baca selanjutnya...
09 Ogos 2009
Anwar PENGKHIANAT Bangsa Melayu
Tarikh: 10 Ogos 2009 (Isnin)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Menara Dato' Onn, PWTC
Satu perhimpunan menyokong kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diadakan seperti butiran di atas. Semua dijemput hadir menyertai. Tolong sebarkan dan turun seberapa ramai mungkin.
Baca selanjutnya...
08 Ogos 2009
Persidangan Tahunan Perwakilan UMNO Bahagian Batu 2009
Tarikh: 09 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 09.00 pagi
Tempat: Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC
UMNO Bahagian Batu akan mengadakan persidangan tahunannya untuk para perwakilan yang mewakili cawangan-cawangan. Warga Pemuda IKS dijemput untuk menghadirinya bagi mendapatkan pengalaman dan memberi sokongan terhadap persidangan ini.
Baca selanjutnya...
06 Ogos 2009
Majlis Pelancaran Program Jalinan Rakyat
Tarikh: 07 Ogos 2009 (Jumaat)
Masa: 03.00 petang
Tempat: PPR Batu Muda, KL
Program anjuran Wanita Barisan Nasional ini bakal disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Pelbagai kementerian akan mengambil bahagian dalam program ini. Seluruh warga Pemuda IKS dijemput hadir bagi meramaikan lagi majlis ini.





Baca selanjutnya...
03 Ogos 2009
Rumusan Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu 2009
Pergerakan Pemuda UMNO telah mengadakan persidangan tahunan mereka pada hari Ahad yang lepas. Berikut adalah beberapa perkara menarik sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.
Majlis perasmian persidangan ini bermula kira-kira pada pukul 9.00 pagi. Dif kehormat yang hadir adalah YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Selain beliau, wakil dari UMNO Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan turut hadir mengesahkan persidangan ini berlangsung mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu:
Puan Saadiah Bakar
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya
Saudara Tengku Azman Tengku Zainal Abidin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang
Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB)
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Saudari Azliza Ahmad
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seputeh
Abas Tawar Diri Jadi Posmen
Dalam ucapan Datuk Yahya Mat Ghani (Abas), Ketua UMNO Bahagian Batu, beliau menegaskan bahawa pengambil-alihan kuasa oleh beliau bukanlah satu tindakan yang suka-suka. Beliau benar-benar ingin berkhidmat kepada masyarakat di kawasan Parlimen Batu. Beliau menawarkan diri untuk menjadi posmen kepada masyarakat setempat. Beliau turut mengalu-alukan jika warga Parlimen Batu terutamanya ahli UMNO dapat mengunjungi beliau di Pejabat UMNO Bahagian Batu yang terletak di Taman Bullion Mewah jika terdapat apa jua masalah yang dihadapi. Beliau berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang kewujudan beliau untuk penggal ini.
Anti-ISA: Penunjuk Perasaan Ibarat Pelacur!
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, dalam ucapan perasmian beliau, memberitahu kepada para perwakilan, supaya jangan terikut seperti mereka yang membuat bantahan terhadap ISA. Ini kerana mereka ibarat pelacur yang sanggup diperlakukan apa sahaja oleh orang-orang tertentu demi kepentingan orang-orang ini. Lihat sahaja apa kesudahannya. Pengikut-pengikutnya ditahan dan ditangkap tetapi pemimpin mereka masih bersahaja. Inikah pemimpin yang kita mahu? Mereka memperalatkan rakyat untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.
We Salute Asmuri & Nizam!
Dalam persidangan tempoh hari, 2 orang perwakilan akan diundi untuk menyertai Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 4 orang calon disenaraikan akan bertanding untuk tujuan ini. Mereka adalah:
01 Ahmad Badli Badaruddin
Ketua Pemuda Fasa 3 Bandar Baru Sentul
02 Mohd Fakhrulzaman Fadzil
Ketua Pemuda Taman IKS
03 Asmuri Hj Hassan Masri
Ketua Pemuda KOP Business Centre
04 Mohd Nizam Abdul Malek
Ketua Pemuda Desa Batu Muda
Namun, Saudara Asmuri tidak dapat hadir dan mengemukakan surat tarik diri dari bertanding. Sejurus selepas itu, Saudara Nizam pula mengumumkan bahawa beliau turut menarik diri dari bertanding di atas semangat mewujudkan perpaduan di kalangan Pemuda di peringkat Bahagian.
Baca selanjutnya...
