PRU-13: Memperkasakan Saluran Komunikasi
Pencadang: Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS
MENYEDARI bahawa keputusan PRU-12 yang lalu telah memberi kita isyarat yang jelas daripada rakyat yang UMNO perlu melakukan perubahan.
MENGAKUI bahawa langkah-langkah yang proaktif dan lebih bersifat mesra, bersesuaian dengan amanat Presiden, 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah merupakan satu titik tolak ke arah pendekatan mesra yang perlu dipelopori dan menjadi motto Barisan Nasional dan UMNO khususnya dalam menjadi jaguh pembela rakyat dan masyarakat semula.
MENGINSAFI bahawa untuk merealisasikan matlamat ini, langkah-langkah dan perancangan ini perlu diatur dengan rapi dan bersifat fleksibel dimana, kaedah komunikasi yang jitu dan berkesan mampu sampai kepada ahli-ahli UMNO serta dapat juga menyusup dan disemai kepada rakyat yang berbilang kaum di Bahagian Batu ini terutama di kalangan golongan muda.
MAKA selaras dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS ingin mencadangkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu agar:Merombak dan menyelaras aliran komunikasi di peringkat Parti Komponen, Bahagian, Cawangan Ahli dan seterusnya kepada masyarakat di kawasan Batu ini dengan mewujudkan rangkaian komunikasi rasmi, seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) UMNO Batu.
Mengkaji semula penganjuran program-program yang dirangka agar tidak dilihat lebih menjurus ke arah satu pihak sahaja sebaliknya melibatkan penglibatan menyeluruh masyarakat kawasan Batu.
Mempergiat dan menghidupkan fungsi Biro Penerangan dengan aktiviti-aktiviti propaganda dan kempen kesedaran yang melibatkan media alternatif serta penyebaran yang berterusan di dalam media-media massa dengan merubah bentuk dan strategi yang lebih efektif.
Sekian, terima kasih.
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WPKL
*dipetik dari Buku Usul Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, 02 Ogos 2009
Peti Suara
02 Ogos 2009
Usul Pemuda IKS Diterima Tanpa Bahas Di Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan