Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


17 September 2009

1Malaysia F1 Team...

Salam Perjuangan!!!

1Malaysia F1 Team. Penulis rasa tidak perlu dan belum sampai masa lagi untuk kita membentuk pasukan F1 hanya semata - mata untuk menyebarkan tema 1Malaysia ke mata dunia.

Ianya dari sudut pandang penulis adalah membazir dan membuang masa kerana kos penyelenggaraan sesebuah pasukan F1 ini adalah berjuta - juta ringgit untuk tempoh semusim. Itu baru kos penyelenggaraan, belum lagi kos - kos lain.

Ya, mungkin ada mengatakan bahawa ianya satu langkah pelaburan jangka panjang. Tapi kita juga perlu membuat pertimbangan, sekiranya kewujudan pasukan F1 ini semata - mata untuk menyampaikan 1Malaysia, seperti apa yang ditulis di perenggan pertama...sila hentikan.

Adalah lebih bagus sekiranya wang yang dilaburkan itu disalurkan kepada rakyat untuk menaiktaraf hidup rakyat. Sesuai dengan motto 1Malaysia- Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Selain itu apa yang penulis bimbangkan adalah projek ini hanya dibuat sekerat jalan. Selepas satu dua musim..bungkus..alasannya..tak mampu nak menanggung kos penyelenggaraan pasukan. Kalau dilihat dari sudut pelaburan teknologi ianya sangat bagus tetapi penulis memikirkan akan 'jangka hayat' projek ini kerana pengalaman dari perlumbaan itulah diterjemahkan dalam pembangunan teknologi dan pengalaman itu tidak dapat diperolehi dalam tempoh satu dua musim sahaja.

Lihat sahaja pada pasukan yang mengungguli tempat teratas GP F1. Ferrari, Mercedes, Renault, Toyota & Honda (Brawn GP) dan lihat juga pada pasukan Force India & Torro Rosso. Kita akan melihat 2 kelompok pasukan yang berbeza.

Di satu kelompok, ianya terdiri daripada pasukan yang veteran dari segi penyertaan, pengalaman, nilai pelaburan dan pembangunan teknologi dan pada satu pihak yang lain lebih kepada menonjolkan gaya hidup pemilik, mempromosikan jenama pemilik pasukan (Kingfisher - jenama bir) dan hanya sekadar aktiviti promosi. Dua pemahaman yang berbeza.

Dimanakah kedudukan pasukan 1Malaysia F1 Team kita? Akhir kata, penulis berharap agar perkara ini dapat di beri perhatian, dikupas dan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi.

Emperorhan - 16/09/09

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    I think it has been quite some time I dropped a comment.

    Anyway, I would like to take this opportunity to wish you selamat hari raya and maaf zahir batin.

    ~OnDaStreet
    http://ondastreet.wordpress.com

    BalasPadam