Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


29 Ogos 2009

Tapak Berniaga Untuk Disewa

Lokasi: Di hadapan Maju Junction
Saiz Lot: 8' x 8'
Fasiliti: Lampu (2) & Kipas (1)
Harga: RM5000 berserta permit

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Baharudin Ramli di +60129255598. Baca selanjutnya...

28 Ogos 2009

Allahyarham Mohd Arif bin Yusof

"Dari Allah kita datang dan pada Allah kita kembali..."

Pada tanggal 28 Ogos 2009 (Jumaat), jam 7.00malam, Pemuda IKS telah kehilangan seorang sahabat pejuang bangsa. Allahyarham merupakan seorang Mahasiswa Sarjana Muda di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menemui keluarga tersayang apabila menjadi mangsa kemalangan langgar lari di Jalan Sungei Besi. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian. Allahyarham yang baru berumur 22 tahun pergi meninggalkan kedua ibubapanya, dua orang kakak dan seorang adik lelaki.

Pemuda IKS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon kepada para pembaca agar meluangkan sedikit masa untuk sedekahkan ummul kitab Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh.
Baca selanjutnya...

25 Ogos 2009

Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan Kepada Anak-anak Yatim

Tarikh: 09 September 2009 (Khamis)
Masa: 07.00 malam
Tempat: Plaza Hotel, Jalan Raja Laut

Majlis ini adalah anjuran Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Setiap cawangan dikehendaki menghantar satu nama anak yatim yang berumur dalam linkungan 10-15 tahun. Ketua-ketua Pemuda Cawangan diminta memberi nama, no. kad pengenalan dan no. telefon kepada Saudara Iskandar sebelum 28 Ogos 2009. Baca selanjutnya...

22 Ogos 2009

Pusat Pengagihan Bubur Lambuk UMNO Bahagian Batu

Tarikh: Sepanjang Bulan Ramadhan
Masa: Bila Line Clear
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Batu

Untuk pengetahuan semua, semua orang boleh datang amik. Bukan orang UMNO jer. Orang UMNO, sila buat kerja. Baca selanjutnya...

19 Ogos 2009

Majlis Muafakat Semarak Ramadhan UMNO Bahagian Batu

Tarikh: 20 Ogos 2009 (Khamis)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda

Majlis bacaan Yaasin, tahlil, Solat berjemaah dan pengagihan sumbangan Ramadhan ke Surau-surau akan diadakan pada malam Jumaat ini. Selain itu, sesi suai kenal bersama AJK Masjid Saidina Hamzah yang baru. Semua Ketua, Naib Ketua dan AJK Pemuda Cawangan-cawangan di dalam UMNO Bahagiam Batu dijemput hadir ke majlis ini. Bersama kita dalam memuafakatkan komuniti dalam Parlimen Batu adalah Haji Zainuddin, Pengerusi Biro Pembangunan Insan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Baca selanjutnya...

17 Ogos 2009

Semarak Merdeka 1Malaysia

Tarikh: 18 Ogos 2009 (Selasa)
Masa: 2.00 ptg - 12.00 mlm
Tempat:

Program ini adalah anjuran Biro Kebajikan & Pengaduan Awam UMNO Bahagian Batu yang dipengerusikan oleh Haji Halim Rohani. Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat Jalur Gemilang dalam diri setiap individu. Seluruh anggota masyarakat di Parlimen Batu dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Baca selanjutnya...

13 Ogos 2009

Majlis Tahlil & Bacaan Yaasin Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan

Tarikh: 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 08.45 malam
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS

Majlis anjuran bersama antara Pemuda Batu dan Pemuda IKS. Semua barisan kepimpinan Pemuda cawangan-cawangan dalam UMNO Bahagian Batu dijemput hadir.

Anak-anak yatim dari Darul Saadah.


Barisan Pemuda Batu bersama Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian.




Baca selanjutnya...

12 Ogos 2009

Mesyuarat Persiapan Majlis Tahlil & Bacaan Yaasin

Tarikh: 12 Ogos 2009 (Rabu)
Masa: 09.00 malam
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS

Barisan kepimpinan dan pengurusan Pemuda IKS diminta untuk menghadiri mesyuarat khas yang akan diadakan bagi membincangkan persiapan yang perlu dilakukan dan pengagihan tugas supaya majlis yang kita rancangkan untuk hari Sabtu ini berjalan dengan lancar. Kepada semua Ketua Pemuda Cawangan dan barisan kepimpinannya dalam UMNO Bahagian Batu, jangan lupa untuk bersama-sama Pemuda IKS dalam majlis ini. Kehadiran anda semua amat dialukan. Baca selanjutnya...

11 Ogos 2009

Sesi Berdialog Bersama Ketua Penerangan Pemuda Batu

Tarikh: 11 Ogos 2009 (Selasa)
Masa: 08.30 malam
Tempat: Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS, Kampung Batu Muda

Satu sesi berdialog akan diadakan bersama Ketua Penerangan Pemuda Batu, Saudara Azmi Azilan seperti butiran di atas. Semua pengerusi dan timbalan pengerusi biro penerangan cawangan dalam Bahagian Batu dijemput hadir untuk membincangkan masalah, langkah pembangunan dan sebagainya di program ini. Program ini turut dihadiri oleh Datuk Seri Shafie Apdal.







Baca selanjutnya...

10 Ogos 2009

Laman Web Rasmi UMNO Bahagian Batu

http://umnobatu.com/

Satu langkah yang baik dari pihak barisan kepimpinan UMNO Bahagian Batu. Sila klik link di atas untuk ke laman web rasmi UMNO Bahagian Batu yang baru di bawah kepimpinan Datuk Yahya Mat Ghani (Abas). Pautannya juga terdapat di sebelah kanan bentangan laman blog Pemuda IKS di bawah label "Rangkaian UMNO". Baca selanjutnya...

09 Ogos 2009

Anwar PENGKHIANAT Bangsa Melayu

Tarikh: 10 Ogos 2009 (Isnin)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Menara Dato' Onn, PWTC

Satu perhimpunan menyokong kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diadakan seperti butiran di atas. Semua dijemput hadir menyertai. Tolong sebarkan dan turun seberapa ramai mungkin. Baca selanjutnya...

08 Ogos 2009

Persidangan Tahunan Perwakilan UMNO Bahagian Batu 2009

Tarikh: 09 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 09.00 pagi
Tempat: Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC

UMNO Bahagian Batu akan mengadakan persidangan tahunannya untuk para perwakilan yang mewakili cawangan-cawangan. Warga Pemuda IKS dijemput untuk menghadirinya bagi mendapatkan pengalaman dan memberi sokongan terhadap persidangan ini. Baca selanjutnya...

06 Ogos 2009

Majlis Pelancaran Program Jalinan Rakyat

Tarikh: 07 Ogos 2009 (Jumaat)
Masa: 03.00 petang
Tempat: PPR Batu Muda, KL

Program anjuran Wanita Barisan Nasional ini bakal disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Pelbagai kementerian akan mengambil bahagian dalam program ini. Seluruh warga Pemuda IKS dijemput hadir bagi meramaikan lagi majlis ini.













Baca selanjutnya...

03 Ogos 2009

Rumusan Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu 2009

Pergerakan Pemuda UMNO telah mengadakan persidangan tahunan mereka pada hari Ahad yang lepas. Berikut adalah beberapa perkara menarik sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.



