Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


27 Julai 2009

Seminar Kefahaman Perlembagaan Hak Keistimewaan Orang Melayu

Tarikh: 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan KEMAS, Kampung Sri Batu

Seminar ini adalah anjuran Biro Keahlian & Latihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu bersama Biro Tatanegara. Pemuda IKS akan menghantar 10 orang ahli untuk menghadiri program ini agar pemuda di peringkat cawangan diberi pendedahan tentang kepentingan mempertahankan Hak Orang Melayu.

3 ulasan:

  1. Salam Perjuangan,

    Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

    Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

    Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dalam melaksanakan prgm2 yang mampu membangkit semangat belia untuk terus berjuang.

    Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

    MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
    Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
    GPMS Cawangan Wangsa Maju,
    Wilayah Persekutuan.

    ps : Blog anda kami telah senaraikan antara blog pilihan di blog kami.

    BalasPadam
  2. Kpd: GPMS Cawangan Wangsa Maju

    Salam perjuangan,

    Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara kerana menunjukkan sokongan padu dan memberikan dorongan positif kepada agenda perjuangan Pemuda IKS.

    Pemuda IKS sentiasa bersikap terbuka dalam bersatu padu dengan entiti yang lain dalam memperjuangkan agenda Melayu di Tanah Melayu ini. Semoga kita dapat mewujudkan hubungan yang baik sekaligus memantapkan lagi dasar perjuangan kita melalui media alternatif hari ini.

    Syabas diucapkan kepada saudara dan Pemuda IKS sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah kenal erti penat lelah demi Agama, Bangsa dan Negara.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    BalasPadam
  3. Jutaan Terima Kasih..

    Semoga kita dapat bersua dalam membincangkan agenda dan masa depan generasi baru di masa akan datang...


    MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
    Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
    GPMS CAWANGAN WANGSA MAJU

    BalasPadam