Majlis perasmian persidangan ini bermula kira-kira pada pukul 9.00 pagi. Dif kehormat yang hadir adalah YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Selain beliau, wakil dari UMNO Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan turut hadir mengesahkan persidangan ini berlangsung mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu:

Puan Saadiah Bakar
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya

Saudara Tengku Azman Tengku Zainal Abidin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang
Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB)
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Saudari Azliza Ahmad
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seputeh


Abas Tawar Diri Jadi Posmen
Dalam ucapan Datuk Yahya Mat Ghani (Abas), Ketua UMNO Bahagian Batu, beliau menegaskan bahawa pengambil-alihan kuasa oleh beliau bukanlah satu tindakan yang suka-suka. Beliau benar-benar ingin berkhidmat kepada masyarakat di kawasan Parlimen Batu. Beliau menawarkan diri untuk menjadi posmen kepada masyarakat setempat. Beliau turut mengalu-alukan jika warga Parlimen Batu terutamanya ahli UMNO dapat mengunjungi beliau di Pejabat UMNO Bahagian Batu yang terletak di Taman Bullion Mewah jika terdapat apa jua masalah yang dihadapi. Beliau berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang kewujudan beliau untuk penggal ini.

Anti-ISA: Penunjuk Perasaan Ibarat Pelacur!
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, dalam ucapan perasmian beliau, memberitahu kepada para perwakilan, supaya jangan terikut seperti mereka yang membuat bantahan terhadap ISA. Ini kerana mereka ibarat pelacur yang sanggup diperlakukan apa sahaja oleh orang-orang tertentu demi kepentingan orang-orang ini. Lihat sahaja apa kesudahannya. Pengikut-pengikutnya ditahan dan ditangkap tetapi pemimpin mereka masih bersahaja. Inikah pemimpin yang kita mahu? Mereka memperalatkan rakyat untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.



We Salute Asmuri & Nizam!
Dalam persidangan tempoh hari, 2 orang perwakilan akan diundi untuk menyertai Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 4 orang calon disenaraikan akan bertanding untuk tujuan ini. Mereka adalah:

01 Ahmad Badli Badaruddin
Ketua Pemuda Fasa 3 Bandar Baru Sentul

02 Mohd Fakhrulzaman Fadzil
Ketua Pemuda Taman IKS

03 Asmuri Hj Hassan Masri
Ketua Pemuda KOP Business Centre

04 Mohd Nizam Abdul Malek
Ketua Pemuda Desa Batu Muda

Namun, Saudara Asmuri tidak dapat hadir dan mengemukakan surat tarik diri dari bertanding. Sejurus selepas itu, Saudara Nizam pula mengumumkan bahawa beliau turut menarik diri dari bertanding di atas semangat mewujudkan perpaduan di kalangan Pemuda di peringkat Bahagian.

Baca selanjutnya...

02 Ogos 2009

Usul Pemuda IKS Diterima Tanpa Bahas Di Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu

PRU-13: Memperkasakan Saluran Komunikasi
Pencadang: Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS

MENYEDARI bahawa keputusan PRU-12 yang lalu telah memberi kita isyarat yang jelas daripada rakyat yang UMNO perlu melakukan perubahan.

MENGAKUI bahawa langkah-langkah yang proaktif dan lebih bersifat mesra, bersesuaian dengan amanat Presiden, 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah merupakan satu titik tolak ke arah pendekatan mesra yang perlu dipelopori dan menjadi motto Barisan Nasional dan UMNO khususnya dalam menjadi jaguh pembela rakyat dan masyarakat semula.

MENGINSAFI bahawa untuk merealisasikan matlamat ini, langkah-langkah dan perancangan ini perlu diatur dengan rapi dan bersifat fleksibel dimana, kaedah komunikasi yang jitu dan berkesan mampu sampai kepada ahli-ahli UMNO serta dapat juga menyusup dan disemai kepada rakyat yang berbilang kaum di Bahagian Batu ini terutama di kalangan golongan muda.

MAKA selaras dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS ingin mencadangkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu agar:

Merombak dan menyelaras aliran komunikasi di peringkat Parti Komponen, Bahagian, Cawangan Ahli dan seterusnya kepada masyarakat di kawasan Batu ini dengan mewujudkan rangkaian komunikasi rasmi, seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) UMNO Batu.

Mengkaji semula penganjuran program-program yang dirangka agar tidak dilihat lebih menjurus ke arah satu pihak sahaja sebaliknya melibatkan penglibatan menyeluruh masyarakat kawasan Batu.

Mempergiat dan menghidupkan fungsi Biro Penerangan dengan aktiviti-aktiviti propaganda dan kempen kesedaran yang melibatkan media alternatif serta penyebaran yang berterusan di dalam media-media massa dengan merubah bentuk dan strategi yang lebih efektif.

Sekian, terima kasih.

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WPKL

*dipetik dari Buku Usul Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, 02 Ogos 2009 Baca selanjutnya...

28 Julai 2009

Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu 2008

Tarikh: 02 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 09.00 pagi
Tempat: PWTC, Kuala Lumpur


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu akan mengadakan persidangan tahunan pada hujung minggu ini bertempat di PWTC. Seluruh warga Pemuda Batu yang mewakilkan Cawangan masing-masing akan turut menghadirinya. AJK Pemuda IKS yang akan bersama Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil adalah jejaka-jejaka kacak berikut:

Saudara Shahir Omar
Pengerusi Biro Latihan & Pendidikan

Saudara Khairul Faizi Ramli
Pengerusi Biro Agama, Kebajikan & Pembangunan Insan

Saudara Zulfadli Amiruddin
Timbalan Pengerusi Biro Penerangan

Ketua Pemuda IKS dicalonkan sebagai calon G2 untuk ke Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Batalion Pemuda IKS dijemput hadir untuk memberi sokongan padu kepada bos kita.
Baca selanjutnya...

27 Julai 2009

Seminar Kefahaman Perlembagaan Hak Keistimewaan Orang Melayu

Tarikh: 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan KEMAS, Kampung Sri Batu

Seminar ini adalah anjuran Biro Keahlian & Latihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu bersama Biro Tatanegara. Pemuda IKS akan menghantar 10 orang ahli untuk menghadiri program ini agar pemuda di peringkat cawangan diberi pendedahan tentang kepentingan mempertahankan Hak Orang Melayu.

Baca selanjutnya...

25 Julai 2009

Truth For Teoh Beng Hock

http://t4tbh.blogspot.com/

Selected documents containing list of projects for...
The DAP's corruption modus operandi in Selangor.
The truth will be revealed.
Read more here.
Baca selanjutnya...

22 Julai 2009

Pesta Makan Durian

Tarikh: 22 Julai 2009 (Rabu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Batu

Seluruh warga UMNO Cawangan Taman IKS dijemput hadir ke 'Pesta Makan Durian'. Kehadiran anda semua amat dihargai, terima kasih. Baca selanjutnya...

15 Julai 2009

Perjumpaan Bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Tarikh: 15 Julai 2009 (Rabu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Batu

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu dan Pemuda dari UMNO Bahagian yang lain akan bersama-sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Rizalman Datuk Mokhtar. Pada perjumpaan kali ini juga mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan akan diadakan.





Baca selanjutnya...

07 Julai 2009

Agenda Pergerakan

Mesyuarat Pertama Biro Sukan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Tarikh: 06 Julai 2009 (Isnin)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Setiawangsa

Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil telah menghadiri mesyuarat ini di atas kelolaan Saudara Shamsul Jamaludin, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa. Turut mengelolakan mesyuarat ini adalah Saudara Azmi Badarudin, Pengerusi Biro Sukan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa.

Sesi Menonton Filem Transformers: Revenge of the Fallen

Tarikh: 08 Julai 2009 (Rabu)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Tanjung Golden Village, Suria KLCC

Walaupun agak "lambat", Pemuda IKS tetap tidak melepaskan peluang untuk menonton filem penuh aksi ini. Selain berhibur, aktiviti ini dapat mengeratkan pertalian saudara serta mengurangkan tekanan kerja seharian. Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil kerana bersusah payah mengelolakan aktiviti sosial ini.

Majlis Aqiqah Farisya Norinsyira binti Mohd Zulfadli

Tarikh: 11 Julai 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS

Majlis Aqiqah anak kepada Saudara Zulfadli Amiruddin, Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Pemuda IKS akan diadakan pada hari Sabtu ini. Isteri beliau selamat melahirkan anak perempuan pada 16 Mei 2009 yang lalu. Seluruh warga UMNO Cawangan Taman IKS dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Baca selanjutnya...

16 Jun 2009

Rumusan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Taman IKS

Tarikh: 14 Jun 2009 (Ahad)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS

Lebih 92 orang ahli UMNO Cawangan Taman IKS hadir pada persidangan kali ini. Turut hadir adalah Ketua UMNO Bahagian Batu - Datuk Yahya Mat Ghani, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu - Saudara Azniee Abdullah dan beberapa wakil dari UMNO Bahagian Batu.

Tema persidangan kali ini memberi fokus kepada konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri - Dato' Seri Najib Tun Razak. Tetapi sebelum kita dapat menjayakan 1Malaysia, pastikan kita mengecapi 1UMNO dan 1Melayu terlebih dahulu. Zaman ini perpaduan amat penting untuk mewujudkan suasana harmoni dan makmur.

Pada persidangan sayap pergerakan pemuda (Pemuda IKS), Pengerusi Biro Latihan & Pendidikan - Saudara Shahir Omar telah membentangkan usul berkenaan kepentingan komunikasi dalam sesebuah pergerakan atau organisasi. Komunikasi adalah kritikal dalam memastikan segala maklumat yang disalurkan berjaya disampaikan kepada setiap peringkat. Langkah ini dapat menjamin keberkesanan pergerakan itu sekali gus mengamalkan konsep seiring yang dimatlamatkan.

Naib Ketua Pemuda IKS - Saudara Ali Imran mengketengahkan isu status pembinaan gelanggang futsal komuniti dalam kawasan Parlimen Batu. Sebelum ini perkara ini telah pun sampai kepada Menteri Belia & Sukan dan turut mendapat persetujuannya. Namun pertukaran jawatan dalam rombakan Kabinet terkini seolah-olah telah membantutkan perkembangan perkara ini. Barisan kepimpinan UMNO Cawangan Taman IKS bersetuju untuk meneliti semula perkara ini dan akan memberitahu perkembangannya dari masa ke semasa.

Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman menekankan tentang proses pengambilan ahli baru UMNO tidak kira usia dan jantina. Beliau menegaskan bahawa UMNO memerlukan darah baru untuk dialirkan dalam jasad keramat ini. Oleh itu, sebagai langkah pemantapan UMNO, adalah penting untuk kita terus merekrut ahli masyarakat tempatan supaya menyertai UMNO. Berharap di masa hadapan, UMNO Cawangan Taman IKS dapat menubuhkan Pergerakan Puteri yang masih belum ada lagi. Bersama-sama kita mengusahakannya.

Ketua Pemuda Batu - Saudara Azniee Abdullah pula menceritakan betapa nazaknya UMNO dan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia. Baik dalam bidang ekonomi, pendidikan mahupun sosial, Melayu semakin kurang berkuasa dan kurang menyerlah. Desakan bangsa lain semakin menyempitkan ruang fikiran Melayu. Orang Melayu perlu sedar dan harus bangkit untuk menjaga kepentingan dan mengembalikan kegemilangan kuasa orang Melayu. Jika kita terus lalai dan alpa, nescaya tanah kita akan dirampas oleh kaum pendatang ini.

Ketua UMNO Cawangan Taman IKS - Kekanda Ramlan Salleh sering mengingatkan para ahli bahawa kepentingan organisasi perlu mengatasi kepentingan peribadi. Berkat usaha dan pengorbanan dalam berjuang pasti akan membuahkan hasil. Jangan terlalu memikirkan hal-hal dalaman yang remeh temeh kerana ia mampu menghancurkan UMNO dari dalam. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau bersama-sama barisan kepimpinannya hari ini dalam mengharungi suka duka dalam UMNO selama lebih 25 tahun. Sesungguhnya ini adalah perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.

Ketua UMNO Bahagian Batu - Datuk Yahya Mat Ghani mengimbau kembali sejarah penubuhan UMNO pada tahun 1946. Kita perlu menghayati perjuangan orang-orang terdahulu untuk mewujudkan semangat jati dalam diri. Beliau menasihati semua agar menghargai penat lelah pejuang-pejuang bangsa. Janganlah sehingga perbuatan kita hari ini merosakkan masa hadapan dan nasib anak cucu kita. Kita perlu bersatu padu dan hindarkan dari budaya berpuak-puak. Jiwai perjuangan lalu untuk dijadikan inspirasi untuk terus bergerak maju.

Dalam membentangkan usul, UMNO Cawangan Taman IKS turut menggesa pihak DBKL dalam usaha memindahkan Pasar Sentul ke lokasi yang lebih strategik kerana sering menyebabkan kesesakan lalu lintas. UMNO Cawangan Taman IKS sebulat suara membantah cadangan untuk membawa masuk semula Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya - Chin Peng ke dalam Malaysia. Jahanam komunis pengkhianat negara!
Baca selanjutnya...

12 Jun 2009

Walimatul Urus

Mohd Shahrizal Omar & Faridah Aini Mukhtar
Mohd Shaharudin Omar & Noraslinda Ramly


Tarikh: 13 Jun 2009 (Sabtu)
Masa: 12.00 tgh - 4.30 ptg
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS

Kali ini, dua beradik ahli Pemuda IKS akan melansungkan majlis persandingan mereka serentak. Semoga kebahagiaan akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Untuk pengetahuan, kedua-dua pengantin lelaki adalah adik kepada Saudara Shahir Omar, Pengerusi Biro Latihan & Pendidikan Pemuda IKS. Seluruh warga Pemuda IKS dijemput hadir. Baca selanjutnya...

08 Jun 2009

Agenda Pergerakan

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Taman IKS

Tarikh: 14 Jun 2009 (Ahad)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS

Persidangan ini akan membentangkan agenda UMNO Cawangan Taman IKS bagi tahun 2008. Selain itu, ia juga turut membincangkan usul-usul dan perancangan yang bakal dilaksanakan untuk penggal ini. Seluruh warga UMNO Cawangan Taman IKS diwajibkan hadir. Para AJK Pemuda IKS dipohon untuk memberi komitmen penuh terhadap pelaksanaan program ini.

Hari Keluarga UMNO Cawangan Taman IKS

Tarikh: 20 - 21 Jun 2009 (Sabtu & Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pengkalan Balak, Melaka

Sambutan Hari Keluarga UMNO Cawangan Taman IKS pada tahun ini akan diadakan di Melaka. Terima kasih kepada Ketua UMNO Cawangan Taman IKS, Kekanda Ramlan Salleh di atas segala ikhtiar dan usaha untuk menjayakan program ini. Seluruh warga UMNO Cawangan Taman IKS dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini yang diselit dengan pelbagai aktiviti menarik.
Baca selanjutnya...

07 Jun 2009

Majlis Sambutan Jubli Perak

Tarikh: 07 Jun 2009 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Masjid Saidina Ali, Kampung Padang Balang

Majlis dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin. Turut hadir adalah Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani dan Timbalannya, Kekanda Ramlan Salleh. Syabas diucapkan kepada warga UMNO Batu kerana berjaya menjayakan majlis ini.
Barisan dif-dif kehormat kelihatan berada di atas pentas.
Sebahagian daripada para hadirin yang hadir memberi sokongan terhadap sambutan majlis ini.
Lawatan tapak ke Kampung Chubadak Hilir untuk memohon bantuan segera pembinaan tembok penghadang jalan.
Menteri WP dan Ketua UMNO Bahagian Batu mendengar rentetan penduduk setempat.
Baca selanjutnya...